Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 December 2013

Tugas yang berat.

Sebabkan dapat tahu ada orang yang silent reader blog ni.. maka berkobar-kobar pulak nak update blog ;P rasa macam perlu bertanggungjawab pulak.

Semalam, diadakan perkongsian program yang aku tak dapat pergi 23 November lepas ..

"Rasa macam meeting UM pulak" - Ismail.

Aku pun perasan, dari kami 6 orang.. 4 dari kami adalah orang yang sama yang kami jumpa tiap kali mesyuarat bulanan while in our University Life.  *Oh, those good all days!You knew that i missed u.much.*

Now.. 2 dari 4 tu dah kahwin dan dah ada anak pun..

Ok, paling gigih adalah Samihah.. anak kecil dia belum pun sampai 2 bulan.. dan anak sulung dia next year akan masuk 3 tahun dan dia datang ke sharing session nih T.T ok nangis. gigih. Semoga Allah terus melindungi sahabat-sahabatku ini, diberi kekuatan dan kesihatan juga.. :) (dalam diam I admired her much) Ismail juga gigih. macam macam jadi kat dia, anak dan isteri. Tapi, tetap keep moving. Orang-orang power ni biasa mesti ujian hebat. kann?

Bagi aku, nak datang meeting ke nak pegi program ke.. untuk orang bujang macam aku ni.. tinggal nak berlawan dengan rasa malas je. kalau aku kat tempat samihah.. aku pun tak tau.. akan sampai kah aku ke program. woaha!

Kadang-kadang orang bertanya.. kenapa da anak berderet pun masih sibuk sibuk lagi nak buat kerja-kerja luar camni. Duduk rumah je lah jaga anak, jaga suami.

Aku macam tak berapa berkenan sikit lah dengan pandangan macam ni. Sebab berbaur selfish sangat. Hanya mahu uruskan diri sendiri sahaja. Pedulik lah orang lain. Sedangkan negara kita dan dunia hari ini dah makin tenat ni.. dan.. later on anak kita tu, akhirnya akan terjun ke dalam masyarakat jugak. Kalau kita tak berbuat sesuatu.. apa agaknya akan terjadi kepada anak anak kita?

Ya, senang untuk kita salahkan kerajaan. salahkan sesiapa keatas kebobrokan teruk yang terjadi keatas Malaysia dan dunia hari ini. Tetapi kenapa tidak kita mulakan langkah mula dari diri kita sendiri. Orang yang melangkah walau satu tetap akan bergerak berbanding kita yang hanya disini sambil menuding jari ke arah orang lain. "Ini semua kau yang salah!"

Ingat satu, kalau tidak kita, siapa? Kalau tidak disini, dimana? Kalau tidak sekarang, bila?

No comments: