Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 June 2014

Ramadhan 1435 (pre)

wah wah wah! pejam celik


tinggal 3 hari kepada bulan Ramadhan. nervous.
bertemu lagi kekasih yang dirindui, semoga.

so,

layan playlist ramadhan jom!


ok touching eh?
shed d tears.. 
&
lets counting together

oh ya, jangan lupa untuk mendampingi Alquran

23 June 2014

terlanjur kata

#throwback 

masa tu mungkin beberapa tahun lepas. dan aku di awal 20-an. baru kerja. masa tu, berkenalan dengan seorang kakak yang sama singgah di Surau Ad-Deeniah PPUM untuk menghadiri kelas pengajian.

"umur akak berapa?"
"28" (aku tak sure 28 atau 26)
"tak kahwin lagi?" kakak tu geleng je
"kenapa?" soalan innocent budak tak berapa nak matang
seyum. "belum sampai jodohnya dik"

bila aku ingat balik citer ni, aku rasa macam nak tampar je diri sendiri balik. !==

bila umur aku pun dah nak baya kakak tu, betapa aku merasa sangat tak patutnya aku bertanya soalan sedemikian rupa. aiyark~

aku harap kakak tu dah kahwin, dan aku harap kalau kakak tu baca blog aku ni,
"kak saya minta maaf"
sobsob.

sebenarnya aku bertanya tu bukan lah dengan nada macam..
"eii da 28 tp tak kawen lagi?!" (terkejut dan annoying)
tapi sebenarnya aku hanya wonder, kenapa ramai anak gadis lambat kahwin dan dengan innocent nya betul-betul nak tanya reason. huhu~


only a question. but, it might hurt others feeling. perhaps?

moga Allah terus memanjangkan kesabaranku sehingga aku bertemuMu Ya Allah. T_T

19 June 2014

baru.

disebabkan ofis baru, so kenalah belajar jalan baru kan.. jalan sebenarnya adalah senang je. sebab dalam dua minit dari rumah terus masuk highway. biasanya kalau pagi tu akan banyak kereta lah. tapi takdelah sampai jam. dalam 20 minit dah boleh sampai.

tapi.

masa balik, punyalah hazab. selama 3 hari aku kat tempat baru ni, tak pernah la nak sampai rumah sebelum 7 malam. dan dalam 3 hari ni tetiap kali aku akan guna jalan berlainan. puhaha!

dasar.

ala aku dulu mana kenal erti jamm ni, so mestilah berusaha keras nak cari gak jalan yang tak jamm. sejak aku kenal google maps, benda ni dah jadi member rapat lak dalam keadaan macam ni. so semalam aku try discover jalan sendiri.

sekali kau, masuk jalan one way. cemas. hampir nak berlaga dengan kereta mamat cina ni. huahua. nasib tak kena maki !== (kalau dia maki pun acane nak dengar kan.. dalam kereta.. ahaha)

bagi aku, jalan tu jauh sikit pun tak pe lah, as long trafik bergerak. kalo jalan yang jenis, selang 2m tekan break tu memang tak berkenan lah.

so semalam macam dapat discover jalan baru. sebenarnya xdela baru sangat pun. hehe. tapi less car lah. boleh try lagi jalan yg sama petang ni? perhaps.

kerja?

ok headache sangat. tanak citer. kbai.

[*kat tempat baru ni member sebelah cam tak banyak cakap, so aku bercakap kat sini je lah. maybe merentas horizon akan ada post yang lebih kerap? heuheuheu.. ]

14 June 2014

Internal Transfer. Again.

