Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 November 2010

Kangan.

Bangun pagi ditemani azan Subuh yang sayup2, laptop masih terbuka. kerja langsung terbengkalai.

dan merayapi blog atiqah dahalan.

Allah,
rindunya!

dulu, baik-baik sahaja semuanya.

5.55am,
KJ

02 November 2010

Libang libu

PJ memang cantik kan?

boleh la bagi entri ke-2 untuk hari ni kan..

akhirnya kerja aku memang dah terbengkalai. actually tinggal part terakhir, tapi cara tu xdapat approval dari inchik bos, kena la re-calculate.. dan aku dah habis 'rasa' untuk bermula semula (untuk hari ni la) ..

dan cik bos pun dah datang tadi menjenguk progress.. aku tunjuk la yang terdaya aku lakukan.. lepas tunjuk terus rasa ringan sket.

rehat jap.blog-hoping sket. kasi lebih segar mata dan minda..

terbaca entri sorang kawan.. dia ni tengah tunggu posting jadi cikgu.. sekarang buat perniagaan jual nasi lemak kecil-kecilan. sehari jual 40 bungkus.

hurm..

takkan aku nak meniaga nasi lemak gak kn? disebabkan stress. ah! masak pun skali skala ada hati nak meniaga masakan.

ok. abaikan.

"hope for a better tomorrow then.."

Sekarang dah nak balik rumah.. moleklah kiranya aku menghabiskan entri ini dengan sebuah lagu yang tak kurang popularnya satu masa dahulu..

"Destinasi cinta yang kucari..
Sebenarnya terlalu hampir..
Hanya kabur kerana dosa didalam hati.."
-Mestica-

Maka, mungkin dosa yang menghijab kita dari rasa cinta, cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada keluarga.. cinta kepada perjuangan..

cinta kepada kerja??uhuk.

5.18pm
Phileo D.

Naim B

amacam, fb, sms n entri dlm blog. bangga x?

Hari ini genapla umo Naim 22tahun. rakan2 sebaya dia banyak da habis belajar & bekerja atau sudah sambung master. Bro, what happen ni. hehe..

ok, browse dalam laptop ni xde gambo naim, ini je ada. profile pic di fb satu masa dulu..

Good luck for your future undertakin' la.. belajar rajin2, jangan dok asyik panjat gunung saja.. exam da dekat nyah~

ok tu jela..

6.11pg,
rumah KJ
*sebenarnya nak cakap panjang lebar lagi tp ada keja xsiap dol.nnti da siap kerja kak sarah tmbh lagi entri ni kasik pnjg. hehehe

01 November 2010

Berarak mendung kelabu.

semalam berakhir sudah Daurah BM. InsyaAllah banyak sudah ilmu2 memenuhi ruang pikir. dari Fiqh munakahat, Couple:Antara fitrah dan fitnah dan disudahi dengan Daurah BM : Membina Ummah dari Rumah.

T_T . Teori sudah berkepuk, tinggal prektikalnya belum sampai.

InsyaAllah jalan menujunya akan diusahakan.. takde usaha, rezeki pun takkan datang bergolek kan?

tentang tajuk --> sejak dari pagi otak dah cramp, apsal lah susah sangat nak buat php coding hari ni kan, tapi Alhamdulillah, akhirnya berhasil sudah array.. xdelah susah mana array rupenye.

Seterusnya adalah upload form.

Berusaha!!

p/s: Sarah, ingat ni.. memungkiri janji tu sifat orang munafik
(T_T . fuh mesti telinga sedang merah.. :(( )


PHileoD
5.10pm.

29 October 2010

Sarkas.

Salam 1 Malaysia.

renung-renungkan bual pagi rakan kita ni..

Tingkatan 3, tahun 2000.
"Eh, keputusan PMR dah keluar lah.. aku ada apply MRSM hari tu.. harap2 sangat dapat."
"Betullah, aku pun ada apply untuk sambung tingkatan 4 di SBP"

Tingkatan 3, tahun terkehadapan..
"Eh ko ni kan PMR dah dekat, ko masih nak keluar malam dan xmau study ek"
"Ala PMR je pun.. its not end of the world la.. nak susah apa, Sekolah Harapan kan ada!"

Satu masa, kita berlumba-lumba nak masuk sekolah berasrama penuh.. mungkinkah, akan sampai satu zaman.. dunia telah merubah dimensi pikir adik2 kita?nauzzubillah.

Untuk kisah ini,
suka untuk aku kongsikan analogi sungai dari Ustaz Pahrol.

Di sebuah kampung.. sungainya telah tercemar teruk, dek kerana orang2 kampung di Hulu terus-menerus membuang sampah kedalam sungai. Atas inisiatif murni dan penuh pengharapan untuk mendapatkan sungai yang bersih, maka penduduk kampung dibahagian hilir menjalankan gotong royong membersih sungai. Setiap hujung minggu, mereka bertungkus lumus membersih sungai.

Begitulah agaknya negara kita, terus-terusan membersih hilir sungai sedang jalan menggesa penduduk hulu sungai dari membuang sampah adalah lebih bijak sebenarnya.

Dari sekolah harapan, pembinaan kilang coca-cola, lalu sekarang, rancangan hab hiburan untuk tujuan peningkatan ekonomi negara dari sektor pelancongan..

apa semua ini?

Sekian, Phileo D.
2.21pm