ok, apa kabar kawan² hari ni?
di tengahari yang mulia ni marila aku kongsikan apa yang aku dapat semalam. mula² marilah kita capai terjemahan Al-Quran kita. mana eh aku letak tadi. susun², ok da jumpa.
[Al-Hadid:11] - Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda kepada untuknya dengan baginya pahala yang mulia.
[Al-Hadid:18] - Sesungguhnya orang² yang bersedekah baik lelaki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka, dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.
Dalam surah Al-Hadid saja, Allah ulang 2 kali tentang ganjaran lipat-ganda dari Allah untuk sebarang harta kita yang kita infakkan kepada jalan Allah.. jadi lepas ni, bila jumpa mana² kawan² yang mintak tolong tu, ringan²kanlah tulang membantu..dan waktu bantu tu..niatkan sedekah dan yakinlah dengan janji Allah dalam 2 ayat ni. InsyaAllah kita akan berasa ringan dan mudah untuk membantu dan takkan terasa terbeban.
Tak cukup dengan ni, aku kongsikanlah sedikit kisah seorang makcik ni, yang beriman dengan 2 ayat diatas.
Pada suatu hari ketika di R&R hiway, makcik ni ternampak seorang lelaki (student), tayar motornya rosak, sedang berbincang dengan tukang baik motor yang nak repair motornya. orang tu mintak RM50 untuk fix-kan problem motor beliau tu. Paling menyedihkan, lelaki tadi xdak duit, maka termenunglah dia memikirkan nasibnya. (yang ketika itu dalam perjalanan dari Klang nak balik Melaka), sayu melihatkan keadaan lelaki itu, makcik ni pun menghampiri dan bertanya berapa kena bayar, dia kata RM50. Bila makcik selak² purse, betul² ada RM50.
"tahun ni anak aku akan ke Mesir, semoga dengan sedekah ni, Allah akan bantu pula anak aku kelak" - niat dan bisik hati kecil makcik.
Maka dengan relahati, makcik pun menyerahkan not 50 kepada lelaki tersebut. Alhamdulillah, motor beliau berjaya di baiki dan pulanglah beliau kekampungnya.
Baru-baru ni, anaknya pulang ke Malaysia, dan menceritakan kepada maknya (makcik tadi), bahawasanya, bila dia nak balik Malaysia tu, dia kekurangan wang sebanyak RM500 untuk flight. Subhanallah, sahabat²nya disana duk kumpul duit dan bagi RM500 kat dia untuk memudahkan urusan dia pulang ke Malaysia.
10 kali ganda Allah pulangkan[Al-An'am:160]. RM50 makcik tu sedekah, pulangannya RM500. Subhanallah, janji Allah takkan termungkirkan.
Tapi, nanti ada lak orang kata kan.. kalau sebenarnya orang tu tipu je. dia sengaja nak abiskan duit kita. Itu semua berbalik kepada apa yang kita fikir, Allahkan bersama sangkaan kita, kalau kita selalu berfikiran buruk, maka kita akan sentiasa berjumpa dengan orang yang buruk lakunya. Ingat, bila orang yang betul² dalam kondisi memerlukan bantuan ni, bila dia datang mintak tolong pada kita, itulah masa terbaik untuk kita membantu. Bukan senang orang nak mintak tolong. Dan ingatlah juga, bila orang yang perlukan bantuan ni datang pada kita, itu sebenarnya ruang yang Allah beri untuk kita beramal. Jika kita tidak membantu, mungkin orang lain yang akan bantu, dan dia mendapat sesuatu, sedang kita terus merugi.
Sayangkan kalau macamtu? so.. betulkan setting minda.
"serendah-rendah ukhuwwah itu adalah kamu berlapang dada terhadap saudaramu sementara setinggi-tinggi ukhwah itu ialah apabila kamu mendahulukan saudaramu (itsar)"
sebelum aku mengakhiri post hari ni, another quote is:
"orang mukmin itu menerima keuzuran, sementara orang munafik itu mencari kesalahan"
Jadi, pilihlah kita mahu yang mana.
Selamat berhujung minggu dan selamat beramal ^_____^
*oh, panjang pulak post bila dapat menulis dengan aman ni..
*nanti hgpa kalo nmpk aku mcm liat² nak infak, tlg ingtkan aku ok? biasalah manusia, perlu sentiasa diperingat.
No comments:
Post a Comment