Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 April 2014

My Doctor

ok, inilah doktor (belum lagi doktor sebab baru 4th year tapi anggap sebagai doa.. ) yang menjalankan pembedahan kecil khamis lepas.


comel.
hehe.

seronok gak buat treatment kat klinik gigi PPUM nih. ada follow up, ada consultation. ^_^
dapat lak ngan adik manis ni.. dia pun ada masalah gigi berlapis (nampak tak braces dia tu) dan sekarang dia pun sedang berpikir untuk cabut gigi bongsu dia.

orang macam ni lah yang kita mahukan. berada di kasut yang sama. ^____^ 

terima kasih Dokter Ching.. semoga membesar menjadi doktor yang bermanfaat kepada anak bangsa. Dan semoga Allah datangkan seseorang untuk mengetuk pintu hatinya. Semoga terbuka hidayah. Orang yang fitrahnya baik akan mudah menerima Islam InsyaAllah. (",)

tentang ada doktor yang garang tu, kita lupakan jelah ye .. sebab memana pun takkan semua orang nice je kan :P

snippet:
by the way aku dengan yakin lelepak kat rumah kan bagitau kak siti hari ni ada MOS review. confirm gila! sebab nurse tu cakap 7 hari lepas surgery.. dan kiraan dia bermula sehari selepas operation. so aku pun cam betullah ni khamis. dah nak masuk simpang ppum aku pun sms ching.


aku pun dengan gabra sekali terus cek kad hijau. ok fine! 11/4 aku dah salah percaturan. tapi nasib baik Ching steady jer..

patut appointment 9.30 pagi tapi disebabkan aku dah tersilap, then dia pun ada kelas.. kena la tunggu sampai jam 10. Hehe, tak kuasa nak amik time slip lagi esok kan. Sikit je pun tengok ada infection ke. then dia buang kan jahitan tu..

balik tu. aku nyer keta kena blok, nak call kredit abis. naik la sat gigih p atm nak topap fon. sekali call kakak tu.. "eh takleh tolak je ke?saya tak angkat handbreak pun"

erk !==

ok phew peluh besar. so lambat ar sampai ke opis pagi nih. kesimpulan dia? kena ar ganti sabtu nih.

k tu jer.

09 April 2014

the conversation

venue: tepi tangga opis. tingkat 4.

s: hi! (sangat kuat dan bersemangat)
k: sarah!
s: yes?
k: nothing. it just that u getting slimmer. whats wrong?
s: erm jaga pemakanan dan jogging ^_^
k: *buat muka langsung tak percaya*

haha. actually, that was the power of sakit gigi! dua minggu k..

and i've lost 1.5 kilo.. !==

k tu je. bye.

04 April 2014

Minor Surgery

Akhirnya, episod encik gigi diteruskan dengan kemuncak keseraman apabila terpaksa melalui minor surgery. Boleh aku isytiharkan, dalam waktu sekarang tidak lah begitu urgent untuk membuang gigi bongsu yang terbenam senget itu. Yang lebih harus di dahulukan sebenarnya adalah memperbaiki gigi yang sedang bermasalah.

Tapi entah macam mana. Allah jua lah yang mempermudahkan setiap urusan kan? =)

Lambat laun gigi yang keseorangan tanpa pasangan untuk menggigit itu pun akan perlu di buang juga. Memandangkan, kedudukan yang senget, dan tak keluar penuh itu.

Jam 2 semalam aku sampai kat fak gigi UM. ok sesat plakkan dalam Ppum. Dulu macam dah master dah jalan dalam ke fak gigi. Lama tak gi kut, sesat sket..

Then aku masuk la.. bersama 4th year student Ching. Dia cakap Kamis tu kelas diorang untuk subjek MOS ni lah. then takda lah kena remove berapa gigi untuk kelas tu, tapi atleast kena buat sekali. So aku adalah patient kedua untuk Ching. Pembantu Ching, Afifah. Pun 4th year aku rasa.

So banyak lah sembang ngan diorang ni kan sebelum masuk OT. (wow bunyi OT mcm kes besar kan) Diorang amik keterangan semua, background family etc. Cakap ngan bebudak ni ok sketlah.. takde lah eksyen sangat. Teringat yang a week before masa aku datang nak set appointment. Dokter tu postgrade student je kut. T.T sampai hati dia mengasari jiwa halus ku .. those people kat klinik hari tu semua macam berusaha membantu. Prof Ngeow siap remind student dia "careful with her 47 there"..

