Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 October 2014

Kampung

Pagi ini damai. dingin.
Kadang kala ada suara gagak membelah sunyi.
Bergiliran dengan bunyi motor dan motokar.

Damai kampung sedikit pun tak tercemar.
Dinginnya masih sama,
Segar udaranya pun tak terkurang.

Bau hujan sisa renyai pagi,
meneman aku menghadap hari.
Bersama secangkir kopi,
yang belum kurang kehangatannya.

p/s: Dapat notis rumah PJ takda air 3 hari, maka.. start enjin dan bedesup pulang ke kampung mak. Alhamdulillah kg dekat ;) terukkan? sebab takde air baru reti nak menjenguk saudara.. :P

Sg Buloh,
Kuala Selangor

17 October 2014

Banner updated!

macam xbermanfaat sangat jer post post aku lately, lebih kepada nak tempek post dari nak menyampaikan info. sebenarnya banyak jer cerita. tapi tu lah. nak menaip panjang lebar ni dia kena ada mood dia jugak. kalau tengah takde tu, memang tak boleh nak bantu.

so, aku update pasal aku punya banner baru la ek. so banner lama aku akan list kan kat sini jer. kut nanti later ada nak tukar lagi aku update sini. barulah macam ada dalam muzium sket, nanti later boleh recheck :)

(first design banner)

(current banner : updated on 16/10/14)

hehe. sekian post tak bermanfaat hari ni. till then. 
oh hari ni da jumaat! so esok cuti.. selamat menghabiskan cuti dengan aktiviti bermanfaat ya!


16 October 2014

Musim Dingin

Sekarang ni sejuk kan? musim tengkujuh di Malaysia. Sampai katanya puting beliung di Pendang. Kira dasyat betul kan musim tenkujuh kali ni. tu tak kira lagi tiba-tiba putus bekalan air di beberapa tempat. Oh ya, rumah aku tak kena.. meski demikian tetibe air jadi kotor, warna macam karat tu.

T.T

Aku harap dah ok lah by today. Nampak macam last few days semakin cerah dah warna air tu.

Oh, berbalik pada musim dingin. seperti dinginnya suasana hening hari-hari yang dilalui. Begitulah kedinginan nya di dalam hati.

Ada sesuatu yang berantakan entah kenapa.
Ada sesuatu yang hilang tak menyapa lagi.

semoga dingin kan lekas pergi, memberi kembali kehangatan seperti selalu.
semoga aku kembali berdiri, dan berlari lagi.

*Sebenarnya nak citer aku tukar background da sekarang. Gambar salji lagi. sejuknya! Counting days nak tukar banner plak. tapi tak design lagi so rilek2 dulu.

15 October 2014

Basic response

contoh basic response adalah, bila orang memanggil,

sarah!
ya.

anda jawab. itu adalah basic, kalau advance boleh jadi ada tambahan lagi dibelakang ya,

sarah!
ya mak, sarah kat dapur ni.

macam tu. 

ini adalah perkara yang sangat common. semua orang dah belajar sejak kecil. 

masa beredar, dan zaman berubah. 
sekarang dah ada whatsapp, telegram, we chat etc. 
semua dah online. 

aku selalu hairan kepada orang yang tak boleh nak connect current situation (yang dah bertukar kepada online) dengan basic response tadi. T.T

bila orang whatsapp/ telegram kita. maka, adabnya balas. lambat macam mana pun, yang penting response. (ye la tak semua orang afford nak subscribe data plan, tunggu jumpa wifi) tapi aku rasa yang ni mungkin jarang terjadi. sbb personal message.

fokus kepada perbualan kumpulan. whatsapp/telegram group. aku harap at least kalau ada yang bertanya kau response la. sah2 kau dalam group tu. !== jangan lah sampai orang terpaksa nak pm one by one. *sigh*

aku selalu terkenang quote ini,
kalau tak dapat membantu, janganlah sampai menyusahkan.

semoga kita tak tergolong.
wallahualam.

13 October 2014

Wahai Bulan Semu

Wahai Bulan semu,
senja telah berlalu,
saatnya senyummu membelah cakrawala kelabu
ramah kau menyapa fana,
tanpa pernah tahu sang pemuja rahasiamu
hingga datang sebuah masa
kiranamu menerpa rasa kagumku untukmu
Lalu datang gerhana menyapu sinarmu,
hingga gulita menghampiri malam-malamku

Wahai Bulan semu,
memang aku bukan mataharimu
aku hanya salah satu sepihan bintang kelu
yang mengagumimu
kau takkan pernah tahu dimana aku
namun, dari tempatku
dari tempatku aku bangga selalu melihat terangmu sepanjang waktuku

Bulan semu, ini aku
sang bintang kelu
kumohon maafkanlah aku..


-Ayana Supriatna, 29/10/13-

Aku memang kalah dengan puisi. indah :)