Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 February 2014

Palestin & Syria

Minggu lepas boleh lah aku kategorikan sebagai hari untuk memperingati dua negara ini.

Palestin.
dan Syria.

Hari Sabtu.. 
Program Awareness di Uptown Kota Damansara: Pray 4 Syria & Palestine.



Perancangan awal adalah jam 9.30 malam hingga 12.00 tgh malam. yela uptown kan haruslah bermula 10 malam dan keatas. so, kita adakan persembahan artis, kutipan derma dan edaran flyers. ok, boleh sign juga. Program akhirnya drag sedikit ke 12.30pg. Hantar orang sana-sini. Maka aku sampai rumah 2 pagi.

tido.

mandi.

gerak.

Hari Ahad..
Program Kutipan Derma di Bukit Broga, Semenyih: Pray 4 Syria and Palestine.




Nama tajuk cam sama kan? sebenarnya penganjur berbeza.. So, macam zombie lah aku yang mampu tidur sejam je tu kan. Bangun tido pun kaki masih lenguh lagi, post-program uptown. tapi disebabkan pemegang bendera.. maka takde alasan untuk melarikan diri kan.. >.<

(nampak tak kat situ, get involved supaya takda alasan untuk melarikan diri :P)

both program were awesome.

post mortem.
.kena lipat gandakan lagi ilmu pasal both country. take note, and follow rapat the issue.
.get involve tak semesti angkut barang je, dan rilek2 bila sampai tapak. kena spread the awareness jugak.
.plan nicely, and optimize setiap ruang untuk achieved the goal!

ok la, till then~

Misteri.

Jam 1.35 tengahari..

aku melangkah masuk ke ofis macam biasa. Baru sudah melahap satu tupperware nasi goreng buatan kak siti. Suasana agak sunyi. Sebab rata-rata colleagues adalah keluar makan.

baru satu langkah aku dengar bunyi aneh. aku toleh. senyap.

aku gerak selangkah lagi. bunyi tadi kembali lagi.

Toleh. lama. kearah aircond di syiling. Aku rasa bunyi tu dari arah sana. Lama aku tenung.

Sehinggalah azan Zuhur berkumandang..

"Apa macam cara I pandang tadi, ada macam cerita mistik tak?" ujar aku kepada rakan sekerja tunggal yang tak keluar makan.

Dia gelak saja.

sekian~

10 February 2014

10 Febuari 2000 ~ #throwback

Kecewa betul! Januari baru ni tak buat apa-apa post! argh. ini memang rekod terburuk.

T.T

sebenarnya banyak benda nak di update. tapi..

macam takde masa. (ehem, kalau time kau dpt free time duk qadha tido.. memang le xde masa kan?)

Tapi tapi...

aku memang nak sangat update..

K, hari ni tarikh 10 Febuari 14 tahun yang lepas.. Aku masuk sekolah Taayah. Ohh.. been so long ago~

Still, masih segar semua nya dalam ingatan.
- packing barang masuk dalam beg rasa macam nak masuk kem motivasi. feeling terhad.
- masa tu adik2 semua kecik-kecik lagi. So mak ngan ayah macam rushing je nak setelkan hal aku.
- nak dekat tengahari tu mak pesan "Ok Sarah, mak ngan ayah balik dulu.. kejap lagi budak sekolah balik.. nak kena ambil adik kau lagi"
- aku pun ok.. salam, dan tengok mak ngan ayah balik. emotionless~
- masa makan tengahari.. aku tengok kat dewan makan bebudak lain makan ngan mak ayah diorang. terus aku macam sebak secara mengejut
- tak semena mena aku pi ke pagar sekolah lepas makan (dengan harapan mak ngan ayah ada lagi tengah tunggu).. walau pun aku tau mak ngan ayah dah berjam balik .. kui kui..
- tiba-tiba baru nak touching kan. haha.
- lambat!

ok tu je sesi #throwback untuk hari ni.

How i missed those sweet days..
those innocent faces.

Girls,
i missed you.

much!

13 December 2013

Endure

Waktu zezaman student dulu aku dah tak ingat dah.. aku ada ke rasa pressure sangat eh? ada kut? tapi dah lupa?

at least, nak dekat exam mesti pressure punya. oh ya, tapi masa nak hantar thesis.. tak pressure kut? Nampak cam steady jer. Kalau masa presentation lain citer lah kan.. memang tak cukup napas. ini memang simptom orang yang stage freak.

