Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 April 2011

Kerja

Bila sudah kerja, rasanya sungguh berbeza. 360 darjah bertukar dari kehidupan selesa kamu ketika di bangku sekolah mahupun universiti. Nak aku describe? tak payahlah. korang boleh listkan sendiri.

hurm,

pertengahan bulan tujuh tahun ni (jika dipanjangkan usia) InsyaAllah lengkaplah 2 tahun aku bekerja. Menjadi penjawat swasta si sebuah syarikat di pinggir Kota Lumpur ni.

sepanjang kerja? kebanyakan rasa aku adalah depress, stress, pressure, loss, bilalah aku nak end up semua benda ni. rasa nak berubah angin.. rasa nak tukar tempat kerja.. dan macam2 rasa yang negatif.

pernah gak aku rasa, nak end up kan semua ni.. then start semula as Research Assistant sambil tu sambung master.. amacam nice kan?

hakikatnya..

bila aku perincikan lebih lanjut. semua tempat punya cabaran yang berbeza. Bukan sedikit kita dengar orang merungut pasal kerja. Dan jangan lupakan berapa banyak orang tertekan kerana belajar..

kesimpulannya disini,
ayuhlah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. dan yang lebih utama sebenarnya, pasakkan sedalam-dalam dan pastikan NIAT sebenar kita bekerja dan belajar ini adalah niat yang benar. Tentukan matlamat, and go for it!

Siri koreksi diri. Sabar dan tabah berjuang di sekolah hidup. Aku tinggalkan kalian dengan Doa Dhuha dari UNIC ni.


Sangat sesuai didengar berulang-ulang untuk menghafalnya, oh janganlah sekadar hafal doa saja, teruskan dengan amalan solatnya. ^____^ (lebih penting semua ini ingatan untuk aku jua)

No comments: