Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 October 2010

Rumah Sakit

Semalam, balik kerja terus bergegas (tak sangatlah, since jam teruk di Puchong dan LDP juga of course.. maka sejam jugaklah perjalanan) ke Hospital Putrajaya..

Paklang masuk hospital.. sekali lagi..

Sebenarnya beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk penyakit yang sama pada hari raya tahun lepas. Menyebabkan memang keluarga kami turut meraikan hari kebesaran itu di hospital bersama-sama. Bak kata orang, susah senang bersama-sama. 1 for all and all for 1.

ok, berbalik kepada paklang. Masalah beliau adalah penyakit usus. iaitu, tidak boleh menyahtinja dengan sempurna. mau dekat sebulan jugak beliau mengalami masalah tersebut. Kalau tak boleh 'membuang'.. secara automatik mestilah kita punya selera makan pun akan terganggu kan?

Jadi, paklang decide untuk di hospital sahaja, sehingga masalah 'membuang' nya itu selesai..

Overall.. ketika aku sampai beliau nampak bertenang dan sihat2 sahaja. hospital sebagai R&R katanya.. paklang.. paklang.. memang suka berseloroh juga sakit sakit pun.

~ bila tengok orang dah mula sakit2 ni saiko pulak aku.. tba2 aku pun bila sakit sikit, mula memikirkan segala jadah penyakit kronik yang ada di dunia. haih la sarah .. T_T

ok, since aku pun xsure sangat pasal penyakit paklang ni.. mari aku kongsikan satu artikel tentang penyakit2 usus yang dikeluarkan oleh Berita Harian.. Jangan tak tau pada 2008 penyakit berkaitan sistem pencernaan ni menduduki tempat ke-6 penyebab utama kematian di hospital kerajaan.Check it out!

Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, Dr Tan Huck Joo, berkata pada 2006 dan 2007, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan berada di tangga ke tujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan.

Bagaimanapun pada 2008, walaupun masih berada di tangga tujuh penyebab utama pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan, namun ia menduduki tangga keenam punca utama kematian di hospital kerajaan.

“Barah gastrointestinal juga sangat signifikan di Malaysia. Barah usus adalah barah kedua tertinggi di Malaysia, merangkumi 11.9 peratus daripada semua kes barah yang dilaporkan. Ia paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan menduduki tangga ke tiga sebagai barah pembunuh di kalangan wanita,” katanya.

Di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 940,000 barah kolon dilaporkan setiap tahun dengan 500,000 daripadanya berakhir dengan kematian.
Masalah pada sistem pencernaan bukan satu tetapi ada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan.


Sekian,
6.40am,KJ


19 October 2010

Jaja dan Din - The Spirit begin..


Alhamdulillah. berjaya sudah menghabiskan Jaja & Din.. ok banyak lagi yang beratur tu. Takpa, pelan2 .. InsyaAllah boleh dihabiskan semuanya .. semua orang pun ada 24jam kan. tak da yang lebih takda yang kurang.

macam mana best pun, ia tetap sekadar sebuah novel. yang mungkinlah kan.. dari 10k org adalah dalam 2 org yang mengalami kisah hidup macam tu.

Tapi,

apa kata, pada bahagian yang baik itu.. kita cuba untuk ambil pengajaran darinya. kankan?

kesimpulan selepas tamat Jaja & Din :
- lepas baca ni mesti ramai yang nak cari din. tapi, saya taknaklah. sebab din kan utk jaja.hehe
- banyaknye kelemahan diri muncul satu persatu.
- banyak ni kena cover sirah nabi, sahabat, solafus soleh.. (sejarah melaka?)
- perlu berusaha keras membaiki diri.
- be prepared ^_^ !

jika jaja banyak berubah untuk suaminya din, janganlah nak tunggu dah ada suami baru nak berubah .. kan? Kan Allah dan Rasul itu sudah tentu-tentu kekasih hati kita ^___^ .. mula lah berubah sekarang.

"Diatas robohan Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka!"

ok semua, selamat membaca ya!

2.48pm

17 October 2010

Explorace

ahha~ menarik jugak explorace 2010 ni. (meskipun tak de lah explore sampai seluruh UM mcm explorace 2008 dulu) santai tetapi sungguh bermakna.

Banyak mengetengahkan kefahamn tentang usrah dan sirah.. ok, share the pic la kan..

tempat berkumpul : kafe 12

bersegera. ke CP 1. KPS here we go!
CP 1 : Gazebo KPS,

tugasan: susun puzzle dan tasmi' doa ini.

CP 2 : Main Library UM

tugasan : menghurai pemahaman ayat surah Al-An'am 6:125

berkobar, last CP.. hehe

CP 3 & last : Pondok Tasik Varsity

another group

terima kasih dan tahniah pihak penganjur! Jangan serik menganjur lagi.. ^___^

Resolusi:
1. Peserta perlu hadamkan sirah.
2. Peserta perlu mula berdakwah.

p/s: pihak penganjur kalo salah resolusi boleh betulkan di komen box. tQ!

7.08pm,
Kelana Jaya

16 October 2010

Ziarah Tokoh

Alhamdulillah, berkesempatan menyertai rombonan Karisma UM ke Bandar Sri Damansara ke rumah Pak Cik Syed dan Dr. Mela. Pengalaman berharga insyaAllah, lagi2 mengetahui darah pejuang yang mengalir di dalam diri Dr Mela itu sendiri..



Jelas2 perkongsian mereka itu memberi sedikit gambar. Apalah sangat agaknya juang kita di PJ ini nak dibandingkan pengalaman yang lebih ExtraOrdinary yang mereka harungi..

mohon ini kita muhasabah kembali diri kita..adakah nilai ini sudah tersemat dan terikat rapi dalam diri, jika tidak perketatkanlah.. langkah hidup bukan makin lama makin mudah.Ingat tu!

Ciri-ciri yang perlu ada sebagai mukmin yang mengaku pejuang agama Allah.
1.ikhlas
2.sabar
3.istiqamah
4.tidak putus asa
5.berani mencuba
6.ingat 5 sebelum 5

InsyaAllah semoga kita lebih bersemangat untuk membaiki diri dan memacu gerak yang lebih rapi.

*Kak Mela cakap, lain kali nak buat sesi khas untuk akhwat.. nak sharing pasal mcm mana kehidupan dia tahun pertama pulang ke Malaysia. wah! macam menarik tu..kankan?

bilik Aina.
5th college,
6.28pm

14 October 2010

Happy Birthday.

Pagi tadi, ketika kelam-kabut nak print something dari laptop (sebab dah terlewat nak siap gi kerja), notis sesuatu.. hari ni 14 Oktober.. Mungkin ada hari penting sesiapa.. tapi, nak recall macam tak cukup RAM lak nak load otak kan.. hehe (alasan.)

tbe pagi ni..

ok,
dah tau..

so..
Selamat Hari Lahir Jon.
sudah2lah tu perasan muda.


sincere,
your staff.