Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 March 2010

ini tentang hidup kita

aku bagi ini khas untuk rakan2 bekerjaya..

dalam hari-hari kita.. selalu sahaja kita begitu menghormati bos-bos. Khusyu'2 layan fb, bos lalu tutup.. (macam hipokrit tp macam tu lah nak hidup.. ) Selain itu, apa sahaja lah yang bos nak semua kita cuba lakukan.. Bos suruh datang awal, datang awal. Bos suruh jadi workaholic, terus bekerja keras. Pendek cerita, semua suruh, semua buat lah. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu, kita usahakan jua untuk buat apa yang disuruh..

Sebab apa? Sebab bos bagi gaji kan? jadi memang patutlah segala yang disuruh, kita lakukan.

Tapi pernah kah kita terfikir, tentang tuhan.. yang sejak kita lahir memberi kita nafas untuk terus menjadi hamba dibumi-Nya ini.. Memberi kita makanan, sebelum kita pandai mencarinya sendiri.. Memberi kita otak untuk kita pandai berfikir.. Sebelum pun kita kenal wang..

Tapi? apakah yang sama kita lakukan untuk Allah yang Esa? Jika ya, mengapa masih solat dilalaikan?

.Kempen Jom Solat!.
Islam is the way of life.
Bukan sekadar agama di Kad Pengenalan.

Sekian.

No comments: