Alhamdulillah.. (semalam dapat merungkai sedikit kekusutan antara berjuta kekusutan dalam otak ni.. InsyaAllah akan sediakan laporan segera.. )
Ok, hari ni.. Ramadhan ke-26.. another 4 days.. agak2 macam mana amalan kita tahun ni? Teruk dari yang lalu? Bagus dari yang lalu? atau Sama jer macam tiap2 tahun lalu..
Dah jawab soalan kat atas tu? Ok kalau dah jelas status kita yang mana satu segeralah bermuhasabah.. sebab ada 4 hari lagi ni nak topup mana yg kurang.. Nak suruh tunggu next Ramadhan, semua kita pun xpasti umur kita setakat mana kan? So.. untuk 4 hari yang berbaki dan yang tak confirm kita punya ni.. cepat2lah berusaha dan pasang niat untuk membaiki jurnal ibadah Ramadhan kita yang lompong-lompong (erm.. peringatan untuk diri sendiri yang paling utama sebenarnya ni..)
Dikesempatan ni, sudilah kiranya kalian membaca ayat tadabur aku pagi ni eh.. sharing is caring kan.. kita kan saudara jadi sama-samalah kita berkongsi ayat ni..
..Al-A'raf..
50.Para penghuni neraka merayu pada penghuni syurga, "Tuangkanlah sedikit air kepada kami atau rezeki apa sahaja yang telah dikurniakan Allah kepada mu" Mereka menjawab "Sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi orang kafir"
51.iaitu orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Maka pada hari ini (Kiamat), Kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami
Sesungguhnya Mati itu adalah benar, dan Azab Kubur itu benar, dan Hari Pembalasan itu juga benar.. Semoga peringatan pagi ini jadi santapan dan refreshment kepada kita semua untuk memacu gerak pantas, memperbaiki nilai diri..
7.57am,
Kelana Jaya