Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 April 2011

Sepohon Kayu

aku dedikasikan lagu ni untuk semua, untuk peringatan dihari Jumaat yang barokah ini InsyaAllah.. 

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun 
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari 
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun 
Kalau tak sembahyang apa gunanya 

Kami sembahyang fardhu sembahyang 
Sunatpun ada bukan sebarang 
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu 
Siang dan malam sudahlah tentu 
Hidup di kubur yatim piatu 
Tinggallah seorang dipukul dipalu 

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri 
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi


- buat pengetahuan semua, phone celcom aku rosak (aku syak dimasuki virus - SlowPCFighter. glemer betul nama virus zaman skrg.) Jadi pape hal, korang bleh la contact aku thru YM, FB, Twitter, mahupun Chatbox di blog. Oh, tapi kalau ada hal2 sangat urgent silakan contact nombor maxis k. tQ!
- mengenai entri ni? aku suka Saujana.. so aku taruk la lagu yang mula2 meningkat naikkan nama Saujana. ^____^ 
- p/s: Kalau nak ajak aku jamming ke gig atau karoke, saujana je aku terima k!(oh ya dan pastikan tempat karoke adalah dlm kereta yang terdapat FM Modulator atau pemain mp3.)

17 April 2011

Baitul Muslim (BM)

"Senyummu juga sedihmu adalah hidupku" - nyanyian Incik Gigi (tapi aku rasa lagu ni macam ideal sangat. macam tipu pulak)

selain dari cinta tuhan, cinta ibubapa adalah antara perkara yang aku sangat kagum. selepas je mak lahirkan kita, dia tak pernah kenal lagi MC. tiap masa, dia sakit atau sihat. dia penat atau tenang, sepanjang masa dia akan layan kita sebaiknya. Baby tak sedap perut, mak ayah la yang tak tidur malam. kita tak lalu makan, mesti mak yang risau dulu. kita masuk asrama, mak jugak lah yang touching dulu. agak2 kat asrama nanti cukup makan ke, cukup belanja pakai segala. Ah! cinta tanpa syarat, kagum! T_T.

tahniah kepada rakan² yang dah jadi ibu. Selamat menjana pahala berpanjangan ^____^.

sebenarnya, hari ni adalah buat kesekian kalinya aku ke daurah BM. so, here some point to share.

cerita 1:
henset kak noma bermasalah pagi tu, tekan punya tekan gelap je. kak noma tekan dengan lebih kuat dan mungkin geram jugak. lalu datang anaknya (darjah 5),
"mak kena tekan dengan kasih sayang, telefon pun perlu dilayan dengan kasih sayang"
nota: kak noma rasa ada yang mengingatkan. InsyaAllah, BM yang sebenar adalah BM yang dapat membentuk setiap ahli bait kepada suasana Islam yang sebenar.

cerita 2:
seorang isteri menemankan suaminya ke ceramah², (memandangkan suaminya penceramah) setiap kali masa menjamu selera muncul, pasti yang dihidangkan adalah mee goreng. Si Isteri pula memang gemarkan mee goreng. Rupa²nya, setiap kali sebelum program,
Razak: enta tolong bagi ceramah kat rumah ana minggu ni, ade nak buat pengisian sikit untuk adik-adik IPT.
Si Suami: boleh InsyaAllah, eh tapi nanti enta tolong masakkan mee boleh? isteri ana suka mee.
nota: tak semestinya isteri saja yang perlu melayan kesukaan suami, suami pun boleh melayan isteri dengan memberi apa yang mereka suka ^__^. Erti hidup pada memberi.

cerita 3 (pikirkan bersama):
jika kita lihat di zaman Rasulullah, semua perkara, para suami yang buat. kerja isteri hanyalah melayan suami. dan kalau ada benda2 yang menyebabkan isteri susah nak layan suami, maka suami kena sediakan pambantu untuk si isteri untuk membereskan kerja2 lain. Tapi, kenapa orang melayu tak macam tu? kenapa di kalangan orang melayu, masih perempuan yang bersusah penat membuat semua perkara? dari memasak, basuh pinggan cuci baju, sterika, jaga anak, sehinggalah tugas2 sebenarnya melayan suami. Agak-agaklahkan, dari mana datang budaya tersebut? *thinking*

