Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 May 2011

nota kaki: status

alamak dah jam sebelas rupenye.. hari ni kenala bertolak awal sikit kan (harap²) memandangkan petang hari yang selalunya hujan, ditambah pula dengan pastilah ramai para 'buruh' yang bercuti, dan akan pulang ke bandar seperti kami.

ok, sedang aku ber-stumble sebentar tadi, aku terjumpa perkara ni, yang sangat cocok untuk mengatakan status aku sekarang,


haha. susah betul orang yang tak reti nak duduk di dunia nyata ni. Selalu sangat duk menerawang dan terawang-awang di atas awan. keh3x..

ok sebelum berpisah, aku nak tanya korang lah kan, pernah tak korang benci kat orang? atau berasa seperti ah tak suka la die tu. gedik. Sebenarnya bila kita berfikiran demikian.. maknanye kita lagi la teruk. sebab apa? sebab sebab hati kita la yg teruk sehingga sampai boleh berfikiran demikian. Jadi, mari fikirkan ini bersama..


Change for good and learn to love yourself, then other's love will come to you! ^____^ selamat bercuti!

01 May 2011

Nota kaki: weekend

Jumaat: 5.20 petang - 7.30 malam (perjalanan PJ - Kg Gajah)
Sabtu: 12 tengahari - 6.30 petang (Kg Gajah - Ipoh - Kg Gajah), Wedding Zira Razak
Ahad: 10 pagi - 6 petang (Kg Gajah - Rawang - Kg Gajah), Wedding anak Tok Ngah

Isnin? going back to PJ.

Phew~

28 April 2011

Kerja

Bila sudah kerja, rasanya sungguh berbeza. 360 darjah bertukar dari kehidupan selesa kamu ketika di bangku sekolah mahupun universiti. Nak aku describe? tak payahlah. korang boleh listkan sendiri.

hurm,

pertengahan bulan tujuh tahun ni (jika dipanjangkan usia) InsyaAllah lengkaplah 2 tahun aku bekerja. Menjadi penjawat swasta si sebuah syarikat di pinggir Kota Lumpur ni.

sepanjang kerja? kebanyakan rasa aku adalah depress, stress, pressure, loss, bilalah aku nak end up semua benda ni. rasa nak berubah angin.. rasa nak tukar tempat kerja.. dan macam2 rasa yang negatif.

pernah gak aku rasa, nak end up kan semua ni.. then start semula as Research Assistant sambil tu sambung master.. amacam nice kan?

hakikatnya..

bila aku perincikan lebih lanjut. semua tempat punya cabaran yang berbeza. Bukan sedikit kita dengar orang merungut pasal kerja. Dan jangan lupakan berapa banyak orang tertekan kerana belajar..

kesimpulannya disini,
ayuhlah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. dan yang lebih utama sebenarnya, pasakkan sedalam-dalam dan pastikan NIAT sebenar kita bekerja dan belajar ini adalah niat yang benar. Tentukan matlamat, and go for it!

Siri koreksi diri. Sabar dan tabah berjuang di sekolah hidup. Aku tinggalkan kalian dengan Doa Dhuha dari UNIC ni.


Sangat sesuai didengar berulang-ulang untuk menghafalnya, oh janganlah sekadar hafal doa saja, teruskan dengan amalan solatnya. ^____^ (lebih penting semua ini ingatan untuk aku jua)

27 April 2011

frust.

8.00 malam : depan BHP Petrol Station, Phileo Damansara
9.00 malam : masih depan BHP Petrol Station, Phileo Damansara

ok. mood berubah 360% --> stress.

9.30 malam : Cik Elle dan Kak Siti Muncul. Alhamdulillah, Thanks God!
9.45 malam : sampai ke teratak Vista Subang.

*tak paham apa jadi la kat RapidKL hari ni. kadang ok jugak bas ni.. kadang macam ni pulak.
*betulkan, kehidupan ni bergiliran. Kadang cepat, kadang lambat. Kadang naik bas, selalu naik kereta ^___^

[Ali-Imran, 3:140] 
"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim"

26 April 2011

Langkawi Trip ii.

*Aku tak paham betul, apsal tahap mengantuk sangat hebat betul akhir2 ni? haih!

sambungan dari Part i,

24hb
Pagi² sebelum Kak Aishah habis shift dia, kami pun bersiap-siap lah kan, excited nak gi mangrove tour..
9lebih - tiba di 4 Season Hotel, dan tour guide yang akan bawa kami naik bot pagi ni sampai naik motor, tunjukkan kami jalan ke Tanjung Rhu dimana checkpoint permulaan.
-Haih, perasaan mula2 jejak jeti pun dah berdebar. bawah tu lautkan, harusla neves lagi2 yang tak tau berenang ni. T_T. Seterusnya? silalah layan beberapa keping gambar berikut:

 Indah nian bumi tuhan

Ni macam laluan dalam Crocodile Hunter. Beware!

  Subhanallah, betul ke kat Malaysia ni?

Gua Buaya, taktau tang mana yg macam buaya. 

Laut Andaman, kiri atas, nampak daratan yang samar².. itulah Thailand
(ingatkan inchik ni nak bawa skali tunjuk Kg Kemala kt mana. dia kata dengan kelajuan bot ketika itu, 25minit bleh sampai Thailand. ^___^) 

Nemo! 

-Balik dari Mangrove ni, kami ke Makam Mahsuri. Tak lengkap rasanye tak pegi dengar kisah sejarah kan. So layan lah.. nice betul rumah Pandak Mayah, simple, takde astro maupun Unifi! hehe..
-Lepas ke Makam Mahsuri, makan tengahari, kemudiannya ke Jeti hantar Alia. Lepas tu singgah jap Idaman Suri, survey harga tray (atas arahan Inchik Bapak di kampung).
-Setelah itu, balik ke rumah, take a nap and ready untuk pulang ke pangkal jalan. 

Mendarat dengan baiknya di LCCT, touchdown 24hb, jam 6.40 petang.

Boleh juga dapat turutan kisah disini
nota: kenapa En Sam tu tak bawa pi tengok Gua Cherita ek? Nak gak aku tengok Gua tempat Garuda menyimpan Puteri Maharaja China ^____^