Pagi tadi, bermula lah semula aktiviti yang telah lama aku tinggalkan (lama tak lama dekat 4-5 bulan gak la aku tak berapa nak aktif dengan dunia blog) iaitu blog hopping.
So, dalam banyak-banyak ni. aku jumpa satu blog rakan. Dia ada letak gambar dia dengan rakan2, melutut di baris depan perempuan dalam 5-6 orang dan berdiri di belakang adalah 4-5 orang lelaki. Gambar dia masa sekolah rendah dulu. Gambar ni bukan gambar kelas tau informal punya gambar.
Tengok je gambar ni.. mengingatkan aku pada zaman aku darjah 6. Sebenarnya dari aku sekolah rendah rupanya aku kurangla berkomunikasi dengan lain gender. Tapi entah macam mana, di penghujung tahun 6 tu, aku ada sekeping gambar dengan sangat ramai budak lelaki, perempuan dalam gambar tu adalah 2 atau 3 orang.
Asalnya gambar tu aku simpan, tapi lama-lama.. (nak nak pastu masuk sekolah agama, belajar pulak isu-isu silang jantina.) Tiba-tiba aku rasa berdosa, lalu gambar tu aku koyak-koyakkan hingga sebesar ibu jari, pastu aku tanam. Sedangkan waktu tu aku baru tingkatan satu. yang hakikatnya tak banyak keputusan yang boleh buat sendiri.
Lalu dari kes ini, aku terkenangkan seorang sahabat kecil Rasulullah yang bernama
Sa'labah. Beliau yang tumbuh malu didalam dirinya lantaran terpandang aurat wanita yang bukan muhrimnya. dan ketika itu beliau baru berusia 7 tahun.
dan dari dua situasi ni, aku dapat simpulkan rasa malu itu adalah fitrah manusia. Sehingga bilakah rasa malu itu akan subur bergantung kepada sejauh mana kita menjaga hati kita.
tok tok, ketuk hati tanya kanlah,
"sekarang telah 11 tahun berlalu, masih malukah kamu melihat gambar kamu bersama lelaki-lelaki yang bukan muhrimmu?"
ayuhlah bermuhasabah!
nota kaki tambahan:
1. Tahniah untuk mempelai Shakina dan Sharifuddin yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu yang lalu.
2. Kepada Basyi juga, untuk baby yang comel. Ah! saat Iman Zulfa kamu lahir, saya masih dalam fasa lintang pukang menghadap hidup, maka satu entri khas untuk anak saudaraku itu tak dapat dipahat disini :(
3. Graduan API!! Selamat berkonvokesyen!!
5.16pm, PJS1.