Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 September 2014

Hukum.

Ok. tidak dapat dinafikan, dewasa ini aku kadang-kadang tidak ketinggalan menjadi salah satu tempat bertanya. Tugas? sama macam kaunter pertanyaan. Ingat tak last month ada aku cerita tentang non-muslim friend aku yang sibuk tanya pasal ISIS dan some issue regarding muslim and other religious around the world?

Kalau non-muslim punya soalan biasanya dimulai dengan, kenapa..
Tapi kalau muslim selalunya.. apakah hukum..

Nampak jelas disitu.. suka sangat menghukum. tu sebabnya! haha.. hukum is an issue, kefahaman is another big issue ye kawan2. Kalau kita jelas tujuan hidup. faham, hadam. InsyaAllah xde isu hukum dah. Macam math, bila kita faham konsep.. berbekalkan latihan yang berterusan.. insyaAllah boleh jawab punya.
[err bleh dpt ke maksud yg nak aku sampaikan ni?]

Berbalik kepada soalan. Kalau soalan tu, contoh:
macam mana kalau saya datang solat lambat, imam da masuk rakaat ketiga. Apa saya nak buat? 
Kalau macam ni oklah, boleh lah aku terus jawab. Soalan ni aku pernah dengar sepanjang membesar. Sekali semalam aku dapat soalan cenggini:
Saya ni minat lah genre seram, hantu dan mistik ni. Untuk Oktober dan November ni, USS Studio Singapore ada buat theme Haloween untuk Theme Park diorang. So, sebab kan genre yang saya suka.. saya pun beli tiket. Tapi sekarang saya ada sikit confuse, apakah hukum saya pegi ni? Adakah dikira sebagai menyambut Haloween jugak?
Nampak tak betapa bekecamuknya jiwa aku dengan soalan macam ni?! Tentang soalan yang kat atas tu, aku tak nak komen panjang lah. Sebab dia ada menyentuh banyak bahagian yang perlu diambil perhatian.

Lebih kurang isu karoke dan wayang jugak lah.
Untuk kes-kes macam ni aku selalu cakap 'buang masa semua tu!' layman punya bahasa kan.

Aku ambil satu petikan kisah dari blog lain yang aku rasa sangat relevan untuk dikongsi.

Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati jalan, akhirnya Baginda SAW terserempak dengan sahabat sedang asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihat kelakuan mereka itu, lalu Rasulullah saw berkata: "Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan.

Tetapi sahabat menjawab: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap-cakap dan berborak sesama sendiri. 


Kemudian, Baginda SAW memberi pilihan atau jalan keluar daripada amalan itu dengan berkata: "Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini."

Mereka pun bertanya: "Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: 'Tundukkan pandanganmu, elakkan diri daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

sumber: mukmin.com.my

Cuba kita cek balik, kalau refer balik kat hadis kat atas ni, sebenarnya ia lebih besar dari isu buang masa. Nampak tak betapa Rasulullah saw itu mengajar kan kita untuk menjadi manusia yang bermanfaat. Sehinggakan kalau nak duduk kat tepi jalan pun kena menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.

Jadi sahabat sekalian. Ayuh persoalkan balik, bila kita ke tempat2 hiburan seperti tersebut, adakah kita melakukan amal makruf nahi mungkar?

*aku pun ingatkan diri aku ni, sebab kadang kita mungkin tak pergi wayang, sebaliknya layan drama kpop atau download movie dan tengok kat rumah. Ketika itu, adakah kita dikira melakukan amal makruf nahi mungkar pada diri kita? zalimnya.. T.T

Allahu Akbar.

sekian.

No comments: