ada orang cakap naik gunung ni penangan dia sama macam dadah.
addicted. aku? belum lagi kut.
[Day 1 - 12 Sept 2014]
Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah summa alhamdulillah. Projek yang perancangannya makan bulan ni akhirnya sampai ke penghujung. Dan semua peserta dan AJK pun selamat belaka. Alhamdulillah.
Kita start dengan hari pergi la ye.
Ceritanya, masa minggu lepas setiap malam dalam weekdays tu aku tak tau la apa aku buat, tapi beg aku tak kemas lagi. Hari Jumaat, balik kerja.. memang jammed tahap super lah kan, aku belok masuk KESAS. Laju sikit. tapi laju pun, sampai rumah 7.20 malam gak. Mati enjin, then aku pun bersegera ke mall sebelah, ada sikit lagi barang takde.
Knee guard, ankle guard, Revive 1.5L, energy booster, gaviscon.
Dapat semua, bayar. Naik rumah. Jam 2005. maghrib, mandi, isyak, makan bubur sikit. Sumbat segala barang dalam beg, then berlepas.
Singgah bus stop seksyen 17. Ambil Nina dan Yan. Walahai, kalut sangat nak turun lupa pulak nak ambil touch n go. sobs. nak masuk federal dari simpang taman jaya pun dah jam 2100. Memang jammed sekali lagi, T.T Janji nak jumpa kat PISA jam 9.30 sobs. Ok, Sarah tenang. Drive safely.
Sampai selekoh nak masuk PISA, nina dapat call dari naufal. 5 saat lepas nina letak fon, aku lak dapat call. ok fine. memang dah lambat sangat. Haha. Kitorang reach PISA tu arround 2200 jugakla. Nasib pihak penganjur kool jer. huhu~
Bergegas masuk semua barang dalam bonet bawah, then masuk bas. Kitorang orang last plak tu naik !== Maaf kan kami semua teman teman. Bas pun melaju ke LRT Gombak mengambil baki peserta kat sana.
Around 11.15 malam, bas pun meninggalkan Gombak dan bermulalah perjalanan kami ke Terengganu :)
Hey Terengganu, here we come!
bersambung..