Sabtu.31Ogos (5+1 jemputan)
hehe.. ok over kan kat atas tu.. sebenarnya jemputan untuk aku memang 5 tapi 2 aku tak pi tapi yang tambah tu dek jemputan untuk sofwah. Hehe.
Ok, pagi-pagi bergerak jam 10 pagi, ambil sofwah, fauhan dan kak djah di PPUM.. kemudian terus bergerak ke Si Jangkang. Jemputan Walimah Kak Ada. Punyalah awal, sampai pukul 11. Habis makan pukul 11.30, memang tak jumpa pengantin pun. Jumpa mak ayah pengantin je. :)
Lepas kenduri di Si Jangkang, pergi pulak Kanchong Darat, Banting. Kenduri anak usrah, Ateek. Dulu masa bawa usrah adik ni masih Pasum lagi. Sekarang da habis belajar, dah kahwin dah pun :) kat sini memang tak mampu la dah nak makan nasi, ktorang sampai sini pukul 12.30.
Dalam 1.30 macam tu kitorang pun bergerak dari kenduri Ateek, tak sempat pun nak tunggu Fareha. Her usrah-mate sampai. Alang-alang sampai di Banting, kami singgah pula di Kerepek House. Banting kan memang terkenal dengan pembekal kerepek. Setelah memborong kerepek bergerak pula ke Bukit Raja, Klang. Masa ni da start hujan. Dan jalan ke Klang? ofcourse jam! Tapi normal lah kan, hujung minggu di bulan Syawal. Kenduri rumah Ezreen ni bersempena akikah anak ke-2 dia. Dari dia kahwin sampai anak 1st aku tak pernah pergi apa-apa pun event dia. Jadinya aku rasa bagus kalau aku pergi kali ni.
Lepas rumah Ezreen, kami ke Rumah Kak Ana. Dia buat kenduri sempena nak mengerjakan haji. Minggu depan akan berlepas. Untung, muda-muda dah dapat pergi haji. rezeki kan :) Sebenarnya yang di jemput adalah Sofwah. tapi kami bertiga ni kira pengiring lah . hehehe. Sebabkan Kak Ana nampak sibuk, bergambar dengan anak dia je, Sarah dan adik dia (baju pink).
Lepas rumah Kak Ana patut terus ke rumah Fariz, tapi orang-orang kuat YB kita ni kena represent YB ke program raya persatuan penduduk Desa Mentari. (sebab tu lah, ada +1 kat situ) jadi lepas ke DM baru la pi rumah Fariz.
Waahh.. perut sangat kembung. Keluar dari rumah Fariz da azan Maghrib, singgah pejabat YB jap then sembahyang maghrib barulah balik rumah.
Ahad.1Sept
Hari Ahad pulak, aku ajak Awanis datang rumah makan lunch, bukan apa.. sebab hari tu dia ajak datang beraya rumah dia, pastu aku pi terlajak plak menabur janji. So kes dia untuk mengotakan janjilah.. hehe. Walaupun bukan aku yang masak kan.. Hidangan berupa Spegeti Olio dan Air Rambutan :P..
Petang tu, jam 3.30 kitorang gerak ke Puchong. Jiha ada buat makan-makan kecilan. Aku rasa pun takleh dia nak ajak ramai orang memandangkan perut dah 8 bulan kan. So kalau ajak ramai mesti lagi penat dan tak larat. Makan Laksa Kedah, dan koktel buah. then main-main ngan haziq yang comel.
Lepas kawtim dengan Jiha, maka kami pun bergerak ke rumah Miha pulak.. pukul 6 baru gerak.. dan lebuhraya agak heavy juga ye. tambah ngan hujan lagi. so sampai tu dah maghrib. Lepas Maghrib baru ke rumah Samiha. Ada ayam bakar, coleslow dan mash potato! lepas tu pencuci mulut ada puding roti dan kuah kastard. nyumeh. before balik tu, khairul sediakan minuman yogurt!! berperisa mangga (buat sendiri punya). cayalah!
Ok, gerak dari rumah Miha jam 9, maka tiba di rumah jam 10. Awanis mesti sampai rumah jam 11. hehe. Jiha plak kena sambung menghantar adik dia ke bas yang nak bawanye ke Kuantan. Harap2 berhasil lah sampai sebelum jam 11.
So, sekian saja laporan bergambar untuk hari ni. Dah pukul 2 dah pun. lama aku mengarang.
3 comments:
tima kasih la datang beraya umah aku yg kecik tu ye...=)
lain kali datang la lg...hehe..
Asslm. Sarah....ezrn google2 nama sndri trus masuk sini...Waah...best entry. Byk manfaat.. Nt ezrn singgah lg ye..:)
Nukilan UmmiAbi
hehe silakan ezreen :)
Post a Comment