Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

17 February 2014

Nirah & Wan . theWedding

Semalam ke Ipoh.

Wedding of the year lah kiranya untuk Bioinformatic Student. Sesi SES06.. Kenapa wedding of the year? sebab pengantin lelaki dan perempuan dua - dua pun bioinfo.

Sejak zaman belajar. sampai la ni. makan 5 - 6 tahun gak tu kan? so. molek sangat lah.

k, gambar artis setepek.


pengantin ni, memang cun orangnya. tanpa mekap pun memang cun melecun mables putih mulus gitew. so, haruslah lebih meletops di hari bahagia ^^,

Selamat Pengantin Baru Wan & Nirah!

seterusnya haruslah group photo!!


ramai sangat. campur dengan budak-budak bioinfo sekarang, dulu-dulu, dan anak-pinak bioinfo. meriah sangat. oh ya! pelamin pun sangat cantik.

Boleh tahan pecutan juga semalam. jam 9.30 dari PJ. 11.30 dah depan Dewan Bankuasi Carsem ni. ok, nanti pasni kena cek speedtrap.

k tu je.

[Photo credit to Basyee FB]

12 February 2014

Home For The Aged 2

Assalamualaikum dan selamat petang..

Ok jam dah 6.07pm. Officially dah habis waktu bekerja. So update blog sat.

Hari ni ofis buat Charity event. Program ni actually adalah yearly activity yang di buat selepas CNY. Kira time tu lah diorang akan bagi angpow sekali. Kalau korang perasan, aku pernah cerita pasal ni dulu, 2012 kat sini

Masa tu awal-awal aku join syarikat ni. Bagus sebenarnya diorang ni.. istiqamah, atleast yearly. kan?

Tahun ni, instead of kita pergi rumah Charis (Home For Aged) dan Tong Sim, kami pergi sekali Rumah Penjagaan Anak Cacat Taman Megah, Shelter Home 3 (for boys) dan Rumah Charis (Home for Children)

5 rumah dalam satu hari. laju!

Great experience actually, tapi lebih bagus kalau boleh spend more time chit chat with them. Laju sangat, tak sempat nak buat apa. Hantar barang, bagi angpow, tangkap gambar. Then proceed rumah lain plak.

Ok, para mak ayah semua dah berderaian air mata.. aku harap aku boleh feel their shoes.. tapi takda anak lagi, susah untuk feel. Maafkan saya, yang memang kurang feel nih.

Bergambar depan rumah Penjagaan Anak Cacat Taman Megah.

Ok, mungkin tak sempat nak letak feeling tadi. sebab cepat sangat kan.. ala kan dah citer, aku bab feel ni lambat sikit :) till then.

Akhir-akhir ini

Akhir-akhir ini, aku sering terfikir.

jalan ini.
panjang.
dan jauh.
dan payah.

aku pun terfikir.
untuk membelok. 
berpatah balik. 

ngeri.

!==

nauzubillah.

ternyata hidup bujang juga adalah satu ujian.

11 February 2014

Palestin & Syria

Minggu lepas boleh lah aku kategorikan sebagai hari untuk memperingati dua negara ini.

Palestin.
dan Syria.

Hari Sabtu.. 
Program Awareness di Uptown Kota Damansara: Pray 4 Syria & Palestine.



Perancangan awal adalah jam 9.30 malam hingga 12.00 tgh malam. yela uptown kan haruslah bermula 10 malam dan keatas. so, kita adakan persembahan artis, kutipan derma dan edaran flyers. ok, boleh sign juga. Program akhirnya drag sedikit ke 12.30pg. Hantar orang sana-sini. Maka aku sampai rumah 2 pagi.

tido.

mandi.

gerak.

Hari Ahad..
Program Kutipan Derma di Bukit Broga, Semenyih: Pray 4 Syria and Palestine.




Nama tajuk cam sama kan? sebenarnya penganjur berbeza.. So, macam zombie lah aku yang mampu tidur sejam je tu kan. Bangun tido pun kaki masih lenguh lagi, post-program uptown. tapi disebabkan pemegang bendera.. maka takde alasan untuk melarikan diri kan.. >.<

(nampak tak kat situ, get involved supaya takda alasan untuk melarikan diri :P)

both program were awesome.

post mortem.
.kena lipat gandakan lagi ilmu pasal both country. take note, and follow rapat the issue.
.get involve tak semesti angkut barang je, dan rilek2 bila sampai tapak. kena spread the awareness jugak.
.plan nicely, and optimize setiap ruang untuk achieved the goal!

ok la, till then~

Misteri.

Jam 1.35 tengahari..

aku melangkah masuk ke ofis macam biasa. Baru sudah melahap satu tupperware nasi goreng buatan kak siti. Suasana agak sunyi. Sebab rata-rata colleagues adalah keluar makan.

baru satu langkah aku dengar bunyi aneh. aku toleh. senyap.

aku gerak selangkah lagi. bunyi tadi kembali lagi.

Toleh. lama. kearah aircond di syiling. Aku rasa bunyi tu dari arah sana. Lama aku tenung.

Sehinggalah azan Zuhur berkumandang..

"Apa macam cara I pandang tadi, ada macam cerita mistik tak?" ujar aku kepada rakan sekerja tunggal yang tak keluar makan.

Dia gelak saja.

sekian~