Joke:
seorang suami terlalu letih dengan kerja-kerjanya di ofis. sepanjang perjalanan pulang, dia asyik mengulangkan ayat,
"I hate my job. I hate my job"
sesampai saja dirumah, isterinya datang sambil menceritakan masalah anak-anak. kawan yang dah pening bertambah rungsing. Lalu keesokan paginya, si suami ke ofis, sambil mengingatkan dirinya,
"I love my job, I love my job"
nota: masalah di rumah dirasakan lebih besar dari masalah ofis 

Oklah kalian, aku pun da macam nak mengantuk ni, sini dulu la ye. Salam alaik!

16 April 2011

Sony Walkman.

Salam Sabtu semuanya. semoga semua sihat2 belaka. Hari ni hari Sabtu, memandangkan hari Sabtu cuti.. maka, kesempatan ini aku gunakan untuk kemas-kemas time. Tambah-tambah semalam hujan, dan rumah kami yang kecil dan usang ni tak mampu menampung hujan lebat, dah banjir pada sebahagian kecil ruang tamu. Jadi kenalah berusaha sikit memperbaiki keadaan. Kemas-kemas mana yang patut.

Tengah aku kemas-kemas (ok tak habis kemas lagi. rehat blogging jap :P), tiba tiba aku terjumpa Sony Walkman yang antik ni.



Sony Walkman ni aku beli pada tahun 2005, masa tu aku Matrik kat Penang. Dapat duit biasiswa pegi beli Walkman. bagus kan? Walkman ni la yang menemankan aku kalau nak stay up malam-malam bawak ke pagi.. Ye la, biasa orang dah tido kan jam 2-3 pagi tu (jangan tak percaya aku stay up lak, meskipun aku kuat tido, kadang aku stay up gak), kalau takde dengar bunyi orang bersembang, mau aku tido jugak. 

Time ni memang hangatlah membeli kaset2 nasyid pilihan, dalam walkman ni ada lagi tau, kaset UNIC album Satu Tekad. 




Kat sebelah tu adalah kaset motivasi Dr Shukri Abdullah, yang aku dapat masa pegi KLIBF tahun 2009 (2nd time pegi KLIBF, masa 3rd year). Aku beli buku Telaga Biru time tu, so dia bagi free kaset. Tadi baru aku buka pembalut kaset tu (setelah 2 tahun :P).. 

Malangnya pemain kasetnya sudahlah rosak. Aku taktau la pa masalah. Time aku matrik tu lagi dia da menunjukkan ciri2 akan rosak. Nasib time tu, warranty ada lagi, so cepat2 aku hantar baik. Tapi sekarang ni, aku rasa.. malas lak nak hanto repair lagi.

Selain zaman matrik, walkman ni jugaklah yang menemankan aku, masa mula2 aku masuk rumah ni. bulan 7 tahun 2009. First day tu, malamnya aku sorang je kat rumah ni. dengan takde tilam, takde perabot, takde internet dan takde laptop. Aku hanya bertemankan speaker, walkman ni dan MP3 pinjam adik. Masa tu, kaset dia bleh main lagi. 

So, itulah kisah Sony Walkman :).. sentimental plak mendung-mendung camni. 

Sebelum berpisah, aku kasi la satu lirik lagu omputih yang maybe boleh beri semangat pada kita semua, enjoy! 

Dona Dona

On a waggon bound for market
there`s a calf with a mournful eye.
High above him there`s a swallow,
winging swiftly through the sky.

How the winds are laughing, 
they laugh with all their might.
Laugh and laugh the whole day through, 
and half the summer`s night.

Donna, Donna, Donna, Donna; Donna, Donna, Donna, Don.
Donna, Donna, Donna, Donna; Donna, Donna, Donna, Don.