Lepas amik keterangan gitu gini, sign consent form. aku pun di bius, ok waktu ni macam sakit sket dia buat.. tak biasa lagi kut. biasa jugak aku kena bius. dia nampak je aku macam sakit terus dia.. "kak sorry aa" sebab kan Ching ni comel dan bersopan. so aku maafkan. heuhue..
(oh ya.. antara risiko minor surgery ni, dia maybe bleh kacau saraf. some area kat rahang area jawline could affect. adik ni cakap maybe boleh bawa ke 6 bulan - seumur hidup. Tapi kes ni 0.03 persen la, terpencil. But the risk still there)

Lepas macam aku punya muka numb sebelah.. aku pun di bawa ke OT. dia selimutkan, then tutup mata. Reason diorang, masa the surgery tu berlangsung, diorang akan guna blade dan beberapa lagi barang tajam, takut tercampak masuk mata. Ok, ngeri.

Setelah mataku ditutup, maka tawakalku waktu tu entah setinggi apalah pada Allah. huhu~ dan proses pun berlangsung. Sebenarnya tak rasa sakit bila proses tu berlangsung. Sebab dah kena biuskan, tapi anda akan tahu dari bunyi bunyi yang didengari. Ok, Prof Ngeow adalah SV yang menunjukkan Ching cara buat. Macam dia drill tu, dia buat sikit.. then pass back to Ching. Jahit pun sama mcm tu, dia tunjuk satu then Ching sambung. Ok, they once touch my nerve tube. Hampir nak melompat gak lah. Nasib then diorang perasan itu adalah nerve, then dia pun eksplen kat student dan aku sekali lah betapa nasib baik diorang drill tak sampai ke dalam lagi. (perhaps i might b the 0.03 persen? woah.. ngeri)

Pembedahan start around 3, by 4 macam tu dah habis. Aku punya pipi macam kebas lagi.. bius banyakkan.. sekali sampai rumah.. nak dekat senja gitu.. bius dah fully habis. Pergh hazab!!

Sepanjang aku berkecimpung dalam arena pergigian ni.. memang ini paling win lah. huhU~ so semalam aku layan 2 bijik ponstan.. tak delah hilang sgt sakitnya pun.. tapi betterlah. :)

Hari ni sakitnya dah ok sikit lah.. boleh tahan lagi tanpa ponstan. Luka nak sembuh memang perit sikit. Ulser pun kan macam tu. So, sabar sikit InsyaAllah.

Ok sekian dulu laporan.

28 March 2014

3 hari, 3 klinik.

a bit update.

beberapa hari lepas aku diserang sakit gigi. maka, rabu selepas kerja (elok plak tu tetiba usrah tunda), aku pun pi la klinik gigi nih. show doc pasal gigi aku yang dah berlubang. aku rasa klu tak doc tu nak tampal terus je. tapi disebabkan aku bncg balik ngan dia sebab kan gigi aku tu tgh sakit.. so boleh tak delay. Dia pun ok je.. dia kata lagi bagus. So aku keluar dari bilik tu dan tunggu ubat. doktor bagi antibiotik untuk tiga hari, ubat bengkak dan painkiller.

ok. aku tak mention pulak pasal gigi bongsu yang impacted tu.

malam tu bila nak tido aku dah rasa macam tak senang. even da amik pain killer sakit tak mo hilang. masa tido lak, selang 2 jam akan terbangun sebab kan unbearable pain. sob sob.

khamis tu aku bangun macam biasa dan pegi kerja, walaupun rasa keradangan dia tu dah mencucuk ke telinga. nak nak time tu pulak boss nak macam macam, makin memuncak lah aku punya pressure. tengahari sikit, kepala aku da panas macam nak meletup.. tangan plak sejuk macam ais. aih, lain macam dah ni.. memember semua suruh minta keluar gi klinik.. tp aku tahankan dulu, dah half day kan.. baik tunggu sampai habis je dulu. tapi memang takleh fikir la.. kepala cam bengang je. Rasa nak marah semua orang.

balik tu. aku pi klinik mediviron lak. klinik panel ofis.

