Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 December 2012

Naim Bertunang

Duk baca cerita orang bertunang kan, rasa macam best gak kalau tepek sebijik citer bertunang dalam blog kan?

Tempat: Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar, Perak
Tarikh: 23 Disember 2012 (bersamaan ulangtahun kelahiran Fikri yang ke-21)

Bakal adik ipar, hebat kan? 2 orang terus dia langkah :P

16 December 2012

Kembara Fajar, Sehening Broga


Akhirnya, sekali lagi menjejak Broga. Kali ini berjaya ke second peak and third peak.. yang akhir sekali tu.. erm tak berminat lak nak teruskan. woaha! Pengalaman ke Broga kali ni rasanya berbeza dari kali lepas. Unik dan tersendiri. Masa mula-mula diorang cakap nak Solat Subuh kat atas tu, memang pikir banyak kali jugaklah kan.. sebab kat first peak tu memang la ada tanah yang agak rata. tapi, ramai orang kat atas tu.. agak-agak muat ke tak? Benda tu lah duk fikir berulang kali. But, it just happened! :) Seronok! pergi dengan anak-anak dan kawan-kawan yang kita suka! (pinjam sket ayat Zahiril Adzim kan..)

relay Tazkirah

After Subuh ada relay Tazkirah dari Akh Abu Dzaar dan Ustaz Hasanuddin, YDP Ikram Selangor. (Err rakan-rakan, ustaz hasanuddin yang dah baya abah-abah kita pun dah sampai puncak Broga tau..) Tazkirah semalam menyempatkan kami mengingati peristiwa Sultan Al-Fateh, memindahkan kapal melalui jalan darat..
"Muhammad Al Fateh menukar bukit menjadi lautan. Tentera pembebasan Syria bergerak dari bukit ke bukit, semua ni tak boleh di buat kalau xcukup kekuatan rohani dan fizikal.." - Abu Dzaar
Point taken: Mesti bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukan.
"Rasulullah selalu bersunyi-sunyi bersendirian di tempat tinggi. Tempat tinggi mampu memberikan idea dan kekuatan kepada kita." - Ustaz Hasanuddin.
Point taken: Jadi orang muda kena kuat. Sila sentiasa kuatkan diri anda, dengan bersenam (seperti hiking) dan berqiamullail.

Selamat pagi dunia! :)

Perjalanan kali ini, walau dah kali kedua tetap menduga keimanan dan kekuatan mental juga fizikal. Separuh masa pertama perjalanan dah rasa nak give up dan fed up. Penat. Dalam otak dah duk bermain 'kenapa kau decide nak buat lagi benda ni?'. Lepas tu, dah lah mengah mendaki, tinggal beberapa meter nak sampai first peak, ada pulak amoi ni stuck kat route. Maka kami yang betul-betul belakang dia semua terkandas.. yang bawah-bawah jauh lagi dari kami semua dah ikut route lain. Actually ada hikmah, dapat gak lah rehat sat. :) hehe.. Then sembahyang Subuh dan tazkirah di atas puncak. Kemudian baru teruskan ke puncak-puncak berikutnya. Jika kalian dah dapat sampai puncak pertama, memang confirm boleh sampai puncak-puncak lain.. Memandangkan first peak je kecuraman dia agak extreme sedikit.

Dan perjalanan itu kami akhiri dengan mengutip sampah di sepanjang jalan, masing-masing peserta diberi plastik sampah biru untuk mengutip sampah dijalanan pulang. :)

Terima kasih 
kepada kak Huda, Hajja dan Iqa yang sudi menemani merealisasikan mimpi ini..
kepada anak usrah, Hajar, Kim dan Ina housematenya yang sanggup tinggalkan selimut, (berkumpul jam 3 pagi tu nak ke Semenyih)..
kepada anak usrah Mun yang dari Shah Alam, jumpa lagi next time..
dan lastly kepada Kak Zie. Lama tak jumpa di PJ, jumpa kat Broga lak eh.. Btw sedaplah coklat Meiji Himilk dari Jepun tu :P..

Jom ber-GEMA Backpackerz lagi next time!

p/s: Seronok bila setiap aktiviti yang kita buat berusaha nak dapat kan redha Allah kan? Semoga Allah redha..

02 December 2012

Chopstick


From Japan - Nov 2012 

From Korea - Dec 2010

Credit to: Awanis Azizan :) 

29 November 2012

Peribahasa dan kesilapannya

Beberapa kesalahan dalam peribahasa.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum munculnya tulisan rumi, masyarakat tanah melayu menggunakan tulisan jawi untuk tujuan penulisan. Sementelah perpindahan dari tulisan jawi kepada huruf rumi, berlakunya kesilapan dalam membaca semula satu-satu perkataan.

Disini aku akan sertakan 2 contoh peribahasa yang telah terlibat dalam kes ini.

1. Harapkan pagar, pagar makan padi. 

Persoalannya bagaimanakah pagar memakan padi? dari kecil kita pasti selalu terbayangkan pagar yang dipasangkan keliling padi. tapi tang pagar nak makan padi, macam tak dapat nak kaitkan lagi kan? Cuba fikir lagi dalam, sawah tang mana yang orang tanam dia pasang pagar keliling? Ha.. itu lagi satu persoalan yang boleh membawa rusuhan.

