Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 October 2014

Slow down

Nampak macam post semakin slow down ni..
alamak! kena giatkan menulis dan schedule ni.
kalau tak pisang akan berbuah berkali-kali.

!==

cuba teka hari ni hari apa? :)

02 October 2014

Aidil Adha bukan sekadar pengorbanan

hari ni minyak naik 20sen kepada RM2.30/liter.
pre - menghayati ibadah qurban.
kah?

Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya AidilAdha. Dimana didalamnya juga di lakukan ibadah Qurban. Ibadah yang dilaksanakan sempena mengingati/menyelami pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika di uji Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail.

Biasa kita dengar Aidil Adha sebagai sebuah kisah pengorbanan.

Tahun ini, aku belajar lebih lagi dari itu. Sebuah kaca mata berbeza tentang Aidil Adha. Ia bukan sekadar pengorbanan. Ia lebih dari itu.

Ia merupakan sebuah pengembaraan hati yang sejahtera dalam mengutamakan Cinta Tuhan di hati berbanding dunia dan seisinya. Dan persoalan Cinta Tunggal ini (Khullah) mendepani soal pengorbanan.

Ia sebuah kisah cinta, keutamaan, amanah dan seterusnya melahirkan rasa pengorbanan.

oh so sweet.
inilah Kisah cinta Agong barangkali. *lap peluh*

ok, jemput baca lanjut di link berikut.
Bacalah bacalah.. best giler, tak tipu!

rujukan:
+ http://ondastreet.wordpress.com/2009/11/26/tazkirah-aidiladha-sekeping-hati-milik-ibrahim/
http://saifulislam.com/2012/10/aidiladha-ujian-cinta-keutamaan-dan-pengorbanan/

tambahan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

29 September 2014

Siapa kah ISIS?

Ahha.. macam dah lama jer pasal cerita nih. Ekoran dari persoalan dari ofismate tentangnya.. ingat tak? Nak membaca, tak baca-baca. So, alang-alang Ustad Maszlee dah keluarkan Youtube pasal isu ni, marilah sama-sama kita ambil tahu ;)

by the way, ini mungkin sekadar titik mula. orang kata, stepping stone.. lepas ni boleh lah buat kajian lebih dalam lagi tentang isu ISIS ni. 


Misteri. 

adakah berkaitan dengan panji hitam dari timur? huhu..

28 September 2014

Fokus.

Terdapat dua post dari FB Muharikah yang aku perasan tentang fokus.

pertama.
Yang menyebabkan kita gagal bukanlah kerana kita kurang pandai, tp kita tak fokus dalam mencapai gol dan matlamat kita. Disebabkan itu usaha kita menjadi ala kadar dan hasilnya jadi biasa-biasa sahaja..

kedua.
Kita harus fokus dalam mengejar cita-cita kita.
Jangan distracted melihat orang lain dan mengejar cita2 mereka pula..

kena setepek batang hidung.

kadang-kadang Allah beri kita sesuatu untuk kita sedar tentang sesuatu. Ala-ala kiasan gitu. :)
Allah sengaja kenalkan kita dengan C, bukan untuk kita dapat kan C, tetapi satu jambatan untuk kita dapatkan B. - ustad ikim 
sangat tepat kiasan ustad kat ikim nih.

so, jom! fokus!
strive for excellent.

25 September 2014

rinjani?


bila orang duk sebut kinabalu, takde rasa lagi ar nak naik. haha! tapi, bila orang duk cakap rinjani,

pergh.. rasa macam memanggil plak.
tengok ar gambar Edah kat sana tu, T.T

hurm.