aku cerita la kat doktor reason aku sakit gigi. tp before ni da pernah jumpa doc gigi. aku sajalah mention sebab nanti kut dia nak bagi ubat, takda lah redundant gitu. da habis sembang aku cakap..
"dokter, boleh tak bagi MC untuk esok"
dokter tu, macam mengamuk sikit, mungkin dia bajet aku orang yang suka amik MC utk ponteng kerja kut? huhu.. (ni baru first time kut aku nak amik MC sepanjang 2 tahun lebih aku kerja kat tempat baru ni.. doc ni bagi layanan cenggini plak !==) aku cakap, aku takleh kerja sebab sakit sangat. dia kata, doc gigi bagi painkiller tu untuk tu lah. panjang lagi lah perbualan tu. aku tak tau lah sebenarnya dia marah ke apa. tapi nada suara dia makin meninggi lah.. beberapa kali jugak dia tanya,
"u faham tak apa saya cakap ni"
last last tu aku give up, aku try guna cara terakhir..
"oklah doktor, kalau doktor tak boleh kasi MC sebab sakit gigi, doktor bagi MC sebab saya demam je lah"
time tu baru dia nak ukur suhu badan aku. T.T sob sob. pastu barulah dia cakap yang aku ni dapat demam panas dah ni, so dia akan bagi MC dan nak tambah kan dose ubat aku. wargh~ sedih giler aku. Nak dapat MC pun kena bergaduh dulu. cik puan dokter, saya ni kalau demam biasa2 je, saya pegi je ofis tu tau.. xde maknenya nak amik MC, ni sebabkan sakit gigi sampai takleh fikir je saya gigih nak dapatkan MC.

malam tu, which is malam semalam. aku pun makan la ubat dia kasi tu. ubat yang rare aku dapat.. apo-gabapentin. aku rasa ubat ni adalah dadah kawalan. power giler, aku makan tak sampai seminit da high. haha. doc cakap ubat ni dia blok saraf, kira fungsi lebih power dari ponstan. huahua.

ok, masuk hari jumaat. disebabkan dah alang-alang MC, so aku pun pergilah ke fak dental UM. nak buat appointment untuk minor surgery impacted wisdom tooth.

masuk je kat sana, ada first doc check up. doc perempuan, aku syak dari timur tengah tapi tak komfem which country. dulu back in Jun 2011 doc ni jugak cek aku, tapi sekarang dia da pandai cakap melayu. hehe. doc tu tengok mulut aku macam bertakbir je. mesti amaze banyak sangat kerosakan. hukhuk. gitu gini pas pulak kepada bahagian pembedahan mulut. sekali kena ceramah plak dengan dokter gigi kat situ !==
"u kalau tak jaga gigi u baik-baik, lagi 5 tahun habis rongak semuanya"
ok doc, u really hurt my feeling, thanks by the way. so appointment aku dah dibuat pada khamis depan, aku harap semuanya lancar. budak 4th year amik kes aku tu, chen nama dia.

kak siti ada tanya aku, kenapa nak pergi fak dental um jugak? pergi jela klinik gigi goverment yang lain. aku jawab je lah, sebab dental um dah ada rekod aku. aku agak kalau aku tau cerita dia gini, dari awal aku da cabut ke klinik gigi bangsar.

dua dokter yang marah aku ni, adalah dokter cina perempuan. aku taktaulah apa yang diorang emo sangat ngan aku. yes gigi aku buruk, so what? waaarghh.. tibe tibe aku nangis balik kan. hahaha.

klah, aku perasan lama tak berblog. tu yang tulis cerita panjang lebar ni.. bolehlah buat korang layan kan time bosan bosan kan.. btw sorryla post kali ni luahan rasa jer :P

09 March 2014

Pray 4 MH370

Assalamualaikum.

its indeed a gloomy day.

lepas kejadian kehilangan kapal terbang MH370 semalam 8 Mac 2014, keadaan negara menjadi sedikit kacau. ok. kelam kabut. Kali terakhir kapal terbang berhubung dengan menara kawalan adalah 2.40 pagi. berlepas jam 12.15 dan sepatutnya dijangka tiba jam 6.30pagi.

sebenarnya memang agak gempar bila hilang macam tu. Lebih lagi bila kali terakhir berada dalam radar adalah dikawasan laut!. ok nervous.

sekiranya kapal terbang memang mendarat di kawasan yang tak diketahui. sepatutnya tentu dah ada berita. sebab, minyak hanya mampu bertahan sampai 8.30 pagi semalam.

pelbagai versi.

tetapi bagi aku, selagi belum jumpa rangka kapal tu. selagi tu susah nak tau apa cerita yang sebenar. kan?

bytheway.. feel free to spend 47 minutes to watch the air craft flight incident in 2009. Sangat mendebarkan. Penerbangan Rio de Janeiro ke Paris.

"Oh no, we're going to crash" lepas beberapa minit terus senyap.


hilang pada 1 Jun 2009, lepas 5 hari baru jumpa serpihan kapal terbang dan 50++ mayat. selepas 2 tahun baru jumpa kotak hitam dan badan kapal dan 100++ mayat yang masih di kerusi. 70++ masih tak ditemui sehingga hari ini.

T.T ~

#PRAY4MH370