Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

01 April 2010

Bapak Cool

ok. baru-baru ini, skrin Nokia6680 aku rosak. Ia masih mengeluarkan bunyi jika ada call in juga mesej masuk.. tetapi paparan hanya putih.. (Jadi maaf jika ada yg me'sms' aku ke mxs dan tidak dilayan) ..

Mula-mula, aku ingat jadi macam tu sebab jatuh.. tapi bila aku google.. rupa2nya virus dari laptop.. aku pun scan memory card untuk kepastian. Ya!Tepat.. 2 ekor virus berjaya di buang. Tapi, skrin dah putih la kan.. nak xnak kalau mahu pulih kenala hantar kedai.

Lepas survey 2 buah kedai, aku xberjaya membuat keputusan.

Maka, aku call bapak..

"Ayah, Nokia ayah tu dah rosak.. skrin dia putih je.. xappear apa2pun" - aku
"Buang je" - bapak

(aku blum eksplen lagi pengembaraan aku berbincang dengan encik2 kedai telefon..)

"erk.. tapi tadi tanya orang kedai tu dia cakap kalau nak ganti skrin kena RM150"
"ko tambah sket duit, beli lain"

Hehe. "Cikgu Basri, u ni cool lah!" - ni aku cakap dalam hati ^_^

Sekian.

30 March 2010

.Ayuh berdoa.^_^.

Tuhanku . . .

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang
akan menjadi bahagian daripada hidupku
Seorang yang sungguh mencintai-Mu
lebih daripada segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan umminya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
tetapi untuk-Mu.
Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting

Yang penting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Muada pada dirinya

Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi
sahabat terbaikku setiap waktu

Seorang yang dapat membuatku
berasa sebagai wanita ketika aku di sisinya.

Tuhanku . . .Aku juga meminta,
Jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku

28 March 2010

Sangat Comel!

Ok, semalam ke PWTC [konon2 reunion JKP Balai.heh~].. banyaklah beli buku. Semoga berjaya dikhatamkan..

After balik dari PWTC, straight away ke Padang UIAPJ.. persiapan padang untuk sukan Little Azhar..

Persiapan padang oleh para guru
Aku tolong susun kerusi ja. hehe

Ya, pagi tadi berlangsunglah sukan kanak2 tadika ini. Sungguh! Amat comel mereka nih.. ^_^..

Jom!

Ketibaan para peserta
Perbarisan dan persembahan pelajar
First game : Acara lari 100m
Lama betul aku xbersukan.. [PJ, jom buat program bersukaneka.hihi]

:: Mereka2 yang comel ::






Upacara penyampaian hadiah

[kepada mana-mana yang perasan takde gambo girls.. senyap je ek!haha..]

Sekian.terima kasih!

26 March 2010

Azam baru.

[Peringatan!Azam tidak semestinya pada tahun baru sahaja..ingat tu!]

ye dengan tidak semena-mena.. Samihah menghulurkan telefon.. Pak Cik Nahar telah lost dalam perjalanan menuju Digital Mall..

Fuh?Apakah?
"Ni pak cik kat Jalan Utara nih. Dari Federal Highway, ada simpang empat.. kiri masuk Jalan Utara dan kanan Jalan Timur.."

[dlm hati - erk. kenapa perlu dimention nama jalan.Ku xtahu.Miha!!kamu memang nak kena!]

"Err pakcik pusing balik cari PPUM.."

Peta..ihsan google map

bila aku browse google map. Apakah? Jalan Utara adalah Jln yg betul.. pakcik hanya perlu masuk ke simpang Jln Semangat, sebelum ambil kiri ke Jalan Dato Jamil Rais 15. Ahha~

*Maaf ye pakcik.Saya xberapa menguasai bahasa jalan (kereta).. hanya sedikit-sedikit menghafal nama-nama jalan (bas dan LRT)..

Aku harap kalian dapat, apa yang cuba aku sampaikan,
- jangan jadi selfish, xnaik kereta pun kena belajar nama-nama jalan di sekitar kawasan (paling cikai la kan..) dan jalan yang biasa lalu.
- jadilah manusia yang peka terhadap persekitaran. (Pakcik ada mention dia di Gereja St Paul. Tapi aku xpernah notice gereja tu kt mana, sampailah aku tgk peta diatas..heh~)

Maka, dengan ini.. aku mengisytiharkan azam aku.. untuk menghafal jalan2 di PJ. hurm!! Berusaha!!

Sekian..
(curi2 masa di Ofis.)

23 March 2010

ini tentang hidup kita

aku bagi ini khas untuk rakan2 bekerjaya..

dalam hari-hari kita.. selalu sahaja kita begitu menghormati bos-bos. Khusyu'2 layan fb, bos lalu tutup.. (macam hipokrit tp macam tu lah nak hidup.. ) Selain itu, apa sahaja lah yang bos nak semua kita cuba lakukan.. Bos suruh datang awal, datang awal. Bos suruh jadi workaholic, terus bekerja keras. Pendek cerita, semua suruh, semua buat lah. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu, kita usahakan jua untuk buat apa yang disuruh..

Sebab apa? Sebab bos bagi gaji kan? jadi memang patutlah segala yang disuruh, kita lakukan.

Tapi pernah kah kita terfikir, tentang tuhan.. yang sejak kita lahir memberi kita nafas untuk terus menjadi hamba dibumi-Nya ini.. Memberi kita makanan, sebelum kita pandai mencarinya sendiri.. Memberi kita otak untuk kita pandai berfikir.. Sebelum pun kita kenal wang..

Tapi? apakah yang sama kita lakukan untuk Allah yang Esa? Jika ya, mengapa masih solat dilalaikan?

.Kempen Jom Solat!.
Islam is the way of life.
Bukan sekadar agama di Kad Pengenalan.

Sekian.