Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 March 2011

Nasyid Sekolah.

Once in a while, aku mesti akan browse through lagu-lagu nasyid sekolah ni kat YouTube. Aku rasalah kan,banyak2 lagu nasyid ni, memang nasyid sekolah gak yang lekat dihati. hehe.

Sebab apa? suara, memang asli 100%, takde miming, takde editing.. pastu ada percussion.. kalau fail main percussion secara live, mana bleh nak femes di arena nasyid sekolah. So, kalau yg masuk bertanding peringkat negeri or kebangsaan ni memang biasanya memang pakar la dalam bidang ketuk-mengetuk ni.

Oklah nak cerita panjang pun tak guna, cuba layan sket video2 yang berjaya aku gali di YouTube ni..

ni kumpulan ArRayan dari Johor. Suara dan muzik dah sedap gambar je kurang jelas. takpe bleh abaikan gambar.. dengar je lagu dan mesej yang nakdisampaikan.

Ok, yang ni lak Shoutul Faizin, SIS. 2009 punya lagu. aku memang fan gak la pd kumpulan SF ni dari zaman sekolah lagi sbnrnya. santai.. amacam? dah jatuh minat belum dengan lagu-lagu nasyid sekolah?


Sekolah aku punya nasyid?ha, yang nilah. aku amik version 1996 punya, Ainul Yaqin. rare tau. hehe.

Ok, sekian dulu regangan tengahari, aku tutup post tengahari ni dengan,

ok. selamat berehat di waktu lunch break. zzzz...

Mumbling.

tadi aku balik dari usrah. sekitar jam 10.30.. melepasi saja traffic light depan PPUM, 2 motor melintasi, pakai sweater UM. elok2 depan gate PJ, dorang signal kanan. Langsung aku teringat zaman2 belajar.. mesti dorang ni baru habis program.. (walaupun aku penah merempit sekali je ke masjid bulat ss14 tu. itupun eri yg tolong rempit.hehe) dah dekat2 tengah malam, baru nak balik kolej. ^__^

seronoknye student life! Hehe, tapi life kerja pun tak kalah seronoknya. masih gak aku balik lambat pada malam2 tertentu.

Apa yang aku nak repekkan malam yang syahdu ni? (oh esok pagi  di ofis, sudah kosong meja partner saya T_T, bagi feel touching. Oh tapi ada laptop dia, boleh gode2 game baru. hehe)

erm. starting with,

pernah tak korang terfikirkan tentang sesuatu yang super-duper best dan teringin sangat untuk milikinya? Contoh?

ok aku bagi contoh, Samsung Galaxy Tab, ah betul2 tempting.. meskipun aku tak pernah pegi showroom (showroom ke untuk gadget?haha. suke-hati) tengok kat YouTube pun dah jatuh hati. Dari sehari ke sehari rasa nak sangat. So, bila nak sangatx1000 mesti kita usahakan untuk kumpul duit riban2 kan? semata-mata nak dapatkan gadget tersebut, xkiralah along the way kena rompak ke, anak kucing jatuh sakit ke kan.. dan duit kita dihabiskan utk semua benda tu. tapi kita tetap nak dapatkan jugak jugak kan?m.o.d la bai bak kata para jundi

itu baru cerita pasal gadget, macam mana pulak Smart For Four yang pintas kelisa kau pagi tadi? ingat senang ke nak dapatkan? kalo tak pun Volkswagen biru pastel tepi jalan yang kau akan jumpa setiap hari tu. Fuh, mau makan ratus ribu tu. (haih sama macam sebijik rumah), kalau betul korang sangat3 obses pada kereta tersebut. dan memang sampai malam pun termimpi-mimpi, mesti punyelah korang sanggup ikat perut bulan-bulan, tahan semua kehendak hati na bershopping baju baru, hatta dompet pun tak tukar 12 tahun semata-mata nak save duit untuk kereta kegemaran. Fuh, mesti along the way nak habis bayar tu, perit giler la tahap kehidupan. Makan kena kawal, pakaian tak de yang fesyen baru. segala gadget elektronik ni, semua xde harapan lah nak tukar. kankan?

ok 2 cerita kat atas tu aku nak letak analogi je. Betapa, kita berusaha sesungguh-sungguh-sungguh untuk dapat kan sesuatu yang kita nak. Then, please relate it to Jannah.

Allah nak bagi kita masuk syurga mesti lagi payah kan? Mana taknya, dari kecik kita duk berangan nak masuk syurga. Mengenangkan segala keindahan yang terlakar kan dalam Quran tu kan. rasa macam rindu sangat-nak sangat masuk syurga. kan?

tapi.. tapi..

usaha kita macam mana? dah takat mana da la ni? kenapa usaha kita nak masuk syurga tak sama macam usaha yang kita buat untuk kita dapatkan samsung galaxy, atau korbankan segala-galanya macam kita nak dapatkan kereta idaman kita?