"Stop complaining!“ said the farmer,
Who told you a calf to be ?
Why don`t you have wings to fly with,
like the swallow so proud and free?

Calves are easily bound and slaughtered,
never knowing the reason why.
But whoever treasures freedom,
like the swallow has learned to fly.

(Joan Baez)

Selamat beristirehat di hujung minggu!
^___^ 

15 April 2011

. .


semua orang dah membesar, dan punyai haluan masing² dan aku masih terhenti disini. 

14 April 2011

Soe Hok Gie

Sinar Harapan 18 Agustus 1973


Hari ini aku lihat kembali
Wajah-wajah halus yang keras 
Yang berbicara tentang kemerdekaaan 
Dan demokrasi 
Dan bercita-cita 
Menggulingkan tiran

Aku mengenali mereka 
yang tanpa tentara 
mau berperang melawan diktator 
dan yang tanpa uang 
mau memberantas korupsi

Kawan-kawan 
Kuberikan padamu cintaku 
Dan maukah kau berjabat tangan 
Selalu dalam hidup ini?

Barusan aku habis menonton cerita ini di Youtube (phew~ lambat giler jalan cerita nya). Bagi siapa yang tak kenal, boleh search atau semak saja di link ini. Ofcourse cerita-cerita ni terkandung pro and cons. Jadi harapan aku, kalian pilih2lah yang baiknya untuk dijadikan renungan.

Antara yang aku dapat dari kisah Gie ini?
1. Selalu membidas kata-kata gurunya (Gie seorang yang sangat banyak membaca, jadi sejak kecil sudah mempunyai pandangan sendiri tentang politik Indonesia. Dari kecil dah menunjukkan kelantangan dan ketegasan dalam soal prinsip)

2. Seorang yang mengkaji sejarah (Ok, terus insaf sebab memang hakikatnya disini sangat benar, sains sosial adalah lebih penting dari sains tulen. T_T Orang-orang sebeginilah yang boleh stand up sebab minda mereka dipenuhi fakta dan hujah)

3. Seorang pejuang ( Asalnya, Gie sekadar tidak bersetuju dengan komunisme (PKI) dan permerintahan Soekarno.  Dia lebih senang beraktiviti bersama kelab pencinta alam. Jalan tengah, namun setelah keadaan memaksa, Gie melibatkan diri dalam politik. Ya, dia adalah pejuang. “Bagiku sendiri politik adalah barang yang paling kotor. Lumpur-lumpur yang kotor. Tapi suatu saat di mana kita tidak dapat menghindari diri lagi, maka terjunlah.”)

4. Mati muda ( Gie meninggal seawal usia 26 tahun. tetapi dia telah memberi inspirasi ramai orang. Ternyata ramai orang yang tidak dia kenali, menyokongnya. Tetapi tak ramai yang mahu tampil berdampingan untuk berjuang)

5. Biasanya pejuang itu sendiri (Di hujung-hujung kisahnya ramai rakan-rakan yang sama berdemonstrasi saat di universiti menghilang. sehinggakan beliau merasa hampir tewas untuk berjuang sendiri)

"Akhir-akhir ini saya selalu berpikir, apa gunanya semua yang saya lakukan ini. Saya menulis, melakukan kritik kepada banyak orang yang saya anggap tidak benar dan yang sejenisnya lagi. Makin lama, makin banyak musuh saya dan makin sedikit orang yang mengerti saya. Dan kritik-kritik saya tidak mengubah keadaan. Jadi apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya ingin menolong rakyat kecil yang tertindas, tapi kalau keadaan tidak berubah, apa gunanya kritik-kritik saya? Apa ini bukan semacam onani yang konyol? Kadang-kadang saya merasa sungguh-sungguh kesepian".

puisi terakhir dari Gie, lantunan Mas Nicho

semoga ada iktibar untuk kalian dalam post kirimanku hari ini..

(pada usia kita setakat ini, apa yang telah kita lakukan untuk agama, untuk bangsa, untuk keluarga? *ayuh bermuhasabah*)