Semalam browse FB seorang rakan sekolah rendah.. kemudian membawa kepada blog abang beliau yang bisu dan pekak.. Saya kagum dengan abangnya, serius! sedang sambung master sekarang.. sudah berkahwin dan ada 2 orang anak. Tidak sempurna bukan bermakna tidak boleh berjaya.. Beliau saja sudah membuktikan..
Membaca blog beliau mengingatkan saya tentang seorang rakan, Uma namanya..
Dulu di UM berkesempatan menyertai program readers di Library UM. Tolong bacakan untuk mereka yang cacat penglihatan..
Tiba2 rindu. Uma ni baik. tapi dulu disebabkan dah tahun akhir, aku selalu beralasan untuk membacakan untuk dia. Ah! Maaf Uma. Rasa bersalah menerpa mengingatkan lewat minggu2 akhir di UM yang buat aku langsung tidak menjenguk dia di library.
Bila aku tukar phone tempoh hari.. sebahagian dari nombor yang tersimpan dalam fon lama semua terkorban, no Uma salah satu dari ratusan yang pupus..
Apa kabar Uma agaknya?
Mungkin sudah berjaya menggenggam segulung ijazah.
Semoga kau baik2 sahaja kawanku.. ^____^
No comments:
Post a Comment