Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

06 October 2010

Ajal dan Maut

Ajal dan maut itu semua urusan tuhan. Kita tak kan tahu bila masanya kita, bila masanya ibu bapa kita, bila masanya adik beradik yang lain, bila masanya kawan2 dan bila masanya orang2 disekeliling kita akan dijemput tuhan. Kan?

Sekonyong-konyong di beritahu cuma, mati itu benar. azab kubur itu benar. syurga dan neraka itu juga benar. Lalu, persiapkanlah amalmu.. biar jadi bekal di kemudian hari.

Pagi ni,
mungkin akan menjadi pemula rutin mendengar radio di pagi hari. Ikim FM mengejutkan pagi aku, seorang pelajar tingkatan 3 tidak sempat menduduki PMR apabila maut dalam kemalangan motosikal dalam perjalanan membeli alat tulis untuk peperiksaan, malam sebelum peperiksaan besar itu semalam..

Sungguh. Menggemparkan ruang degup lorong2 jantung! Semoga roh adik tersebut ditempatkan bersama orang beriman. Semoga semua usaha adik dalam memperoleh ilmu bersama redha Allah.

*sigh*
entah bila, turn kita. Pesan pada diri,

1.banyakkan amal
2.maafkan salah orang pada kita
3.jangan bertangguh bayar hutang
4.minima kan cubaan2 untuk berhutang
5.tulis wasiat
6.Ikhlaslah beramal..

Sekian,muhasabah pagi Rabu..

05 October 2010

Arah.

Ini ada sebuah lagu.lirik sungguh menangkap.sedang aku berkhayal menerawang dalam sesawang moden ni, terdengar pula lagu nih di NasyidFM.dan jatuh cinta.ni lah namanya crush..

Ok..kat bawah ni lirik dia, kalau nak dengar lagunya bolehlah search2 kat mana2.. InsyaAllah akan berjumpa punya.Good Luck!

All One - Arah

Ku sendirian di himpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terputus di tengah jalan
Mendamba kasihMu Tuhan

Sanggupkah aku menahan siksa
Menanggung dosa yang ku lalui
Ku serah diri padaMu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihan hatiku

Ke mana arah yang harus aku lalui
Adakah masih di sini
Perit tak terhingga

Aku mengharap padaMu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu

3.54pm,
Phileo Damansara.

Notis.

1.Secara rasminya saya telah pun berpindah Ofis.. Kelebihan ofis sekarang? hehe. telefon bai. da ada telefon sendiri di setiap meja. So, xperlu lah ku menggunakan fon sendiri lagi untuk call Sabah. :P

2.Ok gambar xdek, sebab hari ni sungguh lah tak bersemangat dek sampukan demam Sabtu lalu masih bersisa.. sampai sekarang pun masih selsema.

3.Maaf kepada sesiapa yang menelefon. Rasa tak sihat, menyebabkan saya tido awal tadi. Nanti esoklah saya return call k! Ini baru bangun untuk cuba-cuba menyiapkan pelbagai kerja tertangguh..

4.Tahukah anda.40 bilion aset umat Islam dibekukan? Hanya kerana tidak menulis wasiat semasa hayatnya. Jadi, bagi yang berharta.. meskipun tak banyak.. Moh le kita menulis wasiat. Wasiat ni bukan nak tulis untuk harta je. Boleh jugak tulis berapa banyak hutang kita ada. Boleh jugak saudara2 kita yang masih hidup tolong bayarkan..

Ok.itu saja.

2.27am,KJ.

03 October 2010

Punya Cinta Ramadhan


Ok. Done! Alhamdulillah..

Akhirnya, setelah lebih 3 bulan aku membeli buku ini.. dapat jua ku akhiri pembacaannya malam ni. Err.. kalau tengok kat rak tu ada lagi 5 novel tengah beratur. Phew~ xpe step by step kan?

Sinopsis sikit la kan:
Ia kisah anak muda bernama Ramadhan yang mencari cinta di sebalik rahmat bulan Ramadhan .. Kisah cinta tuhan yang memandu cinta manusia. Untuk penceritaan Novel Malaysia, aku rasa peminat novel Islamik yang tercari-cari kisah ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih.. tetapi lebih hampir kepada lenggok budaya Malaysia.. jemputlah mendapatkannya di toko buku berhampiran..

Sedutan:
"Kata walid, al-Quran itu turun dari langit. Didalamnya terkandung manual cinta Tuhan. Manual cinta itulah yang akan mengusik cinta di jiwa manusia apabila hati dekat dengan Al-Quran"

"Sayang, kalam tuhan itu pangkalnya di langit.. hujungnya menyimpul hati nurani hamba-hambaNya. Andai pangkalnya tidak diikat dengan keikhlasan, tali hubung itu akan longgar dan putus"

"Tanggungjawab sekadar memenuhi kehendak peribadi. Suka buat, tidak suka tinggal. Hairan, mengapa tidak ditimbang dengan pahala kerana walau sekecilpun kerja itu, nilaiannya ialah syurga. Bukankah pahala itu diraih kerana keikhlasan"

Ok, itu jelah ek setakat ni. blur lak nak buat huraian.

10.47pm.
KJ.

02 October 2010

Mimpi.

Kelmarin, aku bermimpi Kak CT jadi mangkuk.
Ini series kes yang aku pun kurang pasti..
camnerla begitu thrill mimpi nye.

Sekian.