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga,padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

[Al-Baqarah:214]

Ok otak aku dah tepu, jam pun dah pukul 1. sama2 lah kita mendapatkan iktibar dari penulisan ni.

*m.o.d - march or die

09 March 2011

Hidangan tengahari

Salam semuanya! hari ni hidangan tengahari adalah betik + air bandung.

ok, tadi melayan FB jap.. dan terjumpa ini.

[Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.]

Jemput baca semua, menarik! ^_____^

Disebabkan menarik, aku masukkan sekali lagu Muadz ni kat sini. Bleh layan lagi in the future.


Selamat menjamu selera!

04 March 2011

Selamat berangkat sahabatku

this entry is specially dedicate to my dear friend..

selamat berangkat both of you! ^______^ (cemburu oK!)..

semoga senggang masa dan percutian ini, memberi kalian ruang yang seluas-luasnya untuk mempergiatkan lagi ibadah .. sambil menyelusuri jalan-jalan sirah (oh how i wish to be there also!) .. semalam baru cerita tentang Sirah Hijrah Nabi Muhammad saw pada adik2, bila baca sirah nabi, pasti bergenang air mata. Oh rindu pada mu wahai kekasih Allah T_T ! Semoga akan segera sampailah giliran saya pula nanti.

sampaikan salam aku pada Rasulullah saw, pada Baitullah dan tanah yang menjadi saksi perjuangan menegakkan iman. doakan aku juga menyusul kalian.

#post ni rasa macam awal sangat plak, tapi ok la kan?

03 March 2011

How I Wish

Salam semuanya.

hari ni lambat sudah aku sampai ofis, gara-gara ada construction dekat jln duta + ada re-hearsal hari pahlawan kt KL, menyebabkan beberapa jalan utama ditutup. aku dengar radio, sesak die mak aih .. federal jam, nkve jam, sprint (jalan yang ktorang lalu) pun jam.. 15 minit drag.

itu cerita pagi tadi. semalam? jumpa Aimi ^__^ dinner skali (kat A&W je pun, dinner gak namanya kan? hehe), borak².. lepas rindu sket. rindu ke? aimi, mesti rindu punya kt aku.. tu xleh tipu.. kan aimi kan? sket lagi kalau pegi Jepun mesti lagi rindu. haha. (Aimi, kte rasa everything akan ok punyalah,InsyaAllah. So nanti jangan lupa kad eh??)

Sebenarnya dah 2 malam aku tak bawa lappy ni balik, sebab balik naik bas kan.. malas betul nak angkat beg berat cam batu ni. along the way back idea nak menulis tu memang mencurah-curah la. tapi sebab takdak laptop kan, nak bawa ke hari esok mesti hilang lah segala cerita2 indah yang dah aku karangkan tu. hurm.

ok, dah update serba sikit, terus kepada tajuk utama. How I wish..

sekarang ni umur aku dah 23. sikit bulan lagi jadi 24. dan sepanjang umur ni, banyak benda yang aku kesalkan. banyaklah, memang banyak sangat. rasa kalau difikir.. xnak lah fikir.

dalam menjalani hari hari aku selalu berharap,
supaya aku boleh bermula semula. aku pegi ke tempat baru dan start all over again. aku berkenalan, tanpa prasangka. membantu tanpa belas, takde lagi kata2 berunsur sinikal atau sarkastik, duduk dalam dunia yang aman. yang berlapang dada. (ok, untuk kembali ke zaman sekolah menengah ke, universiti ke, skolah rendah ke.. itu memang xdelah kan. sebab xrealistik!)

kalau macam dalam game kan selalu, bila mati tu, ada beberapa nyawa lagi kan. takpun even da game over, korang boleh restart balik. dan main dengan strategi baru. betul tak? ha macam tulah maksud aku.

yes, i know.. korang akan cakap "bolehlah kalau nak camtu, tapi dalam mimpilah.." fine.. fine.. meskipun aku tahu, berubah kepada yang lebih baik tak memerlukan tempat yang baru, tetapi ia suatu bonus tau kalau kau pergi tempat baru untuk bermula semula.. cuba korang cek balik sirah. ada satu cerita tu, pasal seorang pembunuh yang dah insaf, kan ulama tu suruh berhijrah? camtulah..

aku quote balik, kata-kata aku dari entri before..
sekarang aku dah paham, kenapa jihad melawan hawa nafsu tu, lebih tinggi martabatnya dari jihad perperangan. Fight against yourself! susah.. susah.. (tapi InsyaAllah tak mustahil)

sekian corat-coret pagi ni, neskepi da habis satu mug, korang pun dah berjaya buat regangan mata sikit kan? jom kita sambung bekerja!