Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

13 September 2013

Bagaimana media mempengaruhi pemilihan kerjaya

Masa kecik, aktiviti paling hit aku adalah menonton drama melayu.. eh eh.. sebenarnya tak terbatas pada drama melayu saja.. semua pun aku layan. Bila kanto tengah hit aku layan kantonis. Mandarin pun tgk. Bollywood, indon.. venezuela. Ok pendek kata semua jenis drama lah yang sempat..

Ok berbalik pada drama melayu. Kalo ingat2 balik citer melayu zaman tu, asal gi kerja je mesti masuk pejabat.. pakai baju smart2.. ada kubikal sendiri.

So as time passes.. aku punya otak da ter-implement dengan satu fakta yang begitu bias dari media.. kerja = pejabat.

Mak abah yang bekerja sebagai guru selalu menasihat anak anak untuk jadi guru jugak.. tapi aku pun xpaham.. tidak tidak jugak perasaan aku ke profession tersebut. Yelah jadi cikgu ni more than half dari masa ditempat kerja adalah dalam kelas! Dan berbalik kepada aku punya equation tentang kerja tu.. maka tak valid lah kan?

So time pass by, and habis belajar aku dapat offer kerja dengan boss lama aku which is kawan chat aku jugak. Eh eh? Kerja pejabat! Hehe..

So macam tulah citernya..

Dan tahun ni dah 4 tahun aku bekerja kat PJ. ya macam dalam angan angan aku, dalam pejabat. Wink2.. hehe..

02 September 2013

Jalan-jalan Raya 2013

Biasanya aku adalah orang yang malas untuk beraya. Tiba-tiba tahun ni entah apa yang merasuk telah secara bersemangatnya beraya. So, hujung minggu semalam.. memang aku tak sentuh langsung pun agenda kerjaya.. (ok, macam selalu sentuh je kan, time hujung minggu!)

Sabtu.31Ogos (5+1 jemputan)

hehe.. ok over kan kat atas tu.. sebenarnya jemputan untuk aku memang 5 tapi 2 aku tak pi tapi yang tambah tu dek jemputan untuk sofwah. Hehe.

Ok, pagi-pagi bergerak jam 10 pagi, ambil sofwah, fauhan dan kak djah di PPUM.. kemudian terus bergerak ke Si Jangkang. Jemputan Walimah Kak Ada. Punyalah awal, sampai pukul 11. Habis makan pukul 11.30, memang tak jumpa pengantin pun. Jumpa mak ayah pengantin je. :)



Lepas kenduri di Si Jangkang, pergi pulak Kanchong Darat, Banting. Kenduri anak usrah, Ateek. Dulu masa bawa usrah adik ni masih Pasum lagi. Sekarang da habis belajar, dah kahwin dah pun :) kat sini memang tak mampu la dah nak makan nasi, ktorang sampai sini pukul 12.30.



Dalam 1.30 macam tu kitorang pun bergerak dari kenduri Ateek, tak sempat pun nak tunggu Fareha. Her usrah-mate sampai. Alang-alang sampai di Banting, kami singgah pula di Kerepek House. Banting kan memang terkenal dengan pembekal kerepek. Setelah memborong kerepek bergerak pula ke Bukit Raja, Klang. Masa ni da start hujan. Dan jalan ke Klang? ofcourse jam! Tapi normal lah kan, hujung minggu di bulan Syawal. Kenduri rumah Ezreen ni bersempena akikah anak ke-2 dia. Dari dia kahwin sampai anak 1st aku tak pernah pergi apa-apa pun event dia. Jadinya aku rasa bagus kalau aku pergi kali ni.



Lepas rumah Ezreen, kami ke Rumah Kak Ana. Dia buat kenduri sempena nak mengerjakan haji. Minggu depan akan berlepas. Untung, muda-muda dah dapat pergi haji. rezeki kan :) Sebenarnya yang di jemput adalah Sofwah. tapi kami bertiga ni kira pengiring lah . hehehe. Sebabkan Kak Ana nampak sibuk, bergambar dengan anak dia je, Sarah dan adik dia (baju pink). 


Lepas rumah Kak Ana patut terus ke rumah Fariz, tapi orang-orang kuat YB kita ni kena represent YB ke program raya persatuan penduduk Desa Mentari. (sebab tu lah, ada +1 kat situ) jadi lepas ke DM baru la pi rumah Fariz.


Waahh.. perut sangat kembung.  Keluar dari rumah Fariz da azan Maghrib, singgah pejabat YB jap then sembahyang maghrib barulah balik rumah. 

Ahad.1Sept

Hari Ahad pulak, aku ajak Awanis datang rumah makan lunch, bukan apa.. sebab hari tu dia ajak datang beraya rumah dia, pastu aku pi terlajak plak menabur janji. So kes dia untuk mengotakan janjilah.. hehe. Walaupun bukan aku yang masak kan.. Hidangan berupa Spegeti Olio dan Air Rambutan :P.. 

Petang tu, jam 3.30 kitorang gerak ke Puchong. Jiha ada buat makan-makan kecilan. Aku rasa pun takleh dia nak ajak ramai orang memandangkan perut dah 8 bulan kan. So kalau ajak ramai mesti lagi penat dan tak larat. Makan Laksa Kedah, dan koktel buah. then main-main ngan haziq yang comel.


