Dah lama tak buat karangan summary..
1 Syawal.
Meraikan bersama keluarga Basri di Kg halaman, Kg Gajah, Perak nan permai. bersama dengan kelembutan warna pagi dan redup pepohonan yang merendang, gambar family tahun ni kurang seorang. Heuheu.
Tunggu sampai petang si Naim tak balik balik. so kat rumah je melantak tanpa ke mana-mana. Tunggu orang mai rumah saje. So, adelah ketibaan acik, anak2 ayah lang dan keluarga ayah andak.
Lewat petang barulah tibanya baby Muadz sekeluarga ke rumah banglo oren kami. :)
2 Syawal.
Balik kampung mak sat, Sg Buloh, Kuala Selangor. Pergi rumah mak long&mak ude, mak ngah, mak lang. Pastu patah balik rumah maklong sambil layan BBQ dengan keluarga besar atuk Yunus :) Lewat malam pas maghrib, kami pun gerak balik ke Perak. (abang yajid da bawa mami baru untuk Rayyan ke rumah, mungkin tak lama lagi.. ada lah gamaknya kenduri lagi? Hehe..)
3 Syawal.
Hari Rabu, Huda (Taayah) ajak datang rumah dia kat Air Kuning. Ada laksa katanya. Maka, disebabkan dah beberapa kali dia ajak datang singgah rumah dia sebelum ni.. aku pun pegi la juga. Berjaya gak la aku heret najiha sebagai peneman. Jauh gak rumah Huda ni sebenarnya. Then, bila da sampai rumah, ayah ajak lak beraya rumah opah (which is mak tiri ayah). Lepas Asar pergi rumah opah, dan sepupu opah.. pastu sampai rumah balik dalam Isyak camtu. Oh, Nashriq (PJ clan) kata nak mai, tapi clash lak timing ngan aku p rumah Huda, so tak dapat la nak welcome dia. Sorry Nash. Next time, insyaAllah.
4 Syawal.
Raya ke empat disambut dengan ke kebun. Hehehe. Lama giler tak gi kebun ni. Last time rasanya masa sekolah rendah dulu. Pergi ramai ramai kutip durian. Ayah cakap nak masuk kebun nak amik buah dukong. Puas ayah ajak hero-hero dia, tapi semua macam taknak layan ayah jer. So, aku pun lobi la Najiha sekali lagi. Maka kami lah yang unsung heroin ni ke kebun. Sampai sana nasib ada Tok cik dan anak menantu nya sekali tengah kutip rambutan dan durian. Aku memula tengok pokok dukong tu cam konfiden je nak panjat. Tapi lepas fikir, rasa cam tak konfiden lak nak turun. Hehe, last2 minta tolong anak tok cik yang tolong panjat, aku kutip kat bawah je :P. Dapatan hari tersebut berupa, durian, rambutan, pulasan dan dukong.
5 Syawal.
Jumaat? Hari ni enjoy bersama family saje. Hehe. Lepas Jumaat, Naim dan family dia balik ke Kuala Kangsar. Farah akan sambung berpantang bersama mak dia kat sana. Pastu petang sikit lepas Asar, kami orang the Basri's Daughter with their parent menuju pula ke Seri Iskandar, mencarikan tiket adik lelaki kesayangan nak balik KT dah. Habis le dah cuti raya nye. Lepas beli tiket, sembahyang semua singgah lak kat kedai makan jap. Then balik ke rumah.
6 Syawal.
Pagi lagi menerima kunjungan dari sahabat Karisma, Puteri dan Fadzly, diorang balik, Samihah dan Khairul lak mai. Menu untuk mereka? buah-buahan tempatan. Hehe first time ajak kawan2 PJ mai rumah. Lol. Then petang sikit pi open house rumah Amal (SKDS) tapi takleh nak lama pun. Sebab Ana Leman (Taayah) kata nak singgah. So dekat maghrib gak dia sampai. Selain Ana Leman, Kak Ainil dan Akhi Akram (IKRAM PJ) sekeluarga juga ada dtg.
Terima kasih la semua yang sudi datang rumah kami yang serba sederhana ni :P
7 Syawal.
Pulang ke kota raya. Niatnya nak gerak jam 8 pagi, tapi terperdaya lak ngan Astro (ni semua salah Fox movies!). heuheu. Atlast jam 11 baru gerak, 12.30 camtu singgah lak rumah Ana Leman dekat je dengan exit Slim River. Makan, sembang. 1.30 sambung perjalanan.
Sampai PJ around jam 3 petang. Duk kejap bertenang, pastu kul 6 start enjin g Shah Alam jap rumah Awanis. Beraya kononnya (sebenarnya nak amik sweater.:P Serampang dua mata org kabo.)
Sekian sajalah coretan jurnal Syawal saya sempena mengambil cuti selama seminggu. huhu~