"Boss, nanti u mesti rindukan kak Sarah kan?" - adik Fiqa
"Paling" - Mrs A

oh men! dalam hati aku taktau lah macam mana nak cakap. bercampur baur. dan aku langsung tak harap dia akan respon macam tu !==

life is like a boat. ada yang kita suka, xbalas kesukaan kita. dan ada yang kita takda lah suka mana pun, dia suka kita pula. oh man, deal with it as an adult please!

ok

oh ya, btw to be informed that i will no longer be in Old Klang Road Office starting on this Monday 16 Jun. Ok sekali lagi, tukar division. Haih~

Aku rasa the air will be different soon.. new boss dah datang office petang semalam before habis kerja..

"See u at new office soon, i got urgent task waiting for you" - Mr. K

harapan aku yang rasa nak meringankan sedikit beban kerja macam hancuss tetibe.. berkecai bak kaca.

macam mana menyesakkan dada pun, life kena teruskan.

its just an air, just breath it! *phew*


(gambar semalam, mencungap menghabiskan tugasan !==.
Alhamdulillah sempat juga before maghrib)

Life is a journey, do cherish every moment in it.

Hijrah, sinonim dengan perpindahan kepada yang lebih baik.
Lets find the good side of it!

Gambateh, Sarah!

08 June 2014

Sisa

semalam.

+pagi. bersama dengan 20 orang akhwat ikram PJ menjadi usherer di Masjid Wilayah. (i think collaborate with Ikram WP) untuk majlis pelepasan konvoi bikers program Global March to Jerusalem (myGMJ).



alhamdulillah. short noticed. tapi berjaya dikumpulkan.

+tengahari. ke rumah nasyrah. makan-makan. small reU.

+lewat petang - tengah malam. ke shah Alam, kemuncak program myGMJ. check point terakhir konvoi bikers, ada sajak, ada lagu, ada flash mob, oh dan tarian palestin.


pengajaran dari kisah.

+perkara satu+
masa program pagi, cerita ni dari fauhan. toward the end of the program before kami orang left the scene. maka task terakhir adalah membersihkan semula kawasan pendaftaran iaitu anjung c masjid wilayah. fauhan yang begitu rajin mengutip sampah sarap, termasuklah lebihan nasi lemak yang dimakan separuh jalan.
fauhan. *kutip nasi yang separuh da makan, nak masukkan dalam plastik hitam*
broA. "Eh nak buang ke?"
fauhan. *angguk*
broA. "Jangan buang, biar je situ nanti saya habiskan"
fauhan. *berasa segan dan terus berlalu*

moral: orang kat negara lain starving, tapi kita buang buang je makanan, walaupun nampak macam sisa orang, tapi bro A tu sanggup habiskan makanan tu.. nak mengelakkan dari berlaku pembaziran. T.T takutnya. aku selalu makan tak abis .. 

+perkara dua+
masa program malam, toward the end. ramai yang dah balik meninggalkan dataran. program habis sekitar 12 tengah malam. Jadi sebelum jam tersebut ramai yang dah balik. ada mungkin yang tanpa sedar dah tertinggalkan sisa mereka, seperti tin kosong, plastik beli barang dan straw. aku pun pasang niat, ok nanti balik aku nak kutip sampah tu. tapi tak sempat habis program, aku tengok tin kosong dah takde, plastik pun. hanya tinggal straw. beberapa orang ada lalu, tapi straw tu hanya dipijak pijak saja. sehinggalah ada seorang budak ni, dia terpijak, berhenti dan kutip. *touch* tengok orang buat baik sangat menyentuh perasaan tau. lagi lagi kalau anak muda. anak muda teras masyarakat!!

moral: nak buat baik mohon jangan bertangguh. siapa lambat, orang lain rembat dulu pahala tu.

oh ya!

masa hantar fauhan balik habis event pagi. ada something shocking us! actually mengharukan. pakcik guard rumah fauhan tengah layan alquran terjemahan sambil jaga palang guard.
maka, apa lagi alasan untuk kita tidak membaca alquran? sobsob.. tamparlah muka anda berkali-kali jika pandangan kehidupan seperti ini pun tak mampu menyedarkan anda.

Bangun! dan berubahlah.