Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

01 February 2011

Untuk Esok Yang Lebih Baik

bismilahirrahmanirahim.

pagi yang indah, eloklah kita mulakan dengan menulis blog.(lol)..

Keadaan hari ni nampak sungguh damai, boleh dilihat dengan perjalanan ke tempat kerja tanpa masalah lalu lintas. selalu dekat 30 mnt jugak nk sampai, hari ni 15 mnt dah sampai. oh! dahsyat juga impak cuti peristiwa kepada jalan² utama di pusat bandar. Almaklumlah hari ni kan Hari Wilayah.

Buat pengetahuan semua, sekarang Malaysia sedang mengalami musim dingin, malam² sudah tidak perlu menggunakan kipas lagi. Berdasarkan kedudukan rumah di tingkat 13 tu, bila sekali angin dia bertiup.. fuh~ mengembalikan rasa rindu pada sejuk angin di Janda Baik. Dah rasa macam duduk di pergunungan pulak.

Ok, point hari ini, betapa bersyukurnya kita di Malaysia.. meskipun terdapat kekecohan politik di mana-mana, kes² jenayah yang tak pernah surut, moraliti makin merudum.. tetapi, Allah yang Maha Penyayang tetap tidak kedekut menumbuhkan kedamaian pada sejuk malam dan lapang perjalanan. Alhamdulillah.. ^____^

Apa kabar sahabat² dan saudara² kita di Mesir hari ini agaknya? sudah makan kah pagi ini? dapat tidur nyenyakkah semalam?

di kongsikan emel di yahoogroupku untuk tatapan kalian,

Assalamualaykum!
Anak sulung saya, Nur Izyan, berada di Alexandria (2nd yr medic). Dia berlindung di Asrama MARA Alex, menumpang penginapan para pelajar tahun 1 MARA disitu. Semalam dia ada call Mama dia, alhamdulillah keadaan disitu selamat, keadaan terkawal, makanan dicatu, minum air paip. Ada juga para pelajar yang duduk tetap dalam apartment masing-masing. Cuma mungkin stok makanan mereka running low. Nak beli makanan, kedai tutup, bank tutup dan account kena freeze. So are limited flights leaving the country.
Mohon kengkawan luang sedikit masa lepas solat mendoakan keselamatan anak sulung saya, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia(11,000++) di Egypt. Semuga Allah memudahkan keadaan di Egypt, menyingkir Hosni Mubarak dan mengembalikan pemerintahan yang adil di Egypt. Didahului dengan salam hormat, terima kasih dan wassalam
Shahul

money and food is running low. Oh, Allah.. hanya Kau lah sebaik-baik pembantu, bantulah mereka menghadapi saat² getir ini.

Semoga dunia akan menjadi tempat yang aman kembali untuk diduduki satu hari nanti, kembalikan kepimpinan Islam di Mesir dan seluruh dunia.

Amin.

31 January 2011

Perkembangan di Mesir - update k.Azlina dari Doha.

Assalmualaykum wrt;

Sedikit updates;

1. Al Jazeera Mesir telah diarahkan ditutup oleh kerajaan Mesir (baca: Hosni Mubarak) namun siarannya masih dapat diikuti dari Jordan dan Doha kerana wartawan Al Jazeera masih bertugas dan mereka membantah sekeras-kerasnya penutupan ini.

2. Polis telah langsung tidak kelihatan di mana-mana semenjak beberapa hari lepas kerana HM mahu meminimakan keganasan dan angka kematian yang disebabkan keganasan polis. Sekarang tentera yang mengambil alih mengawal keadaan. Polis boleh berehat.

3. Banduan-banduan seramai lebih 8 ribu orang telah dibebaskan (atau sebenarnya memecahkan penjara dan melarikan diri) dari penjara kerana polis sudah tidak bertugas. Tahanan dari Palestin telah pulang ke Gaza dan Tebing Barat semenjak beberapa hari lepas. Begitu juga tahanan politik seperti anggota Ikhwan Muslimin. Namun yang menjadi masalah ialah banduan dari kalangan perompak, penyamun dan pengganas. Mereka inilah sekarang yang melakukan kekacauan dan huru hara dengan memecah kedai, merompak bank, (ada juga dilaporkan kes rogol namun tidak disahkan kemudiannya) dan menyamun menyebabkan separuh dari penunjuk perasaan pulang ke kampung/kediaman masing-masing untuk mmenjaga keselamatan tempat tinggal.

