Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 May 2011

cerita-ceriti

oh, sekarang aku berada di kg halaman terchenta.. ^_____^

aktiviti hari ni?
membersihkan rumah!! haiyoh, ada remaja lelaki yang kuat berlingkar sahaja ketika cuti sekolah dan universiti ni memang begitu rumit ye. rumah macam kena total make over. dahsat2. habislah segala sedara-mara resdung aku  mengeluarkan diri. rumah kampung, habuk bukan main lagi. (oh rumah KJ pun kuat habuk, inikan rumah kat hutan ni kan :P)

pembahagian tugas,
mak - ruang tamu
aku - ruang rehat
kak ct - bilik tidur
jiha - cameraman (layan)

where are the boys??

..


..


tada..

memerang ditemui - sedang bertungkus lumus membersih kolam. 

Mr Mandur

oh, to my roomate 2001-2002, Nor Anith Hashim, Selamat Pengantin Baru! Semoga berbahagia. Kadang-kadang Allah mengenalkan kita dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul. kan?


ok, muka aku tidak happy disitu, sebab apa? sebab bukan aku yang kawen, buat pa nak happy lebih kan? haha!.

27 May 2011

Konvoi Palestin

sebenarnya nak masuk seminggu dah dari tarikh kejadian konvoi iaitu 21 Mei 2011.


kat atas tu sedutan dari astro awani, liputan mengenai konvoi hari tu. hari tu aku janji nak bagi gambar kan? so, here some;

 Masjid Wilayah, Jalan Duta. 6.10 pagi

 Perasmian konvoi, sekitar 8 pagi

perjalanan ke Taman Tasik Titiwangsa 

Tasik Titiwangsa 

 KLCC, tengahari

Masjid Bukit Indah, Ampang. Zohor 

 Masjid Besi, Putrajaya. Asar.

Perjalanan pulang. Petronas, Putrajaya. 

from Putrajaya to Shah Alam

 Masjid Negeri, Shah Alam. Maghrib.

Alhamdulillah! phew~


inginkan cerita lanjut boleh sergah sini dan sini. Jzkk untuk kesudian masa disini ^____^

*sebenarnya, jauh disudut hati aku, memang ada perasaan nak tangkap gambar ducati scooter tu (lepas tau die ducati baru ada rasa ni.hehe) tapi tapi, tapi hari dah malam. Jadi, gambar pun xmenjadi! :(

26 May 2011

rambling

aku berjumpa *kak yam semalam, dia sudah bekerja. banyak yang dia ceritakan tentang kerjanya. meletihkan? normallah bekerja. menggembirakan? hurm. aku rasa dia gembira dengan current job dia ^____^, muka pun nampak ceria gitu. disana dia satu²nya malay.

*nama edit sikit, tapi masih nama sebenar :)

orang cakap kerja dgn non-bumi ni susah, senang lagi kerja dengan company melayu, tapi aku rasa.. semuanya depend dengan pembawaan kau. kalau dapat non bumi yang educated dan terbuka, kadang² lagi bagus dari some of malay sendiri.

tetiba aku dapat kabar tak berapa nak gembira, turn off betul. so hilang mood aku nak menulis. nanti²lah aku sambung.

25 May 2011

umrah dan ziarah

err.. bukan.. bukan macam tu, aku belum nak pegi umrah lagi. InsyaAllah sedang mengumpul ongkosnya. kat sini cuma aku nak ceritanye, ramai betul aku tengok kawan2 aku pergi umrah. ada yang dari hasil duit poket sendiri, menyimpan duit2 gaji, ada yang support by pa&ma, bukan saja yang bekerja, yang masih belajar pun dah sampai ke 2 tanah haram yang diberkahi itu.

aku tak rasa pape ke bila semua orang cerita pasal umrah? haruslah jeles ok! tapi kalau sekadar jeles tanpa bertindak apa lah maknanya kan kan? so, aku pun jeles berpada-pada saja. takut lak nanti aku ke sana sebab jeles kat orang. oh no! sungguh salah ye kawan-kawan jika berniat sebegitu. seharusnya perbetulkanlah niat. kena ikhlas ye, nak beribadah ni.

setakat ni, marilah kita perelokkan hati dan level ibadah. Tarbiyah dzatiyah etc. (oh tambahkan dengan bacaan bacaan sirah, should be nicer) yelah sebenarnya kadang2 duit kita dah berkepuk-kepuk kt bank, tapi tetap tak sampai ke sana. Semuanya rezeki kurniaan Allah. kalau Allah izinkan, InsyaAllah sampai, tapi kalau masih belum tu, InsyaAllah penangguhan yang berhikmah. Sama-samalah kita bersabar dan terus berdoa dengan penantian ini. dan berusaha mempersiapkan diri. yang penting niat mesti dipasak kemas. ok?

*doa sungguh2, supaya Allah sampaikan kita ke Bumi Anbiya'.

oklah, till then.

24 May 2011

Framework

hari ni aku nak membebel sket pasal mende alah ni. rimas betul. antara Code Igniter ngan Symfony, mana bagus? ke korang rasa Yii is more preferable?

aku rasa, memilih Code Igniter atas pandangan org yang pernah menggunakannya saja. memang bias.
memikirkan Symfony atas orang yang pernah menggunakan Symfony juga adalah bias. hurm.

aku dah try baca both documentation. truly, zzzzz.. apsal aa? apsal nak baca teks dalam net mesti mengantuk. adakah sebenarnya IT tak sesuai dengan aku? satu persoalan yang aku pun kurang pasti.

*nota disini: sapa boleh nak ajar framework untuk PHP sila maklumkan aku, roger aku k!
perlukan pedoman ni, hampir hilang arah @_@.