Umur dalam 20an ke 30an adalah fasa untuk kita kenal betul-betul diri kita, dan apa hala tuju yang kita nak pergi dan betul-betul fokus on.
Banyak dah contoh orang-orang zaman lalu yang kita boleh jadikan sumber rujukan. Orang muda/syabab memang itulah cirinya.
Dalam perjalanan aku mendepani hidup ni banyak dah aku tengok jenis manusia.
1. Berniaga Shaklee - ini memang paling berlegar di sekeliling ku. Ada beberapa senior yang aku kenal memang berjaya betul dia dengan Shaklee ni, siap beli rumah hasil perniagaan ni lagi. Aku rasa kurang lebih 2-3 tahun je dia start.
2. Bergunung - kadang-kadang bila aku join outdoor club ni, aku admire jugak dengan budak budak yang fit naik gunung, Naik gunung berlari. mampu? peh
3. Aktivis masyarakat - ada juga yang masa muda ni berjuang habisan untuk mendapatkan hak masyarakat. Pelbagai cara dilakukan.
Aku bagi tiga contoh ni je lah dulu. Kalau kita tengok 3 jenis manusia kat atas, diorang share common things. Rasanya apa?
Yes, passion and determination! Without those, nothing could last longer.
Ada beberapa ruang yang aku cuba lakukan/buat, kadang bukan aku minat sangat pun tapi sekadar ingin tahu what the fun in it. Dan sekadar nak kenal pasti, adakah ini sebenarnya minat aku?
No comments:
Post a Comment