Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 January 2013

First Entri for 2013

Ok saya tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk menulis,

tetapi percayalah, bila otak anda cramp untuk buat semua kerja otomatisnya anda akan buat benda yang paling tak berkaitan dengan list-panjang-kerja anda tu. kankan?

ok mari membebel.

2013. fresh new start.
(ok new IC pun tak pergi ambil lagi even dah lama siap kat Pejabat pendaftaran sana)

tahun ni aku ramalkan akan lebih sukar dari tahun-tahun lepas, dulu kala dan sebagainya. Even harder. trust me, so anda semua pun harus tanamkan ini dalam diri. Sebab apa, bila kita da rasa akan susah, kita akan built anti-bodi lebih kuat!!! kankan? standard. Jadi sebarang rintangan, mampulah hendaknya anda/kita lalui dengan tabah lagi bersemangat. :) Gambateh!!

Okla, sebenarnya nak told you all je, saya bercadang untuk letak Google Calendar di merentas horizon!! Gaya artis sedikit kan, baru la you all bleh trace aku gi mana pasni.. kut nak mintak sign? ahaha.. atau nak follow aku ke program? Program yang aku pergi memang awesome belaka.

Jemput follow!!

err still masih dalam perancangan, dah ada masa nanti baru nak re-position dalam ini blog :)

Susah tak semestinya mustahil,
Mencabar tak semestinya kena give-up

Keep Moving On Peeps!

31 December 2012

Review 2012

I'll write this a day earlier, so it will be posted while I'm busying in Shah Alam.

Assalamualaikum,

baiklah ini akan menjadi post penutup untuk tahun 2012.

Bagi aku, berbanding 2011, 2012 memberi aku faham tentang sisi hidup yang berbeza. 2012 tak semanis 2011 :( Tapi takpe, aku dapat hadamkan segalanya.

Nak review pun rasa perit, orang kata kisah duka jangan diulang-ulang kan? susah nak move on nanti.. Banyak yang terjadi tahun ni, terlalu banyak. Semuanya tertulis lewat post-post aku yang lalu. Pendek kata, aku dah boleh pahamlah perasaan orang yang ikat perut tiap hujung bulan :P.. Kalau nak sort kan pun, rasa bikin nangis je kan.


By the way, i think i can endure it InsyaAllah. Tuhan akan duga kita sekuat mana yang kita mampu tahankan? Optimis lah. Semuanya Allah bagi pergiliran. Sang pelangi takkan selamanya muncul lewat jendela rumah kita, orang lain pun ingin lihat keindahannya juga kan?

Dalam kepayahan aku melangkah saat terjatuh, aku belajar melihat dari sudut berbeza. Allah beri ruang untuk aku rasa kasut yang berlainan saiz. Dan aku perlahan-perlahan memahami, kenapa wajah mak dan ayah nampak sangat tua, dan ternyata senyum mereka ada warna yang berbeza dari orang muda. hakikatnya dugaan mereka lebih-lebih hebat lagi dari yang sedang kita alami.

Nota: Kerjaya juga sudah menunjukkan warna sebenar. *tarik nafas dalam-dalam dan lepas* Langkah perlu lebih kejab, menangkis serangan dari pelbagai arah.

Jika 2011 Allah beri ruang untuk bersyukur dengan kesenangan, 
2012 Allah hadirkan dengan bermacam kesulitan. 
Apa mahu bersyukur lagi atau nggak?

Untuk pelbagai cerita manis dan sakit, terima kasih Allah!! Nikmat udara dan Islam adalah lebih utama!

Selamat tinggal 2012, kita putus!


Here you come 2013, please be nice to me :)

23 December 2012

Naim Bertunang

Duk baca cerita orang bertunang kan, rasa macam best gak kalau tepek sebijik citer bertunang dalam blog kan?

