Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 September 2012

13 tahun

Macam tak percaya dah 13 tahun. Sejak 2000 sehingga tahun ni, dah 13 tahun.. Semalam pergi rumah Aimi, nampak adik dia yang perempuan. Masa aku kenal Aimi tingkatan satu dulu, dia duk kendong adik dia tiap kali family dia datang. La ni da form 1 dah.

Meskipun sebenarnya adik aku sendiri pun dah form one, haruslah anak orang kita lagi notis kan, sebab tak nampak pembesarannya kankan?

Masa dulu kita yang 13 tahun, sekarang dah zaman diorang pula :) Berputaran. tapi tak pernah berpatah balik. Tahan sebak, syahdu. Itu baru tengok adik2. Kalau tengok mak abah kita, wah! lagi sebak. Kita semua semakin berusia.

Selamat Berbahagia menjadi puan kepada Ketua Kumpulan Al-Waqiah, Orentasi 2000. 
Habsah bt Kamaruddin.

dan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada rakan meja 1R, 2000.
Raja Zubaidah bt Raja Sabaraddin.

Aku juga nak ucapkan selamat bernikah dan semoga kalian berbahagia untuk semua undangan perkahwinan yang tak dapat aku penuhi. (Maaf ye sebab badan saya bleh hadir satu tempat saje dlm satu masa, belum belajar ilmu gerak sejurus dari Goku.:P)
Pishu, Junior SERATA
Dalila, SERATA
Kak Hezrin, Senior SERATA
Izyati, pen. praktikum KMPP.
Suhaylah, anak usrah :)
Kak Amal, Ikram PJ
Kak Farhani, Sukarelawan Ikram PJ.
Kak Feza, JIM IPT Selangor

Pintu syurga telah terbentang luas untuk kalian masuki, berusahalah untuk masuk dan kekal didalamnya. Bukan senang nak dapat pahala berpanjangan. :)

24 August 2012

Tim dah kawen.

Alhamdulillah, selamat sudah pernikahan sahabat saya ni, Wan Fatimah bt Wan Zulkifli. kenal dulu ketika berumur 19 tahun, kecil-kecil baru nak kenal dunia. Yang paling ingat, setiap tahun Tim tak pernah lupa nak sms wish birthday (walaupun saya tak pernah ingat birthday beliau. Maafkan saya Tim!)

Kali terakhir berkolaborasi dengan Tim adalah ketika pembentukan Karisma Selangor sekitar setahun yang lalu dan setelah itu, beliau pulang ke kampung halamannya dan saya masih tersadai di PJ, tempat kami berkenalan dulu.

Gambar Ihsan FB adik beliau: Comel sangat pasangan ini!

Selamat Pengantin Baru Tim! Berbahagialah hingga ke syurgaNya. Meski jauh di pandangan mata, saya yakin Allah sentiasa menjaga kamu dengan baik.

19 August 2012

Happy Eid

Assalamualaikum dan selamat pagi..

1 Syawal akhirnya tiba, dan  bulan yang kita tunggu, sayang dan rindu akhirnya pergi jua. tsk.
*pohon kejab-kejab, moga amalan kita sepanjang Ramadhan Allah terima*

Sempena Syawal yang telah tiba, aku memohon maaflah bebanyak kepada kalian semua, jika ada tersalah kata dan bahasa sepanjang berhidup di bumi Allah ni.

Lately, bahasa semakin kusut.

Sekian harap maklum. Haih, apa la nak buat ucapan raya pun tak bersemangat kan? Nanti aku kasi meriah sket lepas family photo sempena raya diambil.

Selamat Hari Raya semua ^_____^. 

ps: duit raya da ready masuk sampul belum?


09 August 2012

Intuition

Gerak hati adalh perkara yang sering kita gunakan bila kita tak dapat menyelesaikan masalah. Kadang-kadang meski ada ilmu sekalipun kita tend untuk gunakan gerak hati sebelum ilmu. Kofkof, agak bahaya disitu..

