Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 September 2010

Out of Sudden

Semalam browse FB seorang rakan sekolah rendah.. kemudian membawa kepada blog abang beliau yang bisu dan pekak.. Saya kagum dengan abangnya, serius! sedang sambung master sekarang.. sudah berkahwin dan ada 2 orang anak. Tidak sempurna bukan bermakna tidak boleh berjaya.. Beliau saja sudah membuktikan..

Membaca blog beliau mengingatkan saya tentang seorang rakan, Uma namanya..

Dulu di UM berkesempatan menyertai program readers di Library UM. Tolong bacakan untuk mereka yang cacat penglihatan..

Tiba2 rindu. Uma ni baik. tapi dulu disebabkan dah tahun akhir, aku selalu beralasan untuk membacakan untuk dia. Ah! Maaf Uma. Rasa bersalah menerpa mengingatkan lewat minggu2 akhir di UM yang buat aku langsung tidak menjenguk dia di library.

Bila aku tukar phone tempoh hari.. sebahagian dari nombor yang tersimpan dalam fon lama semua terkorban, no Uma salah satu dari ratusan yang pupus..


Apa kabar Uma agaknya?
Mungkin sudah berjaya menggenggam segulung ijazah.
Semoga kau baik2 sahaja kawanku.. ^____^

19 September 2010

Arnab.

ok ini makluman yang baru aku tau. Untuk mengelakkan kalian mengulang silap, aku kongsikan..

1. Arnab tak boleh makan salad bulat - which is memang dah 'ter'bagi makan pada cik arnab yang terkorban
2. Arnab tak perlu dimandikan. Kalau die cirit, lapkan dengan kain basah. Jangan mandikan! Arnab bukan sepeti kucing.. - ye juga Amin dah mandikan T_T
3. Air bersih untuk minum perlu kerap ditukar.

*ok jap gi nak balik KL. Kome yg kat rumah jaga molek la arnab sekor lagi tu.

Sekian. TQ!

18 September 2010

Innalilah

Salam kepada semua para pembaca budiman.

Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Pertamanya, ucapan takziah ditujukan buat keluarga Ustaz Dahlan.. (Mudir Hilal Asyraf).. Meskipun tidak mengenalinya secara individu.. tetapi selalu mengikuti ceritera hilal dari blog beliau.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan segala ilmu yang beliau ajarkan menjadi bekal terbaik untuk beliau diSana..

Seperti manusia, haiwan juga takkan lari dari maut. Kerna setiap makhluk itu kan telah ditetapkan ajal masing2. Mari kita bukakan cerita. Alkisah,

Ahad lalu, 3 Syawal.. ayah membawa pulang 2 ekor arnab.. katanya kawannya dah tak lalu nak menjaganya.. Lalu Amin dan jiha excited nak menjaga binatang terbaru di rumah batu hitam..

Jiha menjadikan rutin mengambil kangkung dibelakang rumah.. dan memberi makan kangkung dan palet kepada arnab. Sementara Amin merajinkan diri memandikan arnab.. (disebabkan arnab ni dah terberak-berak dan kencing dengan membusukkan kawasan parking kereta).

Aku sesungguhnya tak berapa nak amik port sangat tentang pet ni. Menurut Amin dan Jiha, salah seekor arnab ni.. dia memang tak makan bila diberi makan.. manakala yang sekor lagi steady. makan dan bermain dengan rancak. Meskipun yg satu lagi xmakan tapi beliau masih aktif bergerak.

Sementara itu, dibelakang rumah ayah sibuk membangun kandang baru untuk arnab.. memandangkan kandang asal beliau perlu dipulangkan kepada tuan asal arnab. Setelah bertukang begitu-begini. Maka, hari ni siaplah kandang arnab.

Malang tak berbau.. cik sekor yang xmau makan tu mula menunjukkan petanda2 tidak bagus. Keadaannya begitu lemah. sampai tidak boleh tegakkan badan. Hanya terlantar mengiring. Ayah usahakan juga masukkan kedalam kandang baru. Kemudian aku sua kan kangkung dan lobak kemulutnya.. tapi langsung tak dijamah.. aku hulurkan air pun langsung xngombeng.. Tak lama selepas itu, dadanya berombak kencang.. dan beberapa minit kemudian air keluar dari mulutnya.. dan, berakhirlah sudah penghidupan seekor lagi makhluk Allah diatas muka bumi.

Kini rumah baru mereka cuma untuk seekor arnab. *sigh*

Sayup2 azan Asar berkumandang saat merakamkan detik pengebumian cik arnab yang belum pun diberi nama sejak mereka berpindah ke rumah kami :(


Semoga Cik Arnab tenang di alam sana.. T_T

Kg Gajah,
9.37 malam

17 September 2010

Hati yang tertinggal

Ok. Disebabkan ada salah satu post aku cakap seperti ini..

"susahkan..
bila datang kerja,
tapi hati tinggal di kampung.."

Maka, aku pulang lagi selepas habis kerja Rabu lalu..
balik kampung untuk mengambil semula hati yang tertinggal..

keluarga Hj Basri

rakan-rakan SKDS(1994-1999)

*harap segalanya lebih baik untuk esok dan seterus-terusnya...

1.08pm,
Kg Gajah.

15 September 2010

Tahniah!

Alhamdulillah summa alhamdulillah..

Firstly,
Sebenarnya pagi tadi aku berkobar-kobar mahu kabarkan update terkini tentang Cik No Touch.. Alhamdulillah.. sudah beransur pulih setelah aku gunakan another cable. kebetulan en. amir tinggalkan HDD beliau di ofis untuk kami back up data2 .. maka aku cuba try.. dan it works! so selesai satu masalah.. nnti balik rumah bleh selongkar2.. kut2 ada kabel2 yang bersesuaian & tidak digunakan.. :P

Secondly,
Alhamdulillah & Tahniah!! untuk kelahiran cucu kedua pakngah. Abg Yajid ngan Kak Jaemah telah pun dikurniakan baby boy jam 8 pagi tadi. Dengarnya lahir di Hospital Serdang.. Wah, Sofeya dah ada kawan sekarang.. almaklumlah.. asyik berkawan dengan orang dewasa saja.. menyebabkan beliau dah macam mak nenek.. dapat member seusia bleh gak mengembalikan usia muda rumaja beliau.. hihi.
Penantian seterusnya.. Abg Arul dan Kak Lin.. rasa dah dekat gak tu..

Sekian update..
9.18am,KJ