Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

08 February 2010

Kemarau


kata orang.. sakit itu penghapus dosa.

masuk ni dah 3 minggu aku diserang penyakit kronik ni.
banyak betul dosa aku.

kebelakangan ni keadaan semakin memburuk.. terlalu.
hampir saja aku lupa.. bagaimana rasanya bahagia..

pada kawan2 yang pernah aku marah dan sakitkan hati.. aku mintak maaf.
pada mana2 yang aku selalu xlayan.. maaf juga.
jika banyak hutang ku.. lekas kabarkan, biar aku langsaikan segera..
pada Allah, aku mohon diberikan peluang untuk keadaan dan aku membaik seperti dulu..

doakan aku,
moga esok mengakhiri kemarau ini..
biar esok turun hujan.
biar aku rasa sekali lagi, betapa nikmatnya sihat ..
dan betapa manisnya bahagia ..

oh aku rindu!rindu untuk tersenyum dengan jujur.

05 February 2010

info.gigi.


hai. salam rakan2 sekalian..

ini aku mahu kabarkan sesuatu..
aku ada masalah pergigian yang serius..
Terima Kasih Allah, kerna masalah ini, aku ada ruang untuk share pada kalian tentang ini..

pernahkah kalian merasa sakit gigi dibahagian geraham?tapi kalian tidak tahu dari mana puncanya?? kalau dibelek2.. tiada cavity pun.. mungkinkah kerana gigi bongsu mahu tumbuh?? ya banyak persoalan yang menyinggah kan??

jadi, ayuh kenangkan.. jika ada diantara gigi yang telah 2-3 kali di tampal dek dentist.. ada kemungkinan berlakunya pertumbuhan bakteria dibawah tampalan lama.. lalu menghasilkan sakit di seluruh kawasan sebelah muka (tempat gigi berada..) dan anda pun akan confuse dimanakah punca rasa sakit itu..

inilah yang baru aku discover sekejap tadi..

mana aku dapat?ini,

When the pulp becomes inflamed.. pressure begins to build up in the pulp cavity exerting pressure on the nerve of the tooth and the surrounding tissues. Pressure from inflammation can cause mild to extreme pain, depending upon the severity of the inflammation. Often, pulpitis can create so much pressure on the tooth nerve the individual will have trouble locating the source of the pain, confusing it with neighbouring teeth[sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Pulpitis]

kalau sakit dan belum sempat jumpa doc, bleh ambil ibuprofen (aku pun xpenah tau ubat ni yang mana satu..) Info ni aku tau dari sini,

if the pain is prolonged and severe, painkillers such as ibuprofen (eg Nurofen)may provide some relief. Remember even if the pain goes away, without treatment it will eventually become worse. [sumber : http://www.netdoctor.co.uk/achesandpains/toothache.htm]

tapi lepas makan ubat.. jangan lupa jumpa doc gak.. takut akan lebih teruk sakitnya dimasa mendatang.. paling2 kena buat RCT atau cabut jer terus..

*bagus aku nasihat orang..tapi aku pun xpergi lagi jumpa doc. kihkih (semoga Dr Anand sudi menjadikan aku patient beliau.. )

sharing is caring.thanks untuk kesudian membaca..

04 February 2010

hakikat seorang pendosa

kata mahukan syurga,
namun .. bagaimana amal?
apa kabar iman?
apakah ada sinar taqwa?

01 February 2010

Picnik

terima kasih encik amir kerna menanyakan soalan..

"bagaimana mahu meletakkan speed dial di dalam google chrome.."
(encik ini bertanya bukan kerna dia tidak bijak IT.. tetapi beliau memang sungguh setia bersama IE.. hehe)

sebenarnye aku pun xtau.. kalau guna morzilla aku taulah.. maka aku pun find out.. mesti google chrome pun bleh buat kan.. so,

search..

search....

search......

then,
jumpa la extensions untuk google chrome.. speed dial..
selain itu aku temui picnik.. maka bermain dgn picnik dan menghasilkan ini,


hehe.itu sahaja untuk hari ini.

Sekian!
Lunch Break
Nepiege Ofis.KelanaJaya.

28 January 2010

Duduk Sebentar Bermuhasabah

Sampai satu ketika, aku membingung..
ada yang ini mengatakan bukan begitu caranya.. sepatutnya begini..
lalu yang itu pula menegas.. tentang letak perkara sepatutnya begitu dan bukan begini..

aku hanya mahu mencontohi nabi, berlapang dada dan menerima andaian manusia selagi ia tidak melanggar syarak..

namun, menjadi perantara bukan sesuatu yang mudah.. perlu membenarkan yang ini.. dan yang itu.. dalam masa yang sama pasti akal mentafsir bahasa.. lalu saikologi memulakan kerjaya..

true! aku hilang.. adakah perbedaan pendapat ini bakal menjurangkan nilai ukhhuwah??

apa yang kita kurang bukan soal apa2..

tapi .. kemampuan kita untuk duduk memahami sahabat2 kita sendiri..

belajarlah memupuk sifat empati yang tinggi, aku juga sedang belajar.. kerna hanya itu jalan mudah memahami manusia..

hanya apabila kau faham, kau mula terbuka untuk menerima..

~berlapang dadalah pada perkara yang kita balahkan dan bersatulah terhadap apa yang kita sepakati~

salam sayang,
Kelana Jaya.
1235am