4. Semalam di kaca tv ditunjukkan penduduk Mesir di kawasan Asyir (District 10, El Nasr City) menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menjaga keselamatan penduduk setempat. Walaupun terdapat tentera berkawal tetapi hanya di pusat bandar, sempadan daerah yang mengawal penduduk lalu lalang. Tentera tidak boleh menangkap penjenayah. Tentera juga tidak mengawal kawasan kediaman.

5. Ramai sahabat2 Mesir di sini berpendapat HM tidak akan lari meninggalkan Mesir. Haram 'alaih :)). HM telah melantik sahabat baiknya Omar Suleiman dan Ahmad Shafiq sebagai PM dan TPM yang mana kesemua mereka berlatarbelakangkan tentera. Adalah menjadi falsafah tentera untuk terus mempertahankan rakyat dan negaranya walau apa terjadi. (baca: mempertahankan ideologinya juga). HM mungkin tetap akan bertahan sebagai Presiden dan akan teruskan usaha reformasi mengikut perancangannya. Dijangkakan rakyat tetap tidak akan berganjak dengan tuntutan mereka supaya HM turun. HM menjangkakan rakyat akan diletihkan dengan tunjuk perasaan yang lama, mungkin berbulan-bulan; tanpa makanan dan tiada keselamatan dan akhirnya rakyat akan mengalah. Kita lihat siapa yang menang samada HM atau rakyat.

6. Semua anggota keluarga Hosni Mubarak telah meninggalkan Kaherah menuju London melainkan Hosni Mubarak sendiri dan anaknya Gamal Mubarak.

7. Pihak tentera telah memindahkan pusat operasinya ke Sharm El Sheikh iaitu pusat peranginan termasyhur di Mesir. Di sana juga Hosni Mubarak sering tinggal selain istana rasminya di Heliopolis.

8. Ikhwan Muslimin telah bersetuju menyokong Mohamed El Baradei sebagai calon Presiden. Mereka bersedia berbincang dengan parti pihak pembangkang yang lain untuk menubuhkan kerajaan baru. Dijangkakan IM, MEB dan pihak pembangkang yang menentang HM tidak akan membiarkan HM menang kerana HM tidak akan membiarkan mereka hidup kalau HM menang. Memang betul2 Firaun HM ni. Tidak mustahil dia akan memb***h penentangnya. Maybe he want to die in office.

Wassalam,
Azlina

Demonstrasi Mesir

Demontrasi Aman di Kedutaan Mesir, Isnin 31 Januari Jam 11 pagi

Bang Mat, otai demo Malaysia

Isnin, bersamaan 31 Januari 2011, satu demontrasi aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Mesir sebagai tanda membantah dan solidariti bersama rakyat Mesir yang ketika ini sedang bangkit menurunkan regim Hosni Mubarak di negara tersebut.

Dalam satu SMS Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi, Mohamad Sabu kepada saya selaku Setiausaha JK Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, jam 3.46 petang semalam, memberitahu demontrasi aman itu dilangsungkan jam 11 pagi di Kedutaan Mesir beralamat No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir.

Ia akan diketuai sendiri Sdra. Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Arul, Setiausaha Agung PSM dan badan-badan bukan kerajaan. Orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan sokongan pada kepada rakyat Mesir yang inginkan perubahan.

Azhan: Dulu ada "ulama" keluarkan fatwa haram demonstrasi ni...tetapi bukti dua negara besar Mesir dan Tunisia bersuara menjatuhkan kerajaan zalim. Faham-faham lah ya..Malaysia beringat sama.

29 January 2011

Infak atau Sedekah.

Sebenarnya, mesin basuh banyak memberi manfaat kepada urusan pembersihan rumah yg lebih lancar. selain boleh basuh baju, langsir pun xperlu tunggu balik kg baru nak basuh kan.. :).. huh. penat jugak sebenarnya membuat kerja-kerja rumah ni. inilah kerja part time di hujung minggu yang takde program.

ok, apa kabar kawan² hari ni?

di tengahari yang mulia ni marila aku kongsikan apa yang aku dapat semalam. mula² marilah kita capai terjemahan Al-Quran kita. mana eh aku letak tadi. susun², ok da jumpa.

[Al-Hadid:11] - Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda kepada untuknya dengan baginya pahala yang mulia.

[Al-Hadid:18] - Sesungguhnya orang² yang bersedekah baik lelaki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka, dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.

