Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 May 2010

Selamat Hari Guru

Dulu, ada satu masa belajar matematik di tingkatan 3.. waktu tu Cikgu Noriah yang ajar, dan aku xingat topik apa.. algebra mungkin..
Bila cikgu ajar, aku dah faham. senang gak algebra ni. kata aku pada waktu itu.. tapi cikgu asyik ulang2 lagi sebab ada orang masih belum faham. di sebabkan da faham aku jadi bosan dan mengantuk.. terus la aku tido di dalam kelas tersebut. tapi dalam kesamaran itu, aku tedengar..
"Ha Aisyah tido waktu cikgu ajar, da faham sangat ke cikgu ajar ni?"
sentap betul aku.. tapi, memang da fahamkan? maka aku pun terus sambung tido lagi ^___^..

time tingkat 3 gak, Cikgu Noriah tgh sarat2 mengandung, jadinye time kelas tambahan, dia minta sorg cikgu ni ganti dia.. aku pon xingat nama cikgu tu, sbb aku ingt sekali je dia dtg kelas kami.. bayangkan, cikgu lelaki muda dan satu kelas yang penuh dengan perempuan.. hehehe..
Jelas ketara cikgu ni sungguh pemalu. Memang kaku la dia ajar. kami pada awalnya turut tersampuk kaku dan buat-buat faham aje apa dia ajar.. lepas dia suruh kami buat latihan, tba2 fon dia bunyik..
"lah dah kawen ke dia?xbg tau pun" bla bla bla..
bile dia letak je fon, terus sorg kawan ni (Fina mungkin) jerit.. "cikgu, siapa kawen?"
tak semena-mena telinga cikgu tu terus jadi merah. Aku pun xfaham apa la yang dia malukan sgt.. tapi nampak nakal jugak zaman sekolah tu..

tingkatan 4, sambutan hari guru aku join venture ngan Ana Leman tolong beliau buat satu game ni guna VB xsilap.. ahaha~.. (actually Cikgu Mael gak yg buatkan.. aku tolong tekan mouse je ketika hari kejadian..)

inilah sebahagian keratan episod hidup aku 7 -8 tahun yang lalu.. fuh!lama betul, macam xsangka..

---------------------------------

Di kesempatan ini,
saya mahu mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada para guru di Sekolah Raja PerempuanTaayah yang dicintai dan dirindui selalu..
Cikgu Nazeri yang garang, Ustazah Fatimah yang tak jemu2 memberi nasihat, Pn Umi Maznum thanks for the Bio info, Teacher Salwani, Ustazah Rozaidah, Ustaz Salleh, and all the ustaz/ustazah/dan cikgu yang tak ter'list'..

juga untuk para pendidik di KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG.. The most goes to Ustazah Latifah for introducing me Usrah.. semoga masa akan menemukan kita lagi ^_^.. ustaz naseer, en Sobri.. dan semua yang pernah dan tidak pernah mengajar saya..

Tidak dilupakan cikgu sekolah rendah, SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SAGOR .. Cikgu Fahimah, Cikgu Rosmaraya, Ustazah Noraini.. oh my god.. long term memory lost.. dah tak ingat nama2 cikgu, baik jangan teruskan.. karang keluar lak nama2 rekaan.. hehe

seterusnya, semua pendidik di UNIVERSITI MALAYA.

and the last, selamat hari guru untuk Cikgu Basri dan Teacher Miskiah.. cikgu yang tak pernah kalah dalam mendidik masyarakat dan anak2..

May god bless all of my Teachers. Moga Jannah ganjaran kalian disana kelak ~

Pen off,
Kelana Jaya


15 May 2010

Kenduri Kak Shima

Salamalaik' Everybody!!

Alhamdulillah, tengahari tadi berkesempatan ke Kenduri Kahwin Kak Shima dan Ken. Meskipun tak kenal pun kak shima ni, tapi sebab kak Tiq ajak, so pegi la kan.. lama gak la da xpegi kenduri kan.. hehe.. (lama la sangat)

Kenduri di buat di Gombak, pengembaraan dengan Kak Tiq, aku, Eri dan Ifah(kwn Eri).. Btw, bak kata kak Tiq, kak Shima ni dulu ikut usrah juga.. dulu dia study 2 tahun di fakulti medic, skrg buat houseman-ship di PPUM.. kata Kak Tiq lagi, dia ni batch dengan kak K dan Kak Maryam. Tetapi tetap ku tak kenal.. xberkesempatan berkenalan gamaknye.. lambat aku masuk UM.

ok.. biar aku share kan gambar2 melalui kamera-fon 1.3mp aku dengan lighting dewan yang sengaja di suram-kan.. memang amat sangat menyerlahkan kerendahan kredibiliti incik W205 ni.. hehe..






All the best untuk Kak Shima dan suami, alam baru yang ditempuh moga lebih baik.. ^___^

Pen off,
Me.Again.

07 May 2010

lunch hour

[suasana:sedang hujan diluar dan encik amer disebelah sedang menceritakan Kisah Ashabul Kahfi pada Farhah.. mad'u beliau seterusnya.. kaitan?xde saja bgtau suasana]

ok.hari ni first day, untuk polisi:rehat hari jumaat 12.30 - 2.30 berlangsung.. awanis pun xda, dan kak CT pulak ada dirumah.. maka sebab tu, dengan rajin sekali beliau sudah memasak.. maka perlulah pulang untuk makan kan ^_^..

yeay.

sebelum makan.

selepas makan.fuh licin

family di Perak: semua jangan bimbang, tengok ni kak CT da normal semula --> masak bila lapar.. hehe..
psst:maaf la kalau yang membaca rasa membazir masa kalian baca cerita ni.. hehe

sekian,
yuk! sambung kerja..

04 May 2010

Mari Selawat

Shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlahku jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

*Lately minat wali band pula. lagu ini simple tapi maksud bagus. disamping itu boleh bantu kita menambah amalan berselawat..





Gratisan Musik

02 May 2010

shooter

haih.. payah gini, naper la perasaan ni muncul lagi..

dulu, lepas baca A.D.A.M dan Satu Janji by Ramlee Awang Mursyid aku dah rasa camni.. sekarang rasa lagi..

macam mahu jadi penembak tepat lak.. main dengan nyawa orang macam dalam game.. cerita action memang slalu gitu kan.. hero pasti nampak paling hebat..

untuk hari ini, thumbs up goes to Bob Lee Sweager.. (kasi lah kredit sket untuk Nick Memphis)

*oh lusa sudah perlu ke ofis dan kerja2 masih belum berusik.. inilah orang kata feel like home..