Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 November 2010

Upset Stomach

kesian perut tu, sedih bunyinya..

Hari ini suka untuk aku ingatkan kalian semua, dalam menjalani hidup hari-hari seringlah yakin dan percaya, sesungguhnya semua yang kita ada hari ini dengan hikmah Allah yang tersendiri. Meski baik ataupun terasa perit ketika menghadapinya.

Hari ni aku diserang sakit perut (so called pedih ulu hati jugakla) seawal jam 4 pagi.. sakit die, xleh nak mengerekot mahupun berbaring tegak. Setelah membuat cubaan2 untuk muntah (dengan harapan mengurangkan rasa senak di perut), akhirnya aku muntah dan mengalami CB sedikit. Tapi, Alhamdulillah.. boleh jugaklah sambung tido balik untuk sekejap, sebelum berkumandangnya azan Subuh.

Aku ingat nak amik MC je hari ni, tapi ada banyak hal tak setel kan.. jadi ke ofis jugalah. Singgah di 7-eleven dan mendapatkan actal. Rasa2nya macam berkurang sedikit tapi, senak/sebu tu masih ada. ok, hikmahnya..

Aku mula lah google2 pasal upset stomach ni.. meh aku share kan kat korang sedikit fakta..

Punca Kesedihan Perut
1. Makan terlalu laju / makan benda pedas.
2. Keracunan makanan atau di hinggapi virus (ini jika disusuli muntah2 dan cirit birit)
3. Komplikasi ubat
4. Alergik makanan tertentu

Bila kita mengalami Kesedihan Perut,
kita akan rasa tak berselera untuk makan, jadi disyorkan untuk minum peppermint tea, ginger or baking soda (ginger and baking soda bleh lah nak campur dalam air atau minum begitu saja)

Meskipun tak rasa nak makan, kita kena makan gak. Jadi apa yang kita perlu dan boleh makan?
1. elakkan makan makanan pejal untuk beberapa ketika
2. bila dah nak start amik makanan pejal, mulakan dengan nasi atau biskut (both mudah hadam)
3. pisang adalah makanan terbaik untuk mengubati kesedihan perut
4. Makanan dari sumber tenusu, kekacang, buah sitrus, coklat, kafien dan makanan pedas adalah sangat ditegah pengambilannya.

Peringatan:
Usually, upset stomach is a minor digestive problem and can be cured with some restriction in diets and with the help of common home remedies. In case, you find some danger signs like bloody stools or vomit, black stools, fatigue, loss of weight etc., then it is likely that the upset stomach causes could be serious. In that case visit your doctor immediately.

Baiklah, sekian dahulu perkongsian hari ini.. alih bahasa dari sini.

5.54pm
PhileoD

14 November 2010

Sangat Comel 2!

Maka semalam berlangsunglah hari penyampaian hadiah untuk pelajar 6 tahun Little Azhar. Berlangsung di Kolej 11, UM. Mari aku kongsikan gambar kanak2 comel nih..















Selamat memasuki tahun 1! Semoga, terus istiqamah membentuk diri dengan acuan Islam adik-adikku.

8.23am
Phileo D

12 November 2010

merentas horizon

Wed, September 5, 2007 12:34:47 PM
Assalamualaikum. .
MERENTAS HoRIZOn..
perjalanan yang panjang menuju satu destinasi..

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan waktu untuk memperkongsikan PERKASA'07 kepada sahabat2 yang pastinya jundi2 Allah sekalian.

Sebermulanya perjalanan adalah dari stesen universiti menuju ke terminal putra. Entah bagaimana kami(ana n lily) yang sepatutnya bersama2 sahabat2 k-PJ boleh terlontar jauh untuk bermusafir bersama ikh akh k-gombak @ March od Die. xkesah la kan yang penting misi kita.. KE PERKASA'07

perjalanan ke terminal putra sememangnya agak menyesakkan memandangkan rata-rata penduduk bersesak untuk pulang ke kampung (lantaran cuti merdeka) dan mungkin ada gak yang dalam perjalanan menyambut merdeka bersama kawan2 dan sbgnya..

rasanya semua tu bukan isu.. yang penting.. hanya setelah melewati stesen tmn melati, tren sedikit lengang.. Alhamdulillah. . (dapat gak duduk walau tinggal satu stesen je lagi)
sampai terminal putra lagi sesak! sampaikan orang2 yg nak bli tiket terpaksa buat u-turn masa berbaris.(nasib baik ana x perlu bli tiket kt gombak.hehe. .)

kami sampai di sana waktu hampir menginjak maghrib. Lebih kurang 15-30 minit kami menunggu tapi wakil k-gombak masih xkelihatan.. risau dengan keadaan yang makin gelap dan maghrib yang makin melabuh.. kami mengambil langkah untuk terus ke UIA Gombak (stlh berbincang dgn Wan Tim-akh k-G)..

Sampai di UIA Gombak, dapatlah kami lihat ikh akh k-Gombak juga masih tersadai di tangga utama UIA. Masih juga menunggu kenderaan. Setelah mengerjakan jamak takdim untuk maghrib dan Isyak juga mendepani beberapa masalah kecil, kami pun memulakan perjalanan ke JOHOR lebih kurang jam 10 lebih(driver ; auzan)

Masuk je dalam KIA pergio.. xkeluar KL pun lagi agaknya, ana dah syahid.. (pantang jalan jauh!mesti lena.hehe)Sepanjang perjalanan ada singgah beberapa tempat.. tapi tak tau nama apa.. perhentian dan stesen minyak. tu jer yg tau..

perjalanan diteruskan hinggalah tiba di Johor.. kami tiba kira2 jam 3 pg. Disana barulah kami bertemu dgn ahli team4.. (10 k-PJ + 2 k-Sepang + 1 k-Kedah + 3 k-UTM)
ana rasa dah agak panjang ana tulis tapi rupanya.. belum stat pon lagi cerita pasal PERKASA kan??
Perjalanan yang sebenar baru bermula...

p/s:bkn nk wat gimik pape..tapi xsempat nk abeskan..iAllah dlm ms t'dekat

ini cerita lama, tahun 2007

* * * * *

Sekarang apa motif post nih? perasan tak tarikh tu? 2007 tau, dan aku buat blog ni tahun 2008. Wah tak sangka instinct nak buat tajuk blog ni dah dari tahun 2007.

4.16pm
Phileo D

11 November 2010

Thought of the day

sedang menyelak-nyelak buku tulisan Susan Forward..

dan terdapat penyataan begini,

"Women tend to believe criticism more than believe in praise. One cruel statement can have much more impact than 20 positive ones. Women hear negative comments more sharply and clearly than positive ones."

jadi. apa kata kau?

*sebarang pandangan boleh dilontarkan di komen box. thanks for reading!

7.29pm
tempat dirahsiakan.hehe

Hokaido

Subhanallah!
(cantiknya Hokaido.. kan?)

Alhamdulillah!
(terus diberi nikmat mata dan akal, untuk menghayati kebesaran Allah)

Allahu Akbar!!
(Allah Maha Besar..)


Gambar2 di ambil dari Facebook seorang rakan kepada kenalan.
Risa Yamamori.

amacam? tempting tak makanan camni?hehe

Jom gi Hokkaido nak?

PhileoD,
7 minute before balik!!