Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 March 2014

Pray 4 MH370

Assalamualaikum.

its indeed a gloomy day.

lepas kejadian kehilangan kapal terbang MH370 semalam 8 Mac 2014, keadaan negara menjadi sedikit kacau. ok. kelam kabut. Kali terakhir kapal terbang berhubung dengan menara kawalan adalah 2.40 pagi. berlepas jam 12.15 dan sepatutnya dijangka tiba jam 6.30pagi.

sebenarnya memang agak gempar bila hilang macam tu. Lebih lagi bila kali terakhir berada dalam radar adalah dikawasan laut!. ok nervous.

sekiranya kapal terbang memang mendarat di kawasan yang tak diketahui. sepatutnya tentu dah ada berita. sebab, minyak hanya mampu bertahan sampai 8.30 pagi semalam.

pelbagai versi.

tetapi bagi aku, selagi belum jumpa rangka kapal tu. selagi tu susah nak tau apa cerita yang sebenar. kan?

bytheway.. feel free to spend 47 minutes to watch the air craft flight incident in 2009. Sangat mendebarkan. Penerbangan Rio de Janeiro ke Paris.

"Oh no, we're going to crash" lepas beberapa minit terus senyap.


hilang pada 1 Jun 2009, lepas 5 hari baru jumpa serpihan kapal terbang dan 50++ mayat. selepas 2 tahun baru jumpa kotak hitam dan badan kapal dan 100++ mayat yang masih di kerusi. 70++ masih tak ditemui sehingga hari ini.

T.T ~

#PRAY4MH370

04 March 2014

Kematian sebuah peringatan


kematian demi kematian.
mati rasa.

aku fikir ini kematian yang indah untuk Pak Aman.

sedang bahagian aku.
belum pasti bagaimana.


25 February 2014

Rawan

malam dah semakin larut. kalau ikut kalendar masihi. ini dah di kira hari baru dah pun. lagi 7 jam macam tu dah kena bersiap pergi kerja.

ok, perasaan selalu jadi gini tau.

time da sampai kat create new post tu, tetibe jadi blank. taktaulah kadang blank, kadang macam too much in mind, tapi cant put into word.

!== haih.

hari ni macam weng sket, dengar kabaran dari kampung yang berputar sket.  petanda aku kena serius menyimpan ni. kofkof.

nantilah aku dah tenang dan otak dah berehat secukupnya.. aku try lagi menjalin ayat.

17 February 2014

Nirah & Wan . theWedding

Semalam ke Ipoh.

Wedding of the year lah kiranya untuk Bioinformatic Student. Sesi SES06.. Kenapa wedding of the year? sebab pengantin lelaki dan perempuan dua - dua pun bioinfo.

Sejak zaman belajar. sampai la ni. makan 5 - 6 tahun gak tu kan? so. molek sangat lah.

k, gambar artis setepek.


pengantin ni, memang cun orangnya. tanpa mekap pun memang cun melecun mables putih mulus gitew. so, haruslah lebih meletops di hari bahagia ^^,

Selamat Pengantin Baru Wan & Nirah!

seterusnya haruslah group photo!!


ramai sangat. campur dengan budak-budak bioinfo sekarang, dulu-dulu, dan anak-pinak bioinfo. meriah sangat. oh ya! pelamin pun sangat cantik.

Boleh tahan pecutan juga semalam. jam 9.30 dari PJ. 11.30 dah depan Dewan Bankuasi Carsem ni. ok, nanti pasni kena cek speedtrap.

k tu je.

[Photo credit to Basyee FB]

12 February 2014

Home For The Aged 2

Assalamualaikum dan selamat petang..

Ok jam dah 6.07pm. Officially dah habis waktu bekerja. So update blog sat.

Hari ni ofis buat Charity event. Program ni actually adalah yearly activity yang di buat selepas CNY. Kira time tu lah diorang akan bagi angpow sekali. Kalau korang perasan, aku pernah cerita pasal ni dulu, 2012 kat sini

Masa tu awal-awal aku join syarikat ni. Bagus sebenarnya diorang ni.. istiqamah, atleast yearly. kan?

Tahun ni, instead of kita pergi rumah Charis (Home For Aged) dan Tong Sim, kami pergi sekali Rumah Penjagaan Anak Cacat Taman Megah, Shelter Home 3 (for boys) dan Rumah Charis (Home for Children)

5 rumah dalam satu hari. laju!

Great experience actually, tapi lebih bagus kalau boleh spend more time chit chat with them. Laju sangat, tak sempat nak buat apa. Hantar barang, bagi angpow, tangkap gambar. Then proceed rumah lain plak.

Ok, para mak ayah semua dah berderaian air mata.. aku harap aku boleh feel their shoes.. tapi takda anak lagi, susah untuk feel. Maafkan saya, yang memang kurang feel nih.

Bergambar depan rumah Penjagaan Anak Cacat Taman Megah.

Ok, mungkin tak sempat nak letak feeling tadi. sebab cepat sangat kan.. ala kan dah citer, aku bab feel ni lambat sikit :) till then.