Bila da zaman bekerja ni, stress adalah antara kawan yang begitu handshake tak mau lepas lagi. So macam tu lah kan.. stress telah menjadi pengikut setia anda setiap hari dan sepanjang tahun. Lagi-lagi bila anda pi kerja dengan separa hati.. still kerja sebab banyak sangat komitmen kena bayar. so nak tanak kena kerja.

Nak dijadikan cerita ada sorang kawan aku nih.. punyalah tahap stress dia aku tak tau la tahap mana.. selalu aku nampak dia ni macam steady ja. Tapi.. uih diam tak diam..

Hujung minggu last week dia mimpi,

Dia demam.. tapi belum sempat nak sms boss bagitau dia demam so tak datang ofis. Punyalah terlupa sampai da sampai lunch hour. Da lunch hour tu, keluar pulak pi Pizza dengan husband. Entah macam mana terserempak boss kat pizza. Apa lagi hangin lah boss sebab tak datang kerja tapi lepak pizza makan makan.
"Kenapa you tak datang kerja?"
"Sakit. Tapi tak sempat lagi nak sms"
"Sakit tapi boleh pulak makan kat sini"
"Sebenarnya saya memang sakit.. blabla.."

tak sempat dia habis cakap. boss tetiba bertukar menjadi naga.. keluar api dari mulut dia, then bakar satu pizza hut.


Peh. aku rasa memang dia ni stress teruk dah ni. sampai boss da bertukar jadi monster bagai. ini memang kes serius nih. uhui~

So, for me.. just endure the stress as much as u can. kalau tak mampu, u better leave lah.. search for new environment.. gila kau.. buat sampai ke tanjung rambutan.. berat tu kes nya.

Aku? erm.. i choose to endure it a lil bit more? perhaps.. he he he..

05 December 2013

Tugas yang berat.

Sebabkan dapat tahu ada orang yang silent reader blog ni.. maka berkobar-kobar pulak nak update blog ;P rasa macam perlu bertanggungjawab pulak.

Semalam, diadakan perkongsian program yang aku tak dapat pergi 23 November lepas ..

"Rasa macam meeting UM pulak" - Ismail.

Aku pun perasan, dari kami 6 orang.. 4 dari kami adalah orang yang sama yang kami jumpa tiap kali mesyuarat bulanan while in our University Life.  *Oh, those good all days!You knew that i missed u.much.*

Now.. 2 dari 4 tu dah kahwin dan dah ada anak pun..

Ok, paling gigih adalah Samihah.. anak kecil dia belum pun sampai 2 bulan.. dan anak sulung dia next year akan masuk 3 tahun dan dia datang ke sharing session nih T.T ok nangis. gigih. Semoga Allah terus melindungi sahabat-sahabatku ini, diberi kekuatan dan kesihatan juga.. :) (dalam diam I admired her much) Ismail juga gigih. macam macam jadi kat dia, anak dan isteri. Tapi, tetap keep moving. Orang-orang power ni biasa mesti ujian hebat. kann?

Bagi aku, nak datang meeting ke nak pegi program ke.. untuk orang bujang macam aku ni.. tinggal nak berlawan dengan rasa malas je. kalau aku kat tempat samihah.. aku pun tak tau.. akan sampai kah aku ke program. woaha!

Kadang-kadang orang bertanya.. kenapa da anak berderet pun masih sibuk sibuk lagi nak buat kerja-kerja luar camni. Duduk rumah je lah jaga anak, jaga suami.

Aku macam tak berapa berkenan sikit lah dengan pandangan macam ni. Sebab berbaur selfish sangat. Hanya mahu uruskan diri sendiri sahaja. Pedulik lah orang lain. Sedangkan negara kita dan dunia hari ini dah makin tenat ni.. dan.. later on anak kita tu, akhirnya akan terjun ke dalam masyarakat jugak. Kalau kita tak berbuat sesuatu.. apa agaknya akan terjadi kepada anak anak kita?

Ya, senang untuk kita salahkan kerajaan. salahkan sesiapa keatas kebobrokan teruk yang terjadi keatas Malaysia dan dunia hari ini. Tetapi kenapa tidak kita mulakan langkah mula dari diri kita sendiri. Orang yang melangkah walau satu tetap akan bergerak berbanding kita yang hanya disini sambil menuding jari ke arah orang lain. "Ini semua kau yang salah!"

Ingat satu, kalau tidak kita, siapa? Kalau tidak disini, dimana? Kalau tidak sekarang, bila?