"eh betul ke kiamat 2012? saintifik kata gini gini.. mesti betul.. "
paling baru, ada pulak yang kaitkan dengan hadis nabi tentang kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.
"21.12.2012 = Jumaat. Adakah kiamat berlaku hari tu?"
hebat betul segala perancangan Benedictine dan New World Order. Sampai macam ni dia bleh pusing otak Muslim sekalian..
sah-sah dah dari kecik kita belajar yang Hari Kiamat termasuk dalam perkara ghaib yang kita xtahu.. Buat apa lagi mahu di teka-teki..
Kadang2 aku terfikir, yang dok kecoh sangat nak tahu bila ni masalahnya apa?Adakah jika dengan pengetahuan tersebut bolehlah 'bajet' masa bila mahu ber'taubat'?Begitukah?
Serasanya.. peringatan-peringatan tentang Hari Kiamat itu sendiri sudah cukup untuk kita gerun dan memulakan usaha amal Islami buat bekal diSana..
Janganlah sampai kita menjadi seperti Yahudi, bertanya itu dan ini.. namun tetap jua menyimpang dari Ajaran Tuhan,nauzubillahminzalik..
AlMulk, 25-26:
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
Bergeraklah menambah ilmu dan belajarlah menjadi hamba terbaik.
#siriThrowback