Quotes..
Sedikit Renungan
22 May 2010
Rasional
21 May 2010
Amarah 2
16 May 2010
Aurat yang terlupakan..
Adakah kaki wanita Aurat?
Kaki di sini ialah: mula dari pergelangan kaki, buku lali, tumit, tapak kaki hadapan dan tapak kaki bawah hingga kehujung jari. Masalah kaki aurat ataupun tidak, adalah menjadi khilaf di kalangan ulamak:
- Mazhab Hanafi dan sesetengah Maliki : kaki bukan aurat, kerana kaki termasuk anggota yang dikecualikan dalam ayat:إلا ما ظهر منها , semuanya dikira anggota zahir. had kaki ialah sehingga buku lali sahaja. Walau bagaimanapun, sebahagian Maliki mengatakan kaki adalah aurat.
- Mazhab Syafi`e : kaki aurat, kerana aurat dalam dan luar solat adalah sama.
- Imam Ham bali : kaki aurat, berdasarkan hadis:
عن ام المؤمنين ام سلمه رضىالله عنها قالت: اتصلي المرأة في درع وخمار وليس عليها إزار؟ قال: نعم إذا كانت سابغا تغطى ظهور قدميها
Maksud hadith: Dari ummul mukminin Ummu Salamah r.a katanya: aku bertanya kepada Nabi saw, “bolehkah wanita solat memakai dira’ (gaun panjang), dan khimar (tudung) tanpa izar (sarung)?. Baginda menjawab, “boleh, apabila gaunnya cukup menutupi aurat sehingga ke hujung kaki”.(Riwayat Abu Daud)
Menurut mazhab syafie, kaki adalah aurat sepertimana di dalam solat. Ini kerana apabila seorang wanita itu solat, wajib melabuhkan kain sembahyang sehingga menutup kaki. Apabila terbuka auratnya ketika solat, dan dia mampu menutupnya kembali tetapi tidak berbuat demikian, solatnya terbatal dan wajib diulangi solat semula.
Mengenai pandangan imam hanafi, yang mengatakan kaki itu tidak aurat, adalah kerana kaki itu diqiyaskan sama seperti muka dan kedua tapak tangan yang zahir dilihat. Mengikut mazhab hanafi, ketika solat, tapak kaki adalah aurat, ertinya, seseorang wanita itu sah solatnya jika telapak tangan dan bahagian belakang kaki terbuka, tetapi batal solat jika bahagian belakang tangan dan telapak kaki terbuka, harus diulangi solatnya.[5]
Dalam permasalah aurat kaki di rumah, pula, dalam Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya: “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, ms.198)
Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya tersebut ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.[6]
Dalam hal, tetamu yang datang berkunjung ke rumah,adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk ditutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun, samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut. Ini kerana tidak ada sebarang masyaqqah (kesukaran) yang menjadi penghalang daripada menutup kaki tersebut, yang mana berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah yang menyukarkan.