Dalam surah Al-Hadid saja, Allah ulang 2 kali tentang ganjaran lipat-ganda dari Allah untuk sebarang harta kita yang kita infakkan kepada jalan Allah.. jadi lepas ni, bila jumpa mana² kawan² yang mintak tolong tu, ringan²kanlah tulang membantu..dan waktu bantu tu..niatkan sedekah dan yakinlah dengan janji Allah dalam 2 ayat ni. InsyaAllah kita akan berasa ringan dan mudah untuk membantu dan takkan terasa terbeban.

Tak cukup dengan ni, aku kongsikanlah sedikit kisah seorang makcik ni, yang beriman dengan 2 ayat diatas.

Pada suatu hari ketika di R&R hiway, makcik ni ternampak seorang lelaki (student), tayar motornya rosak, sedang berbincang dengan tukang baik motor yang nak repair motornya. orang tu mintak RM50 untuk fix-kan problem motor beliau tu. Paling menyedihkan, lelaki tadi xdak duit, maka termenunglah dia memikirkan nasibnya. (yang ketika itu dalam perjalanan dari Klang nak balik Melaka), sayu melihatkan keadaan lelaki itu, makcik ni pun menghampiri dan bertanya berapa kena bayar, dia kata RM50. Bila makcik selak² purse, betul² ada RM50.

"tahun ni anak aku akan ke Mesir, semoga dengan sedekah ni, Allah akan bantu pula anak aku kelak" - niat dan bisik hati kecil makcik.

Maka dengan relahati, makcik pun menyerahkan not 50 kepada lelaki tersebut. Alhamdulillah, motor beliau berjaya di baiki dan pulanglah beliau kekampungnya.
Baru-baru ni, anaknya pulang ke Malaysia, dan menceritakan kepada maknya (makcik tadi), bahawasanya, bila dia nak balik Malaysia tu, dia kekurangan wang sebanyak RM500 untuk flight. Subhanallah, sahabat²nya disana duk kumpul duit dan bagi RM500 kat dia untuk memudahkan urusan dia pulang ke Malaysia.

10 kali ganda Allah pulangkan[Al-An'am:160]. RM50 makcik tu sedekah, pulangannya RM500. Subhanallah, janji Allah takkan termungkirkan.

Tapi, nanti ada lak orang kata kan.. kalau sebenarnya orang tu tipu je. dia sengaja nak abiskan duit kita. Itu semua berbalik kepada apa yang kita fikir, Allahkan bersama sangkaan kita, kalau kita selalu berfikiran buruk, maka kita akan sentiasa berjumpa dengan orang yang buruk lakunya. Ingat, bila orang yang betul² dalam kondisi memerlukan bantuan ni, bila dia datang mintak tolong pada kita, itulah masa terbaik untuk kita membantu. Bukan senang orang nak mintak tolong. Dan ingatlah juga, bila orang yang perlukan bantuan ni datang pada kita, itu sebenarnya ruang yang Allah beri untuk kita beramal. Jika kita tidak membantu, mungkin orang lain yang akan bantu, dan dia mendapat sesuatu, sedang kita terus merugi.

Sayangkan kalau macamtu? so.. betulkan setting minda.

"serendah-rendah ukhuwwah itu adalah kamu berlapang dada terhadap saudaramu sementara setinggi-tinggi ukhwah itu ialah apabila kamu mendahulukan saudaramu (itsar)"

sebelum aku mengakhiri post hari ni, another quote is:

"orang mukmin itu menerima keuzuran, sementara orang munafik itu mencari kesalahan"

Jadi, pilihlah kita mahu yang mana.

Selamat berhujung minggu dan selamat beramal ^_____^

*oh, panjang pulak post bila dapat menulis dengan aman ni..
*nanti hgpa kalo nmpk aku mcm liat² nak infak, tlg ingtkan aku ok? biasalah manusia, perlu sentiasa diperingat.

28 January 2011

Lebih luas

Akhirnya setelah bertahun-tahun ku teliti, berjaya jugak aku membesarkan ruang untuk menulis blog ni. hehe. Kalau ruang blog dah besar barulah puas hati nak menulis. tapi hari ni belum ada idea lagi. sebenarnya dah beberapa hari takda idea. jadi dari merapu baiklah aku senyap dulu kan. so, purpose tulis hari ni? nak bagi tau ruang ni dah luas je,

dan jangan malas² memperbaiki diri ye kawan². Bak kata Wan Mohd Ruzlan Wan Omar (BH hari ni m/s A20) - Amanah umpama jantung manusia. Jadi, kalau semalam kesungguhan kita menjalankan amanah (kerja/study) kita macam 80% je, mulalah belajar meningkatkan produktiviti. ^_____^

sekian terima kasih.