Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 March 2010

.Amin.

Tengok ini Amin. Tido pun tersenyum..

Ini gambar paling baru. Sabtu lepas, ketika sesi gotong-royong mengecat.

kepada Amin,
Selamat Hari Lahir ke-15

+jadi anak baik!
+belajar weyh!ko kan nak PMR..
+diet sket Min, kasik cute cam zaman mude2 dulu..

.. sekian ..

26 February 2010

.Ayah.

Alhamdulillah, perancangan untuk pulang ke Kg Gajah dipermudahkan (setelah trpksa membatalkan niat pulang ke kampung disaat akhir CNY hari tu) Disebabkan ambil bas jam 9 malam, maka aku sampai Teluk Intan jam 11.30 malam. Tapi memang balik kali ni sangat sekejap perjalanan. Mungkin sebab, aku masuk bas terus tido. Sedar kali pertama bas keluar highway, sedar kali kedua.. bas dah sampai Hospital Teluk Intan. Hehe..

Ok.
Maka sampai rumah lepas borak2 regangan mulut ngan mak n kak CT, trus sambung tido.
Pagi ni pas Subuh, aku dengar mak ngan ayah berperang mulut di pagi hari. tapi sebab layan tido lagi syok.. maka aku abaikan dulu.

Bila hari sudah pagi baru ku tahu..
Mak sudah dengan tidak sengaja membakar ubat ayah. hehe.. mak ingat botol ubat tu dah kosong.. (minyak ikan kod kapsul tu, kalau goncang memang xdek bunyik la kan..) jadi mak buang di tempat biasa kami bakar sampah. Disebabkan bebelan ayah, pagi tadi juga mak mencari semula ubat tu di tempat bakaran sampah. ya, telah jadi abu. Maka ayah lancarkan perang.

"Awak ganti balik ubat saya tu.."

"Nanti saya gantilah balik ubat awak tu.Saya bayar, awak beli lain.."

"Tak nak.. nak yang tu jugak.."

Hahaha.. terpaksa ku gelakkan.. (kadang2 aku rasa ada gak perangai macam ni..hehe)

Kesimpulannya, banyak perangai Amin yang melucukan di ambil dari perangai ayah sebenarnya..

25 February 2010

Aurat : telitikah kita menjaganya?

Bismillah...

Dari Atha bin Abi Rabah, ia berkata, Ibnu Abbas berkata padaku,
“Maukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni surga?”

Aku menjawab, “Ya”

Ia berkata, “Wanita hitam itulah yang datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, ‘Aku menderita penyakit ayan (epilepsi) dan auratku tersingkap (saat penyakitku kambuh). Doakanlah untukku agar Allah Menyembuhkannya.’

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, ‘Jika engkau mau, engkau bersabar dan bagimu surga, dan jika engkau mau, aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkanmu.’

Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu ia melanjutkan perkataannya, ‘Tatkala penyakit ayan menimpaku, auratku terbuka, doakanlah agar auratku tidak tersingkap.’

Maka Nabi pun mendoakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Subhanallah. Ia adalah seorang wanita yang sangat khawatir bila auratnya tersingkap. Ia tahu betul akan kewajiban seorang wanita menutup auratnya dan ia berusaha melaksanakannya meski dalam keadaan sakit. Inilah salah satu ciri wanita shalihah, calon penghuni surga. Yaitu mempunyai sifat malu dan senantiasa berusaha menjaga kehormatannya dengan menutup auratnya. Bagaimana dengan wanita zaman sekarang yang di saat sehat pun dengan rela hati membuka auratnya???

Saudariku, semoga kita bisa belajar dan mengambil manfaat dari wanita penghuni surga tersebut. Wallahu Ta’ala a’lam.


Dikutip dari kajian Al-Ustadz Agus Su'aidi

*ayuh renung2kan. Apakah aurat kita hari ini terpelihara sepenuhnya.
*Lalu tanyakan lagi, mampukah aku menjadi calon penghuni syurga??

23 February 2010

Hujan.

Aku pulang dari membeli-belah agak lewat saat hujan sudah lebat menghalang ruang pandang. Sekadar lintas air deras yang meluncur laju dari bumbung kereta.

Sejak akhir2 ini, mungkin aku selalu berimaginasi tinggi bila didalam kenderaan. aku selalu membayangkan buruk2 bila didalam kereta. Lagi2 saat hujan turun dengan terlalu lebat. (Hujan lebat+silau lampu+gelap malam=pakej lengkap)

Entahlah walaupun aku tak tahu sangat tragedi bagaimana berlakunya kemalangan ke atas Arwah Kak Nawal, tetapi ia sungguh mengesankan. Sungguh maut itu datangnya bila2.

Begini,
antara segala makhluk yang diciptakanNya, manusialah makhluk terpilih dan manusia jua lah yang terBaik. Manusia mampu membina bangunan tinggi, keretapi terlaju, roket yang menembusi ruang cakerawala.

Tetapi satu,
manusia tetap tidak boleh melawan takdirnya.

Bagus mana pun kita, andai telah tertulis hari ini, ruang terakhir kita bernafas.. Maka tiada daya lagi untuk kita menghalang kepulangan roh dan jasad kepada Sang Pencipta yang Abadi.

dan hujan..
membawa lagi peringatan M.A.T.I

maaf.
untuk mak+abah yang jarang2 aku ziarahi.
untuk kalian yang aku kasari.
untuk kamu2 yang aku abaikan kebajikannya.
untuk adik2 yang aku lewakan amanahku.
untuk semua yang pernah aku pahatkan parut pada ruang hidup kalian.

terima kasih.
atas segala ruang + peluang fahamkan aku soal juang + hidup

siri mengenang MAUT ..

21 February 2010

satu dan tujuh.

Ok.ceritera hujung minggu.

Hari Sabtu
ada 2 program. Wacana Ilmiah vs Team Building.
-->tapi aku pergi Petrosains dgn budak rumah. (apakah kan?)
-->jgn sangka tak bagus. ketika aku naik tren nak ke KLCC tu. terjadilah suatu pemandangan yang menginsafkan. aku duduk berhadapan dengan sepasang pasangan yang buta. sayu betul aku melihat mereka. Mereka xnampak. tapi mereka nampak gembira. terus aku insaf mengenangkan diri aku yg selalu merungut bila sakit gigi (sedangkan lebih bagus bersyukur sbb masih ada gigi.ouch!)

Hari Ahad
ada 2 agenda. Usrah dan jumpa anak Usrah.
-->usrah dengan makcik Chom di Taman Jaya.hari ni berjalan keliling taman.Alhamdulillah, terlaksana satu usaha menggerakkan muwossofat sihat tubuh badan ^_^
-->seterusnya lepak di MPH Mid beli seketul buku.hehe..
-->then, ke KL Sentral. There you go! telah berjumpa dengan seorang anak usrah yang dicari-cari.. mana lagi 7 nih.. xpe. sempat lagi mahu berusaha menjejak mereka..

*macam cari dragonball pulak!

inilah hasilnya..tengok org update blog rasa nak update jugak.apa daa!sekian dulu~salammzz..