Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 September 2014

mendung..

mendung di langit nampak kelabu,
mendung dihati tak siapa yang tahu..

Back to PJ office once a while seems good, sometime it feel like home. I dont know, maybe the feel wouldnt last.. as the person that so dear to me will be leaving soon. one by one.

"Hi.."
toleh, senyum.
"so bila your last day?"
"oh u pun tau aa.."
"mesti tau ma, orang penting mesti semua orang tau"
"belum dapat letter"
"so, u got company offer already?"
"ya. s'pore company"
"what language u will use?"
"tak tau lagi, but the post is software engineer, semua pun buat"
"aaaahh, u semua pun boleh kan? java, objective c, php. u nampak tak why u so hot??"
"no lah"
"haih, sad lah macam ni"
"why?? no need to sad"
"eh memang macam ni punya, if come to farewell kalau u tak sedih pun, u mesti kena cakap sedih kan?"
dia senyum jer, mesti malas nak layan aku.
Of course kena cakap macam tu kan. Takkan nak admit sedih? gila tak cool. haha!

ok, another one go.
how to put the strength again? when all the strength that i collect and try to gather it,
Fall.. 

one by one.

will it come a day, when i have no strength at all?
and i decide to follow the current?

**ofcourse this is schedule post! mungkin aku sekarang sedang berpenat lelah dan memerah keringat menuruni chemerung, time to come back to PJ! haha. poyo! k, till then. saja nak teman korang kerja hari ni :P

12 September 2014

excited + nervous

ok.

ini first time in whole life nak gi camping. haha! excitedkah? sebenarnya lebih kepada nervous.
err.. kalau nak ikut sebenarnya banyak kali gak dah duk camping masa univ life dulu. tapi masa tu camping takde lah hardcore dalam hutan bagai kan. duk camp site yang sedia toilet dah.

tapi kali ni,
nak camping kat dalam hutan yang kalau nak membuang pun kena gali sendiri. fuooh!

excited sebab antara aku punya mimpi gak zaman kanak-kanak dulu.. akan menjadi kenyataan. In the same time nervous sebab, bila dah tua tua ni dah terbiasa dengan semua tersedia.. so sikit risau disitu.


T.T

doakan semuanya ok.
till then.

oh btw, aku takde idea nak menaip minggu ni. while im away, there will b no scheduled posts left behind to entertain u all

have a fun weekend peeps!

11 September 2014

lelah

To err is human. To err is also to code.
Creating an error-free program is impossible because
try as hard as we might, there will always be bugs.

"akak ni selalu cakap xde stamina tapi hari tu saya tengok laju jer, saya pun pancit"

ehem.
bila kita tak berapa nak kuat.
bila tak berapa nak bertenaga.

hanya keinginan untuk habis,
berbekalkan harapan kepada Allah sajalah another lifeline to chase the goal.
Dialah yang Maha membantu segala sesuatu.

hope day become brighter soon~

>.<

10 September 2014

Hukum.

Ok. tidak dapat dinafikan, dewasa ini aku kadang-kadang tidak ketinggalan menjadi salah satu tempat bertanya. Tugas? sama macam kaunter pertanyaan. Ingat tak last month ada aku cerita tentang non-muslim friend aku yang sibuk tanya pasal ISIS dan some issue regarding muslim and other religious around the world?

Kalau non-muslim punya soalan biasanya dimulai dengan, kenapa..
Tapi kalau muslim selalunya.. apakah hukum..

Nampak jelas disitu.. suka sangat menghukum. tu sebabnya! haha.. hukum is an issue, kefahaman is another big issue ye kawan2. Kalau kita jelas tujuan hidup. faham, hadam. InsyaAllah xde isu hukum dah. Macam math, bila kita faham konsep.. berbekalkan latihan yang berterusan.. insyaAllah boleh jawab punya.
[err bleh dpt ke maksud yg nak aku sampaikan ni?]

Berbalik kepada soalan. Kalau soalan tu, contoh:
macam mana kalau saya datang solat lambat, imam da masuk rakaat ketiga. Apa saya nak buat? 
Kalau macam ni oklah, boleh lah aku terus jawab. Soalan ni aku pernah dengar sepanjang membesar. Sekali semalam aku dapat soalan cenggini:
Saya ni minat lah genre seram, hantu dan mistik ni. Untuk Oktober dan November ni, USS Studio Singapore ada buat theme Haloween untuk Theme Park diorang. So, sebab kan genre yang saya suka.. saya pun beli tiket. Tapi sekarang saya ada sikit confuse, apakah hukum saya pegi ni? Adakah dikira sebagai menyambut Haloween jugak?
Nampak tak betapa bekecamuknya jiwa aku dengan soalan macam ni?! Tentang soalan yang kat atas tu, aku tak nak komen panjang lah. Sebab dia ada menyentuh banyak bahagian yang perlu diambil perhatian.

Lebih kurang isu karoke dan wayang jugak lah.
Untuk kes-kes macam ni aku selalu cakap 'buang masa semua tu!' layman punya bahasa kan.

Aku ambil satu petikan kisah dari blog lain yang aku rasa sangat relevan untuk dikongsi.

Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati jalan, akhirnya Baginda SAW terserempak dengan sahabat sedang asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihat kelakuan mereka itu, lalu Rasulullah saw berkata: "Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan.

Tetapi sahabat menjawab: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap-cakap dan berborak sesama sendiri. 


Kemudian, Baginda SAW memberi pilihan atau jalan keluar daripada amalan itu dengan berkata: "Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini."

Mereka pun bertanya: "Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: 'Tundukkan pandanganmu, elakkan diri daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

sumber: mukmin.com.my

Cuba kita cek balik, kalau refer balik kat hadis kat atas ni, sebenarnya ia lebih besar dari isu buang masa. Nampak tak betapa Rasulullah saw itu mengajar kan kita untuk menjadi manusia yang bermanfaat. Sehinggakan kalau nak duduk kat tepi jalan pun kena menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.

Jadi sahabat sekalian. Ayuh persoalkan balik, bila kita ke tempat2 hiburan seperti tersebut, adakah kita melakukan amal makruf nahi mungkar?

*aku pun ingatkan diri aku ni, sebab kadang kita mungkin tak pergi wayang, sebaliknya layan drama kpop atau download movie dan tengok kat rumah. Ketika itu, adakah kita dikira melakukan amal makruf nahi mungkar pada diri kita? zalimnya.. T.T

Allahu Akbar.

sekian.

09 September 2014

Soul Pancake

Give the world reason to dance

Ok, i got attached to this new Youtube Channel. (Ok, hari tu wasap, kemudian FB, now adalah youtube. hedo sangat k) So yummeh.. ^.^

Nah, give u all try to taste it.


By the way after hopping one - two video, i start to wonder, who actually is this kid president? Then i found the link below..


And, this is amazing. Create something that make the world awesome!

May this positive vibe, give you better spirit today.

Keep moving peeps!