Tempat: Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar, Perak
Tarikh: 23 Disember 2012 (bersamaan ulangtahun kelahiran Fikri yang ke-21)

Bakal adik ipar, hebat kan? 2 orang terus dia langkah :P

16 December 2012

Kembara Fajar, Sehening Broga


Akhirnya, sekali lagi menjejak Broga. Kali ini berjaya ke second peak and third peak.. yang akhir sekali tu.. erm tak berminat lak nak teruskan. woaha! Pengalaman ke Broga kali ni rasanya berbeza dari kali lepas. Unik dan tersendiri. Masa mula-mula diorang cakap nak Solat Subuh kat atas tu, memang pikir banyak kali jugaklah kan.. sebab kat first peak tu memang la ada tanah yang agak rata. tapi, ramai orang kat atas tu.. agak-agak muat ke tak? Benda tu lah duk fikir berulang kali. But, it just happened! :) Seronok! pergi dengan anak-anak dan kawan-kawan yang kita suka! (pinjam sket ayat Zahiril Adzim kan..)

relay Tazkirah

After Subuh ada relay Tazkirah dari Akh Abu Dzaar dan Ustaz Hasanuddin, YDP Ikram Selangor. (Err rakan-rakan, ustaz hasanuddin yang dah baya abah-abah kita pun dah sampai puncak Broga tau..) Tazkirah semalam menyempatkan kami mengingati peristiwa Sultan Al-Fateh, memindahkan kapal melalui jalan darat..
"Muhammad Al Fateh menukar bukit menjadi lautan. Tentera pembebasan Syria bergerak dari bukit ke bukit, semua ni tak boleh di buat kalau xcukup kekuatan rohani dan fizikal.." - Abu Dzaar
Point taken: Mesti bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukan.
"Rasulullah selalu bersunyi-sunyi bersendirian di tempat tinggi. Tempat tinggi mampu memberikan idea dan kekuatan kepada kita." - Ustaz Hasanuddin.
Point taken: Jadi orang muda kena kuat. Sila sentiasa kuatkan diri anda, dengan bersenam (seperti hiking) dan berqiamullail.

Selamat pagi dunia! :)

Perjalanan kali ini, walau dah kali kedua tetap menduga keimanan dan kekuatan mental juga fizikal. Separuh masa pertama perjalanan dah rasa nak give up dan fed up. Penat. Dalam otak dah duk bermain 'kenapa kau decide nak buat lagi benda ni?'. Lepas tu, dah lah mengah mendaki, tinggal beberapa meter nak sampai first peak, ada pulak amoi ni stuck kat route. Maka kami yang betul-betul belakang dia semua terkandas.. yang bawah-bawah jauh lagi dari kami semua dah ikut route lain. Actually ada hikmah, dapat gak lah rehat sat. :) hehe.. Then sembahyang Subuh dan tazkirah di atas puncak. Kemudian baru teruskan ke puncak-puncak berikutnya. Jika kalian dah dapat sampai puncak pertama, memang confirm boleh sampai puncak-puncak lain.. Memandangkan first peak je kecuraman dia agak extreme sedikit.

Dan perjalanan itu kami akhiri dengan mengutip sampah di sepanjang jalan, masing-masing peserta diberi plastik sampah biru untuk mengutip sampah dijalanan pulang. :)

Terima kasih 
kepada kak Huda, Hajja dan Iqa yang sudi menemani merealisasikan mimpi ini..
kepada anak usrah, Hajar, Kim dan Ina housematenya yang sanggup tinggalkan selimut, (berkumpul jam 3 pagi tu nak ke Semenyih)..
kepada anak usrah Mun yang dari Shah Alam, jumpa lagi next time..
dan lastly kepada Kak Zie. Lama tak jumpa di PJ, jumpa kat Broga lak eh.. Btw sedaplah coklat Meiji Himilk dari Jepun tu :P..

Jom ber-GEMA Backpackerz lagi next time!

p/s: Seronok bila setiap aktiviti yang kita buat berusaha nak dapat kan redha Allah kan? Semoga Allah redha..

02 December 2012

Chopstick


From Japan - Nov 2012 

From Korea - Dec 2010

Credit to: Awanis Azizan :)