Akhirnya, sekali lagi menjejak Broga. Kali ini berjaya ke second peak and third peak.. yang akhir sekali tu.. erm tak berminat lak nak teruskan. woaha! Pengalaman ke Broga kali ni rasanya berbeza dari kali lepas. Unik dan tersendiri. Masa mula-mula diorang cakap nak Solat Subuh kat atas tu, memang pikir banyak kali jugaklah kan.. sebab kat first peak tu memang la ada tanah yang agak rata. tapi, ramai orang kat atas tu.. agak-agak muat ke tak? Benda tu lah duk fikir berulang kali. But, it just happened! :) Seronok! pergi dengan anak-anak dan kawan-kawan yang kita suka! (pinjam sket ayat Zahiril Adzim kan..)
relay Tazkirah
After Subuh ada relay Tazkirah dari Akh Abu Dzaar dan Ustaz Hasanuddin, YDP Ikram Selangor. (Err rakan-rakan, ustaz hasanuddin yang dah baya abah-abah kita pun dah sampai puncak Broga tau..) Tazkirah semalam menyempatkan kami mengingati peristiwa Sultan Al-Fateh, memindahkan kapal melalui jalan darat..
"Muhammad Al Fateh menukar bukit menjadi lautan. Tentera pembebasan Syria bergerak dari bukit ke bukit, semua ni tak boleh di buat kalau xcukup kekuatan rohani dan fizikal.." - Abu DzaarPoint taken: Mesti bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukan.
"Rasulullah selalu bersunyi-sunyi bersendirian di tempat tinggi. Tempat tinggi mampu memberikan idea dan kekuatan kepada kita." - Ustaz Hasanuddin.Point taken: Jadi orang muda kena kuat. Sila sentiasa kuatkan diri anda, dengan bersenam (seperti hiking) dan berqiamullail.
Selamat pagi dunia! :)
Perjalanan kali ini, walau dah kali kedua tetap menduga keimanan dan kekuatan mental juga fizikal. Separuh masa pertama perjalanan dah rasa nak give up dan fed up. Penat. Dalam otak dah duk bermain 'kenapa kau decide nak buat lagi benda ni?'. Lepas tu, dah lah mengah mendaki, tinggal beberapa meter nak sampai first peak, ada pulak amoi ni stuck kat route. Maka kami yang betul-betul belakang dia semua terkandas.. yang bawah-bawah jauh lagi dari kami semua dah ikut route lain. Actually ada hikmah, dapat gak lah rehat sat. :) hehe.. Then sembahyang Subuh dan tazkirah di atas puncak. Kemudian baru teruskan ke puncak-puncak berikutnya. Jika kalian dah dapat sampai puncak pertama, memang confirm boleh sampai puncak-puncak lain.. Memandangkan first peak je kecuraman dia agak extreme sedikit.
Dan perjalanan itu kami akhiri dengan mengutip sampah di sepanjang jalan, masing-masing peserta diberi plastik sampah biru untuk mengutip sampah dijalanan pulang. :)
Terima kasih
kepada kak Huda, Hajja dan Iqa yang sudi menemani merealisasikan mimpi ini..
kepada anak usrah, Hajar, Kim dan Ina housematenya yang sanggup tinggalkan selimut, (berkumpul jam 3 pagi tu nak ke Semenyih)..
kepada anak usrah Mun yang dari Shah Alam, jumpa lagi next time..
dan lastly kepada Kak Zie. Lama tak jumpa di PJ, jumpa kat Broga lak eh.. Btw sedaplah coklat Meiji Himilk dari Jepun tu :P..
Jom ber-GEMA Backpackerz lagi next time!
p/s: Seronok bila setiap aktiviti yang kita buat berusaha nak dapat kan redha Allah kan? Semoga Allah redha..