Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
oh, untuk rakan perempuan seIslamku sekalian. Ayuhlah, memelihara aurat kita sebaiknya. Tahukah anda, 4 gol lelaki akan ditarik ke neraka hanya kerana diri kita yang tak menjaga aurat ni? iaitu, ayah, suami, saudara lelaki, dan anak lelaki.
penat² dulu abah hantar kita masuk sekolah agama petang untuk belajar kelas fardhu ain. bukan abah taknak ajar sendiri. tapi abah nak yang terbaik untuk anaknya. takkanlah kita nak balas segala jasa abah tu dengan hantaq depa pi masuk neraka. kan?
So sahabat sekalian.. bantu diri kita untuk tidak menjadi salah seorang dari penyumbang fitnah akhir zaman.