Hari Ahad, bolehlah di kategorikan hari ni sebagai hari relax n leisure. Memang takde spesifik aktiviti dilangsungkan. Melainkan berendam dan memasak. Makan, sembang. Solat basuh pinggan.
Pagi pagi lepas sembahyang subuh, ketua kumpulan memasing mula memanggil anak buah untuk turun masak sarapan. Sarapan pagi tu, nasi lemak! Ha.. kelasss kau nyah nasi lemak gunung yuuu.. Disebabkan aku adalah orang yang malas masak kat rumah serta ilmu memasak sangat tipis, maka aku malas nak menyibuk bebanyak kan. So, aku tengok je la Chef Nizam ni memasak. Dia ni ada perniagaan catering sendiri. Tadaa..
Najwa kata nasi lemak ni sedap. Aku rasa ok je lah! haha.. keji ke? tak ah.. sebab aku tak minat halia banyak sangat dalam nasi lemak tu :P apa pun, alhamdulillah ada orang tolong masakkan. haha
Lepas makan, aku pun dengan Najwa, Awanis dan Yan menuju ke private pool kami. Ha, jangan taktau, untuk bahagian perempuan (camp site) ada private pool. Kelass tau pool dia, macam bali style tu.. Kumpulan lain maybe masih makan lagi dan malas nak bersejukan di pagi hari. Kami pilih, berendam! Tapi tak lama sangat pun sebab. Sejuksss gilo!
Aku keluar je dari persembunyian peribadi, aku dengar orang duk panggil nama aku. Oh, rupanya bebudak lelaki ni nak pegi mandi kat Sg Bangan. Diorang tanya nak pergi sekali tak. Lepas cakap perjalanan 30 minit dari Langsir, bebudak perempuan ni cam hampa instead memilih untuk ke Jeram Lesung. baru 10 minit. kan? haha. Aku, Yan ngan Awanis memang tak mau dah la. Wangi dah kami. Najwa masih bersemangat so dia follow. Kitorang bertiga lepak tepi kemah sambil cuba mempraktikkan ajaran warming down semalam. Tak pasti la benar berkesan ke dak.
Tengahari tu, masak tengahari, ayam masak kicap dan sup lobak. Then solat, then masak lagi makan malam plak. !-- siapa kata naik gunung boleh kurus? haha. Malam makan rendang ayam dan sayur kobis masak tumis air. Lepas smyg magrib isyak, ktorang turun balik ke batu. Taktau nak buat apa, aku, Yan ngan Najwa baring jap atas batu, star gazing!!
Subhanallah. Buruj biduk spotted!
Ada la dalam beberapa minit kitorang baring, sebelum lebih ramai manusia da mengerumuni batu, dan lampu pun beberapa kali menyuluh ke arah kami. Jadi macam dah tak syok.
Kitorang pun pergi lah ke bebudak lelaki, sebenarnya diorang suruh goreng cucur tapi sebabkan 5 dari 7 adalah smokers jadi memang haruslah kitorang berjauhan dari mereka sementara mereka sedang berjemaah. Sambil menggoreng tu, sambil makan cucur dan keropok, sambil tu sembang lagi pasal pengalaman memasing. Bot dia ada cerita pasal pengalaman masa Trans Titiwangsa. Rentas 7 gunung dalam 6 hari. Aku macam, *jawdrop* erk.
sobs. cam tak sanggup. tiga hari pun dah rasa macam, dis is enuf.
Malam ke-2 di pergunungan, alhamdulillah dah membuang sebelum jam 6.30 :) jadi tidur lebih lena rasanya. he he.
bersambung..