Hakikatnya perkataan pagar yang dimaksudkan adalah pegar sebenarnya. Merujuk kepada burung pegar yang antara makanan rujinya adalah padi. (Perkataan jawi ditulis dengan pa-ga-ra)

Burung Pegar

2. Bagai melepaskan batuk ditangga.

Cuba anda kaitkan, bagaimanakah melepaskan batuk ditangga boleh membawa maksud buat kerja sambil lewa? Melepaskan batuk dimanakah yang menunjukkan kesungguhan? Adakah setelah selesai naik tangga dan duduk bersila diruang tamu kemudian baru batuk?

Eheh, kan? tak dapat nak sambung dah tu. Sebenarnya batuk yang dimaksudkan bukanlah batuk 'kofkofkof' tu.. Melainkan batuk yang dimaksudkan adalah batok, iaitu ceduk yang digunakan untuk basuh kaki sebelum kita naik rumah. Secara logik lepas kita guna batok, patut kita letakkan balik la dalam tempat dia kan, tapi punyala malas duk letak kat tangga je batoknya. Sebab tu lah jatuhnya melepaskan batok ditangga merujukkan kerja yang tak habis. Da angkat guna, pastu letak merata-rata.

Batok

So macam tulah, beberapa contoh kesilapan dalam peribahasa semuanya disebabkan pertukaran diantara tulisan jawi kepada rumi. Meskipun da banyak kali di minta untuk buku teks menukarkan semula perkara ini, tetapi permohonan tinggal permohonan. sepi. tiada perubahan.

*Alhamdulillah, dapat jugak share satu perkara berbentuk ilmiah hari ni :)

27 November 2012

Cuti Express

akhirnya, aku amik cuti pada hari ni. dan berjaya accomplished 3 perkara iaitu:

1, servis kereta 20k km.
2. clarification tentang satu premium saver yang aku subscribe 3 tahun yang lepas (gila lama)
3. renew IC!

ahaha.

sebenarnya selain no.1 adalah perkara penangguhan sejak sekian lama yang akhirnya baru dapat dilaksanakan setelah dengan susah payah bergaduh dengan diri sendiri.

alkisah nak amik cuti isnin. tapi sebab da penghujung isnin lepas baru teringat nak apply.. dan malas pula turun naik tangga cari boss dan HR. maka, aku dah ter-delay sampai ke selasa.

tapi bagus jugak. kalau amik cuti isnin mesti lambat balik dari kg ke sini. end up tak dapat lagi la nak setelkan perkara2 yang telah tertulis di atas.

mari aku ceritakan satu per satu aktiviti tertulis.

1. servis kereta tu, tak da masalah la kalau kat selangor ni. ada banyak servis centre dia. tapi aku buat dekat sini saja, servis center yang paling dekat dengan rumah iaitu, di seksyen 19 PJ. yang baru bukak dekat sebelah KDU tu. eheh~ xda la baru sangat sebenarnya dekat setahun jugak lah kan. aku buat appointment jam 9.50 pagi.. tapi gitu gini 10 lebih jugak la baru encik Vijay kita masuk servis. Gitu gini pukul 2 lebih baru siap. Lama jugak tu kan. ya, dan alang-alang ku car wash + vacuum sekali dengan harga RM5. ehehe..

2. oh selepas tu dah alang-alang cuti plus hampir dah dengan cawangan Maybank seksyen 14, maka aku pegi la tanyakan tentang polisi premium savers ni. Polisi ni perlu amik sebulan lepas subscribe. Bayangkan lah aku subscribe 1 ogos 2009. pastu 27 nov 2012 baru nak amik. haha! kakak kaunter tu cakap dorang tak simpan polisi selama tu. maka dia pun bagi no etiqa utk aku calling2. dan nak jadikan cerita baru hari ni aku tau pasal sebenarnya saving plan yang aku amik tu adalah investment. let say aku nak close kes dan tanak further bayar so aku akan dapat balik apa yang aku da invest tapi ikut pasaran semasa la. so tak dapat la aku nak exact money yg aku spend byr bulan-bulan tu. kalau aku withdraw sekarang aku akan dapat 400 less dari yang da aku invest. nampak agak rugi disitu. aha~ sebab kan hari ni baru tau ia adalah sebuah investment. maka aku hold kan dulu tindakan seterusnya. aku akan buat kajian lanjut dan decide to do later. sebabnya, kalau aku nak reprint balik polisi tu, aku kena bayar rm30. pastu tambah m10 untuk buat surat sumpah nak clarify yang aku memang tak amik polisi tu before this. haiya!! tapi kan takkanlah dorang nak buang benda penting mcm tu kan.. oklah fine even kalau menyemak sangat and rasa nak dispose, bukan patut dorang buat last call reminder ke macam: 'kalau tak amik kami bakar'. camtu.. whatever lah, dah jadi gini baru nak terhegeh hegeh kan.

3. ok lastly aku ke pejabat pendaftaran negara untuk renew IC. Tahukah anda bahawasanya jika anda ada buat IC before 18 y.o. anda memang kena renew IC tu between age 18 - 24 tahun. kalau anda lambat dan dah terlebih usia.. siap-siapkan lah wang RM40 dalam purse dan bersegeralah menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran. tapi kak tu cakap tadi lagi lambat kita pergi renew lagi tinggi kompaun di kenakan.

nota gambar: begitu pun ada gambar nan sekeping di perodua center.. ya ampun teramat malasnye nak uplod :P ala stended servis center.. lebih kurang je semuanya.. kan?

so itu lah aktiviti sepanjang cuti yang di apply atas sebab servis kereta dan hal-hal kecil yang lain.. now time to Asar prayer. rehat sekejap then to last check point for today :) *yawn* mengantuk juga kan, hari yang panjang..

till then. jaga iman semuanya!