Bila mengatakan soal gerak hati ni akan ada masalah bila, hati kita ada problem. Mean cam sakit ke atau hati mati.. Kejadian macam ni akan lead kepada kesalahan gerak hati. sebab hati dah rosak, tapi kita still follow. Peh, kalau kereta.. mau eksiden atau tersedai tepi jalan. Dah rosakkan, what to expect? Kan?

Oh ok, masuk ke perenggan seterusnya akan lebih fokus kepada jalan-jalan di Petaling Jaya lebih spesifik menghala ke Petaling Jaya Selatan dan sekitar. Jadi sila sediakan peta di tab bersebelahan. (Ok, over sangat lak)

Pagi ni, aku pergi kerja, macam biasa slow yet steady. Ahha, meskipun demikian sering kali saja membuat pecutan pada separuh masa kedua di Jalan Gasing (selepas lampu isyarat berhampiran La Salle). Baru sahaja aku nak memecut, aku terhenti dek lampu merah tanda brek dari kereta yang sangat banyak. Tanpa berlengah lagi, teruslah aku potong ikut simpang berhampiran restoran Lotus, Jln Anak Gasing. Malang sekali apabila Jalan Templer berhadapan Masjid Jamek Sultan Abd Aziz juga dah mula jam.

Aiyark!

Dengan tabah hati dan berdebar aku teruskan juga perjalanan, lebih slow dari biasa. Sesampai je di Bulatan Templer,

WHATT??!

(keadaan traffic via Waze. Kalau korang ada smartphone sila download this apps, beguna bila sesak. Can chat some more)

paip pecah beb, di Jln Templer menghala Jln Klang Lama. Deng! Haiya, GPS dalam otak aku ni kalau nak recalculate secara on the spot memang problem besar. Antara nak masuk NPE dari Pantai Dalam, atau nak naik Federal Highway, potong sikit LDP masuk ke Kg Lindungan?

Ok, selepas timbang tara ikut gerak hati aku yang kelabu ni.. aku pilih option ke-2. Susur ikut Kg Lindungan sehinggalah sampai ke simpang Jln Klang Lama. Kat situ ada cabang Y. Antara nak terus masuk Jln Klang Lama, atau bleh susur kanan dan ikut jalan dalam berhampiran Desa Mentari sana.

Yeah, masa nilah kemuncak kesedaran aku tentang gerak hati yang kelabu ni.. Aku pilih terus ke Jln Klang Lama, dan disitulah kemuncak jam of the day. hoyeah!!

Apa yang aku nak sampaikan, kalau nak gerak hati bagi pilihan yang tepat silalah cuci hati selalu. Baca Quran dan Solat malam. InsyaAllah berkesan! ^____^

Hari yang menginsafkan.

Ayuh sama-sama membersihkan hati dalam Madrasah Ramadhan yang masih berbaki 10 hari ini.

nota kaki: hari ni masuk ofis jam 9.50, lewat 1 jam 20 minit. T_T

05 August 2012

Ya Ramadhan

An-Naml

62. Bukankah Dia yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabika dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.
63. Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di darat dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmatNya? Apakah disampingNya ada tuhan (yang lain)? Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka sekutukan.
Ramadhan telah melepasi separuh dari usianya untuk tahun ini. Maka tiba masanya untuk kita menyemak semula check list perubahan yang kita mahukan di awal Ramadhan dahulu. Sejauh mana jahiliyah yang menghitam dan ketat berada dalam hati adakah sudah bisa di tanggalkan? Adakah Allah telah menjadi The ultimate love for us?

Astaghfirullahalazim..
(untuk segala maksiat dan kealpaan yang masih kita lakukan sepanjang Ramadhan ini)

Bismillahirahmanirrahim..
(terus kejapkan langkah, cabaran untuk mengharungi separuh masa kedua ini pasti lebih hebat. Semoga kita tak kalah lagi tahun ini)