ok tajuk ringkas.Upbringing.
Seperti yang kita semua tahu, setiap diri kita menerima didikan dan asuhan yang berbeza.. bergantung kepada persekitaran keluarga, sekolah, matrikulasi, universiti, kerja, dan rakan2 rumah sewa.
Walaupun kadang kita xperasan tapi, semua yang tersenarai sedikit sebanyak memberi kesan kepada didikan dan corak diri kita dalam mendepani hidup sehari-hari.
A. Mungkin ada diantara kita yang memang dibesarkan dalam keluarga yang begitu menjaga waktu solat.. begitu menitik beratkan soal agama.. kemudian belajar pula di sekolah agama.. di matrik dan universiti tidak pernah tinggal ke kelas-kelas agama dan usrah di sana sini..
B. Mungkin ada juga yang tidak pernah pun ada semua itu.. lahir dari keluarga yang beragama Islam.. tapi sekadar solat. aurat tak pernah kisah.. baca Quran pun jarang2..
(kat sini aku bagi 2 contoh je la ek)
dan pelbagai lagi lah cara kita dibesarkan..
Semua inilah yang sebenarnya memberi corak kepada daya pikir kita.. untuk mereka yang tidak berasal dari keluarga B.. mungkin pemikiran dia takkan sampai kepada apa yang cuba disampaikan oleh keluarga A.. sebab ilmu mereka xsampai ke tahap sedemikian..
Terkadang kita terlupa hakikat ini..
Bila apa yang kita cuba sampaikan tidak selari dengan pemikiran mereka.. keciciran data akan terjadi.. dan salah anggapan menjadi perkara yang sering berlaku.
Jadi,
berlapang dada dan berusahalah untuk memberi faham..
selebihnya berdoalah. ^__^
*terus bersabar dan berusaha menjadi yang lebih baik.hari demi hari.BERUSAHA!
Kelana Jaya.