Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

07 October 2010

Share

Pagi tadi takde pulak aku dengar berita pagi.. Jadi, hari ini aku nak share sedikit sedutan dari blog kenalan la yek.. Takde motif, just rasa macam nice wording to share..

Pernah dengar ayat quran:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai pernikahan"?


...

Pasti tidak pernah. Yang selalu kita dengari dan tadabburi ialah:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"


Sibukkanlah diri dengan apa yang pasti. Janganlah disebabkan oleh apa yang tidak pasti, kita menggadaikan apa yang memang pasti akan terjadi; matlamat hidup kita itu sendiri.

Semoga seandainya ada pernikahan itu, ia memperkukuhkan matlamat kita.


PhileoD.
Jam dah 11.42 pagi..
Kemana saja usia ku telah ku habiskan??

06 October 2010

Cerita Manusia

Menjalani hidup hari-hari, rasa best sebenarnya. Melihat sisi hidup dari sudut berbeza. bila sedang amarah, bila sedang gembira.. bila sedang berduka.. semuanya bagi kesan yang berbeza.

Ok.melalut tu.

Cerita yang mahu akan sampaikan ini kisahnya tentang seorang rakan. Rasa sedikit aneh, tapi ini kenyataan, kisah benar.

aku: eh.. ko ingt tak dulu ada lmn urut dan rawat?
aku: petanda2 dimasuki jin..
rakan A: mm..x ingt la..kene tanye cik amer la..xpun google je
rakan A: nape hang rase kene msuk jin ke
aku: ala.. kn ada satu tu
aku: ciri2 nya lambat kawen ..
aku: so aku nk suh la ko g berubat ke
aku: apa ke
aku: mungkin cepat sket kut kawennya
rakan A: mm..tp tu sbab duit..
rakan A: tp ari tu ak ingt bdn ak kene msuk jin gak
rakan A: sbab xde awek..
rakan A: br je nak gi brubat..haha
rakan A: x tau la klau jin tu dah lari dr bdn ak
aku: ape da..
rakan A: haha..
rakan A: nsib baik dah kuar..
aku: diri sendiri tak berusaha.jin lak disalahkan
aku: ko ni tahpape je pemikiran
rakan A: mslahnye..klau ak nak kat sorang awek msti ak x brani ckp..
rakan A: ak rase msti jin psiko ak kot
rakan A: isk2..tah ape yg ak ngarut ni

Sungguh aneh. boleh lak ada kepercayaan begini.

Ok, begitulah alkisahnya.

Phileo,
Jam 4.15 petang.

Ajal dan Maut

Ajal dan maut itu semua urusan tuhan. Kita tak kan tahu bila masanya kita, bila masanya ibu bapa kita, bila masanya adik beradik yang lain, bila masanya kawan2 dan bila masanya orang2 disekeliling kita akan dijemput tuhan. Kan?

Sekonyong-konyong di beritahu cuma, mati itu benar. azab kubur itu benar. syurga dan neraka itu juga benar. Lalu, persiapkanlah amalmu.. biar jadi bekal di kemudian hari.

Pagi ni,
mungkin akan menjadi pemula rutin mendengar radio di pagi hari. Ikim FM mengejutkan pagi aku, seorang pelajar tingkatan 3 tidak sempat menduduki PMR apabila maut dalam kemalangan motosikal dalam perjalanan membeli alat tulis untuk peperiksaan, malam sebelum peperiksaan besar itu semalam..

Sungguh. Menggemparkan ruang degup lorong2 jantung! Semoga roh adik tersebut ditempatkan bersama orang beriman. Semoga semua usaha adik dalam memperoleh ilmu bersama redha Allah.

*sigh*
entah bila, turn kita. Pesan pada diri,

1.banyakkan amal
2.maafkan salah orang pada kita
3.jangan bertangguh bayar hutang
4.minima kan cubaan2 untuk berhutang
5.tulis wasiat
6.Ikhlaslah beramal..

Sekian,muhasabah pagi Rabu..

05 October 2010

Arah.

Ini ada sebuah lagu.lirik sungguh menangkap.sedang aku berkhayal menerawang dalam sesawang moden ni, terdengar pula lagu nih di NasyidFM.dan jatuh cinta.ni lah namanya crush..

Ok..kat bawah ni lirik dia, kalau nak dengar lagunya bolehlah search2 kat mana2.. InsyaAllah akan berjumpa punya.Good Luck!

All One - Arah

Ku sendirian di himpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terputus di tengah jalan
Mendamba kasihMu Tuhan

Sanggupkah aku menahan siksa
Menanggung dosa yang ku lalui
Ku serah diri padaMu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihan hatiku

Ke mana arah yang harus aku lalui
Adakah masih di sini
Perit tak terhingga

Aku mengharap padaMu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu

3.54pm,
Phileo Damansara.

Notis.

1.Secara rasminya saya telah pun berpindah Ofis.. Kelebihan ofis sekarang? hehe. telefon bai. da ada telefon sendiri di setiap meja. So, xperlu lah ku menggunakan fon sendiri lagi untuk call Sabah. :P

2.Ok gambar xdek, sebab hari ni sungguh lah tak bersemangat dek sampukan demam Sabtu lalu masih bersisa.. sampai sekarang pun masih selsema.

3.Maaf kepada sesiapa yang menelefon. Rasa tak sihat, menyebabkan saya tido awal tadi. Nanti esoklah saya return call k! Ini baru bangun untuk cuba-cuba menyiapkan pelbagai kerja tertangguh..

4.Tahukah anda.40 bilion aset umat Islam dibekukan? Hanya kerana tidak menulis wasiat semasa hayatnya. Jadi, bagi yang berharta.. meskipun tak banyak.. Moh le kita menulis wasiat. Wasiat ni bukan nak tulis untuk harta je. Boleh jugak tulis berapa banyak hutang kita ada. Boleh jugak saudara2 kita yang masih hidup tolong bayarkan..

Ok.itu saja.

2.27am,KJ.