(dalam earpone masih lagi kedengaran pelbagai OST dari filem A Walk To Remember. U got my token of appreciation ya Cik Mandy Moore.)
selak punya selak akhbar pagi ni, terbaca satu tajuk, 'Peserta Bersih boleh ditahan'. WHAT???!!
ok, kalau dalam filem segala background irama² yang melambangkan dalam hati ada taman terus stop sambil ada bunyi break lori sket. memang kasi spoil betul kenyamanan pagi. Maka aku teruskan pembacaan dengan perasaan saspen.
Pengamal undang-undang, Kamarudin Ahmad berkata, pihak yang mengganggu ketenteraman awam boleh ditahan pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan mengelak perkara tidak diingini berlaku - SinarHarian, Isnin, 13 Jun 2011.Siap ada pulak NGO lain yang buat laporan membantah himpunan Bersih ni. Meskipun sebenarnya aku pun tak arif sangatkan susur galur politik negara ni kan.Tapi, bila aku kenangkan balik satu program yang Bersih 2.0 ni anjurkan kat PJ tak berapa lama dulu. Aku rasa, logik jugaklah segala tuntutan diorang tu. Menuntut pilihan raya yang bersih. Satu perkara yang baik tu, aku memang sokong. Kalau ada pihak yang mengatakan para penyokong bersih ni ada niat lain ke kan, tu aku tak tau lah pulak. As a muslim, biar aku bersangka baiklah dengan niat suci murni nih.
Tapi bila ada pihak mengeluarkan statement yang demonstrasi jalanan Bersih ni menganggu ketenteraman awam, aku pun tak paham tang mana. Ada pekedai kena rompak ke sepanjang beberapa siri demo diadakan di Malaysia ni? atau ada pekedai yang rugi sebabkan instead of demo, ada lak yang buat rusuhan.
Bagi aku, biar jelah dorang nak berhimpun. Bukan diorang nak buat ceramah atau kempen nak suruh sokong mana-mana pihak pun. Kalau betul kita dipihak yang betul, toksah duk kalutlah hai..
ok, sekian itu sajalah komen aku tentang himpunan bersih yang bakal berlangsung 9 Julai ni,
*dulu somewhere dalam tahun 2007 ada sekali diorang buat himpunan Bersih ni. Semua yang datang pakai baju kuning. Pastu mana-mana pelajar yang keluar pagar UM dan pakai baju kuning pada hari himpunan tu, semua kena tahan dan disoal. Ahha~
*tahun ni tak de la teruk sangat tugas pakgad ye dak? student masih bercuti :)
Phileo D, jam 11.33