Aku sampai ke PJ adalah pada jam 3.30 pagi. Begitu begini, pukul 4 juga lah aku masuk tido. Sebab kan dah terlewat sangat, maka aku terbangun subuh agak lewat, 6.45. Kelam kabut. Sebabkan dah buat schedule aktiviti untuk Hari Malaysia, maka aku paksakan jugalah sendi2 yang keletihan untuk bergerak jugak.
Dalam jam 8.30 aku pun bersiap lah nak ke Taman Jaya. Semalam ada program Negara-ku. Sebuah gabungan NGO dalam menuntut negara yang lebih baik. Ini percubaan pertama jugalah aku join mass event yang gather several races. Selalu duk program yang Melayu Islam jer kan. Its a kick start i think. :)
Tu aktiviti pagi la. Lepas tu balik rumah jap, kemas-kemas barang balik dari Terengganu semalam. Tengahari tu, pergi kenduri Sofwah :) Alhamdulillah, bergelar isteri dah sahabat kita ni. Dulu selalu cakap kat Sofwah,
"Akak rasa Taman Medan ni da macam kg awak da Sofwah, mesti orang kat sini lebih kenal awak dari orang kampung awak"Rupanya, memang betul2 berjodoh dengan orang Taman Medan. Barakallahulakuma dik ;)
Lepas kenduri, sampai rumah dalam 3.30 petang. Buat several kerja sikit, then tertido. Bangun dah 4 lebih. Solat Asar, kemudian bergegas pergi usrah. Usrah semalam ada beberapa perkara yang sangat menyentuh hati. Sambil baca ayat sambil bergenang je air mata. Rasa macam dosa-dosa silam makin memberat pulak. Takde masa dah nak larikan diri dari masalah, melainkan kita lah yang perlu bertanggungjawab untuk face the problem. Dan semakin lama kita check list, semakin salah itu kembali kepada diri sendiri. Allahuakbar.
Balik dari usrah, singgah Isyak. Sampai rumah, sempat lah aku makan sikit kut? then pengsan untuk kesekian kalinya.
Semoga akan ada kesempatan lagi untuk membaik. Terima kasih Allah untuk setiap nafas yang terus kau pinjam kan untuk ku sedut dan hembus, untuk ku membaik dan berlari kembali. =)
belanja sikit, gambar dengan baby comel hannan. Comel tapi garang!
p/s: i owe u CBL Trip story. InsyaAllah soon~