Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 September 2010

Hening Pagi

Tadi ke Iftor Company. Former staf pun ada yang dijemput.. so, jumpa Sham. Byk la gak nyembang ngn Awanis, Sham & En Jamal. Logik2 belaka idea En Jamal tu.. tunggu nk pretis je belum berpeluang. hah!..

Dah balik rumah.. tbe kuatla terkenang zaman blaja dulu.. degree.. so, duk depan laptop selak2 lah blog.. entri lama2.. (kalau zaman dulu, time laptop belum popular.. mesti pegi bukak almari cari peti kayu yang berisi surat2 lama dan dairi zaman belajar.. selak satu2.. )

Best gak zaman blaja .. Oh Rindu lagi T_T.

komen tentang artikel yg aku penah post.
1. Aku dah amik Kursus Kawen. Tapi, mana aku letak sijil tu ek?hurm~
2. Aku mmg clumsy dan selalu tercicir brg dimana mana.
3. Aku mmg selalu buat ayat2 down.ahahha~
4. Rindu membaca komen balas Wani ngan Kak Mash. Rindu pada Aimi Naim!
5. Rasa bersalah untuk selalu mengabaikan Aimi. Maaf ye awak ^___^

ok tu je la kut. kang aku punggah duk selak semua entri dlm blog ni kang.. mmg xjadi keje kang. sekian.

1.22am
Kelana Jaya.

02 September 2010

Sedih.

Untuk para hati yang sedang bersedih dan gundah.. aku hidangkan ayat2 ini buat kalian, cebisan surat cinta dari Sang Pencipta.. T_T ..

"Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin itu. Sesungguhnya seluruh perihalnya adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan, lalu dia bersyukur, maka itu baik baginya; dan jika dia mendapat kesusahan, lalu dia bersabar, maka itu juga baik baginya"
(HR. Muslim dari Shuhaib)

Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu yang paling tinggi (derajatnya) jika kamu orang beriman
(Ali-Imran:139)

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
(Ali-Imran:142)

Pasti ada pelangi selepas hujan kan?

Selamat membaik semuanya..
(entri ini juga untuk aku sbnrnya, yang sedang membaiki hati yg calar dan koyak.)

KJ.

01 September 2010

Kejap betul.

"..twenty years has gone so fast
wake me up when September ends..
"

Dah bulan September.. kan?.. cepat betul.
dah 22 Ramadhan..
Lagi 8 hari..

Mana lah agaknya semangat berkobar2 di awal Ramadhan,
seperti mana, hilang nya segala azam menggunung tiap awal tahun..

Teguhkn hati mencari momentum untuk memacu gerak.
Perbaiki strategi.. dan terus mara.

Back To Work,
Ofis Kelana Jaya.

30 August 2010

Cuti - Cuti Malaysia

Sempena Ramadhan ni, aku dah amik cuti pada hari ini iaitu 30 Ogos demi berpuasa bersama keluarga di kampung. Dari 27 Ogos (Cuti Nuzul Quran) sambung Sabtu,Ahad,Isnin dan Selasa (Merdeka).. 5 hari di Kg Gajah.

Dah kerja ni, memang cuti tahun adalah perkara yang menggembirakan hari.. (itupun kalau tiada sapaan dan panggilan dari ofis ketika sedang bercuti) hurm~ Tetapi, nampak gayanya.. lebihan cuti tahun akan aku infakkan demi kesihatan. Periodically dating with dentist again.. ahha!~

Semalam aku tengok Discovery Channel. tentang otak manusia. Kajian tentang otak ni best giler lak aku rasa. tapi time blajo dulu.. susah gak nak score.. Aku sebenarnya ada rasa nak share pasal human brain nih. tapi, nantilah aku selak balik fakta tu dan dapatkan fakta saintifik untuk citation.. Sapa nak offer aku further study bahagian otak? Sms ek. Thanks in Advance..

Oklah.. untuk rakan2 yang berkerja hari ni. Selamat Bekerja! Kerja elok2 eh, betulkan niat.. InsyaAllah semoga dikira ibadah..

Kg Gajah, Full of Love.

25 August 2010

Separuh Masa

Salam semua. Salam 1 Malaysia. eheh~

Sedar tak sedar dah 15 Ramadhan. kan kan? Sekejap betul.. dan malam ni da 16 Ramadhan.

Cepat. Laju. Pantas.

Siapa duk termangu dan asyik berpikir-pikir nak buat ke tak segala amal ibadah (dengan pahala berganda.berbaloi-baloi~).. tapi tak gerak2 lagi.. Aku cakap satu, rugi bai~ Bila lagi nak dapat tawaran harga runtuh gini.. untung! tak dapat dah bulan2 lain.. Kalah jualan penghabisan stok Kamdar tu. Huh~

Orait. Hari ni, bertuah lak rasa dapat pergi ke Kuliah Sebelum Maghrib Cik Saidah tadi. ~_^. Banyak ilmu baru bertambah ++.. 40 minit tu kuliah dia.. Tentang Ramadhan.

Info yang baru ku ketahui hari ini. iaitu, nama putik kurma iaitu balah. Selain balah, kurma basah di sebut rotab, sementara kurma kering ialah tamar. (Ini pun baru tahu tahun ni, Kak CT bagitau.^__^) Banyak ilmu baru tahun ni..

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).


Ok, untuk entri ni aku share kan hadis diatas la ek.. Jangan lupa berdoa sebelum masuknya waktu berbuka puasa tau!!.. kerana sesungguhnya bagi orang yang berpuasa yang berdoa ketika menghampiri waktu berbuka puasa,doanya xkan ditolak..

Till then! Selamat berjuang rakan2 dan sahabat2 sekalian. Berusaha!! ^___^