Lepas kawtim dengan Jiha, maka kami pun bergerak ke rumah Miha pulak.. pukul 6 baru gerak.. dan lebuhraya agak heavy juga ye. tambah ngan hujan lagi. so sampai tu dah maghrib. Lepas Maghrib baru ke rumah Samiha. Ada ayam bakar, coleslow dan mash potato! lepas tu pencuci mulut ada puding roti dan kuah kastard. nyumeh. before balik tu, khairul sediakan minuman yogurt!! berperisa mangga (buat sendiri punya). cayalah!




Ok, gerak dari rumah Miha jam 9, maka tiba di rumah jam 10. Awanis mesti sampai rumah jam 11. hehe. Jiha plak kena sambung menghantar adik dia ke bas yang nak bawanye ke Kuantan. Harap2 berhasil lah sampai sebelum jam 11. 

So, sekian saja laporan bergambar untuk hari ni. Dah pukul 2 dah pun. lama aku mengarang. 

27 August 2013

Aiti. langkah satu.

"Sarah, Please teach her how to insert excel data to MySQL" - boss
sebenarnya, adik manis dah tanya kami yang dah tua ni sejak pagi, tapi aku yang betapa malas nak screwed otak buat ignorance saja. Biar Nasyrah je jawab. hehehe.

atlast, kena jugak batang hidung sendiri. Maka, aku pun semak balik la cara lama. cara yang tak berapa nak programmer sangatlah. tapi.. yang penting jalan untuk mencapaikan hasrat mulia tersebut.

ya, dari excel tu. tukarkan jadi query.copy semua.paste kat php MyAdmin. Hehe :)

So, dikesempatan ni, aku nak ucapkan thanks to Mr Amir Zahid.. kau banyak bagi pelajaran berguna kepada aku sepanjang di Aiti. Dan indeed, sangat membantu aku sekarang. (aku harap kau ajar banyak lagi .. :P) Selamat hari guru! (ok tiba2)

Ok, itu saja nak cerita. Tiba-tiba aku terkenangkan manager yang banyak berangan tu.. rasa up till now dia masih di company lama. Live healthy tuan.

Oh, ini entri tiba-tiba. Tentang Dato LCW dan Steve Jobs? ouh oh!.. will update later!

till then, selamat bekerja semua.

22 August 2013

jom muhasabah #bekal

random.

in the middle of doing stuff, i just think of.. what if.

satu hari secara tiba-tiba bila kita sedar, kita bukan lagi di dunia! dan kita mula sedar apa yang kita buat/ spend kat dunia adalah suatu yang sia-sia belaka.

kereta cantik dan baru.
ijazah sarajana muda dan kedoktoran.
kerjaya glemer.
suami hensem.
anak-anak pandai dan terbilang.
keluarga kaya raya.

semua nya langsung tak dapat point pun kat sana. gulp. semuanya sia-sia. gulp.

kita bangun pagi, pergi kerja balik kerja. dapat gaji, spend it. rasa tak cukup, tukar kerja. gaji besar, spend lagi banyak. the routine will continue till the day we die. ok maybe akan tambah sikit sebanyak for those yang dah kahwin dan ada anak. bangunkan anak, mandikan hantar rumah pengasuh. and so on.

sedar2 eh eh. kita dah tak kat dunia? eh eh tak sempat la nak istiqamah solat malam, tak sempat nak banyak mengaji alquran. tak sempat nak cerita kat orang pasal islam. we are going to the day of JUDGEMENT and still kita tak sempat nak siapkan bekal!.

*pagi-pagi tiap hari aku akan siapkan bekal untuk lunch, buat aku pikir ini.. mana pulak bekal aku untuk hereafter?

#SiriTazkirahPendek.

18 August 2013

Hari Ahad.

Hari Ahad, hari cuti, hari orang akan buat/pi open house. oh jam! so, might as well kita duk betapa dalam rumah saje :P.

(oh what had happened to me lately, sooo sooo different with my degree life. whom was once so difficult to have free time to lepak2 during weekend *sigh*)

 "Masa student adalah masa yang paling selesa, comfort zone. Masa macam ni ana tak pelik kalau antum sibuk buat dakwah sana-sini. Selepas tamat zaman belajar, masa tu lah antum akan di uji. Mula-mula antum akan di uji dengan kerjaya. Tengok masa tu adakah antum masih lagi akan bergerak dalam jalan ni. Kemudian antum akan berkahwin. kemudian ada anak. Sampai masa tu nanti, adakah antum masih di jalan ni? Jika masih, ana memang salute!"

Kata-kata diatas aku dengar banyak kali, masa zaman belajar. Dah berapa tahun tu? 5-6 years back. #throwback.

Dan rasanya aku terasa ujian tersebut. baru 1st phase.

ok ini harus kita panggil sebagai masa untuk koreksi diri. Am i way too far from my goal in life?

#reflectionTimeForYouAndMe

*by the way, jangan lupa kirim doa untuk saudara kita di Mesir.. Kebangkitan Islam.. Pengakhiran zaman.. semuanya makin hampir.