Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 March 2011

How I Wish

Salam semuanya.

hari ni lambat sudah aku sampai ofis, gara-gara ada construction dekat jln duta + ada re-hearsal hari pahlawan kt KL, menyebabkan beberapa jalan utama ditutup. aku dengar radio, sesak die mak aih .. federal jam, nkve jam, sprint (jalan yang ktorang lalu) pun jam.. 15 minit drag.

itu cerita pagi tadi. semalam? jumpa Aimi ^__^ dinner skali (kat A&W je pun, dinner gak namanya kan? hehe), borak².. lepas rindu sket. rindu ke? aimi, mesti rindu punya kt aku.. tu xleh tipu.. kan aimi kan? sket lagi kalau pegi Jepun mesti lagi rindu. haha. (Aimi, kte rasa everything akan ok punyalah,InsyaAllah. So nanti jangan lupa kad eh??)

Sebenarnya dah 2 malam aku tak bawa lappy ni balik, sebab balik naik bas kan.. malas betul nak angkat beg berat cam batu ni. along the way back idea nak menulis tu memang mencurah-curah la. tapi sebab takdak laptop kan, nak bawa ke hari esok mesti hilang lah segala cerita2 indah yang dah aku karangkan tu. hurm.

ok, dah update serba sikit, terus kepada tajuk utama. How I wish..

sekarang ni umur aku dah 23. sikit bulan lagi jadi 24. dan sepanjang umur ni, banyak benda yang aku kesalkan. banyaklah, memang banyak sangat. rasa kalau difikir.. xnak lah fikir.

dalam menjalani hari hari aku selalu berharap,
supaya aku boleh bermula semula. aku pegi ke tempat baru dan start all over again. aku berkenalan, tanpa prasangka. membantu tanpa belas, takde lagi kata2 berunsur sinikal atau sarkastik, duduk dalam dunia yang aman. yang berlapang dada. (ok, untuk kembali ke zaman sekolah menengah ke, universiti ke, skolah rendah ke.. itu memang xdelah kan. sebab xrealistik!)

kalau macam dalam game kan selalu, bila mati tu, ada beberapa nyawa lagi kan. takpun even da game over, korang boleh restart balik. dan main dengan strategi baru. betul tak? ha macam tulah maksud aku.

yes, i know.. korang akan cakap "bolehlah kalau nak camtu, tapi dalam mimpilah.." fine.. fine.. meskipun aku tahu, berubah kepada yang lebih baik tak memerlukan tempat yang baru, tetapi ia suatu bonus tau kalau kau pergi tempat baru untuk bermula semula.. cuba korang cek balik sirah. ada satu cerita tu, pasal seorang pembunuh yang dah insaf, kan ulama tu suruh berhijrah? camtulah..

aku quote balik, kata-kata aku dari entri before..
sekarang aku dah paham, kenapa jihad melawan hawa nafsu tu, lebih tinggi martabatnya dari jihad perperangan. Fight against yourself! susah.. susah.. (tapi InsyaAllah tak mustahil)

sekian corat-coret pagi ni, neskepi da habis satu mug, korang pun dah berjaya buat regangan mata sikit kan? jom kita sambung bekerja!

No comments: