Semalam, Nana membangkitkan tentang seorang budak masa kitorang form 1. Budak ni dikatakan setiap masa menangis. (Normal lah tu untuk form one nangiskan. Biasa la first time berjauhan ngan family) Tapi yang rare, gugurl ni tetiap masa nangis, kenalkan diri nangis, waktu biasa nangis, sehinggakan ada satu masa ni, Nana hulur biskut, pun dia nangis!
Memang rare kes macam ni sebenarnya.
Menurut nana lagi, dia tak ingat nama budak tu, tapi bunyi bunyi macam wardah. Tapi sayang wardah tak stay lama, adalah dalam 3 minggu bertahan. Pastu quit.
Bila mula-mula nana mention tentang wardah, aku rasa macam pernah kenal, macam ingat. Tapi semakin lama semakin kelabu ingatan tersebut. (haih, byk makan semut nih)
Crucial betul isu macam ni, nak push otak untuk ingat perkara yang 14 tahun lepas. Dengan data yang limited. Nama taktau, dan hanya di sekolah dalam tempoh 3 minggu.
Boleh migrain gak rasanya.
Siapa wardah weyh?
p/s: So nampak tak peri pentingnya dokumentasi? Ok Sarah, berapa dah laporan tertunggak dalam tangan? ktengsbai.
Quotes..
Sedikit Renungan
[Syed Qutb]
17 November 2014
12 November 2014
Pencarian Terakhir
Genre yang aku suka dalam pembacaan atau movie adalah seram/thriller/action. (cerita romantik cintan cintun - bergantung mood) Kalau pembacaan pula, aku suka genre jenayah. kenapa aku suka? kurang pasti.
Lepas join group outdoor akhir2 ni.. secara tak langsung aku dah layan sekali genre2 seram/mistik pergunungan. walaupun aku takde la minat sangat dengan aktiviti ni. tapi membaca cerita2 ni, memang rajin gak la. aku rasa boleh salahkan nizam dalam kes ni, sebab minat aku yang ni terjadi lepas dengar dia cerita tentang kehilangan humaira di gunung tahan. 19 hari, menangis T.T
So, entah macam mana, aku terjumpa movie ni (seperti tajuk) .. dalam semua pelakon dia aku biasa nampak Lukman Sardi tu je lah. banyak movie dia belakon. Jalan cerita dia common kes kalau di gunung. Sebab sebelum ni aku duk layan baca-baca je kan. Bila duk masuk dalam movie ni.. lain sikit lah feel dia.
Kalau takde kerja sangat, boleh lah nak layan sama.. nah..
Boleh lah korang ambil iktibar dari kisah. Sekian.
11 November 2014
what next?
"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan ar-Rasul, apabila dia menyerukan kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu..."
[al-Anfal, 8:24]
Semalam aku terbaca blog APG.
post dia tentang ini. Ada aku share kan di FB. aku rasa ada logik apa yang ditulis oleh incek gabana. aku rasa macam dekat je dengan apa yang dia tulis tu. tapi aku tak berani komen banyak. aku tak travel mungkin lebih kepada aku tak cukup duit :P
tapi bila dia cakap tugas dakwah tu, aku rasa cam bersalah jugak. dia tulis macam tu sebab dia tak pergi dek kerna beban dakwah ni tak memberi masa untuk dia buat semua tu. i think utk beliau adalah betul. tapi untuk aku? adeh malu rasa sebab macam partially isn't the reason.
camner ni, mengaku membawa Islam. mengaku bz sebab dakwah, tapi..
zzzz..
mohon muhasabah.
by the way.. sebenarnya isn't that bad pun kalau ada duit lebih untuk kita pergi travel. mungkin korang boleh follow idea kakak ni. Pergi Jepun bermisikan tabligh. gila kentang setiap tempat dia singgah di Jepun dengan niat untuk menyampaikan dakwah. barulah rasa macam pergi tu ada misi, bukan sekadar syok2 semata. kan kan.. T.T nangis rasa nak compare ngan diri sendiri.
setelah lama bersama jemaah ni, aku belajar term "whats next.." so untuk setiap sesuatu tu, biasakan tanya diri, then whats next. whats next yang kita mahukan kat sini adalah kontribusi kita kepada ummah.
ok kita gi keluar negara and done something for ourselves, tengok keindahan alam ciptaan tuhan, subhanallah! manjakan diri.. then, what next?
kita kerja giler giler, sabtu ahad pun datang opis, jadi pekerja contoh, then what next?
hujung minggu kita dihabiskan dengan marathon movie, drama, etc. then what next?
premis pertama adalah effort, premis kedua adalah tindakan kita. tiada penetapan mengatakan setiap premis pertama yang disenaraikan adalah salah, tetapi premis kedualah yang menentukan nilai tambah seterusnya.
bagi aku, ini adalah sebuah muhabasah.. untuk membetulkan semula kompas hidup aku yang dah makin tak ketahuan arahnya.
bagi kamu, aku harap ini mampu menjadi satu nilai baru untuk kita menjalani hidup.
WhaTs NExt?!
10 November 2014
Ada Apa Dengan Cinta
Adalah cinta yg mengubah jlnnya waktu,
kerna cinta. waktu terbagi dua. denganmu
dan rindu untuk kembali ke masa
Cerita lama, 2002.
Line muncul dan hit kan balik cerita ni, buat mini drama, AADC 2014.
Kalau ikut jalan cerita filem ni, simple. cinta dan persahabatan. Tapi cerita ni berjaya mengangkat common issue anak remaja/ sekolah. Sebab tu aku rasa cerita ni boleh meletop sangat. Ok, tak dinafikan cerita dia memang tak soleh.
Budak zaman sekarang kalau tengok cerita ni mesti rasa, eh apa yang hebat sangat? (So sekarang aku da paham. Bila orang cakap Ali Setan best, aku rasa biasa jer. then same goes to this. Ikut zamanlah)
.rindu.
*hurm, macam mana kita nak buat sesuatu program yang macam ni. simple, tapi mengesan di jiwa?
04 November 2014
Tukar Tayar (3tahun)
(Ok peringatan post ni untuk aku nyer rekod jer. ingatan dah tak bape nak power sekarang)
Last year bulan sebelas aku servis kereta, dan abang sebis tu kabo, dah sampai masa aku tukar tayar. Akhirnya setelah setahun bertangguh, hari ni barulah Vijay menggunakan tayar baru. ahaha~ terimakasih tak terhingga buat saudari siti hajar (owner blog tempat lain) yang begitu bermurah hati untuk membantu aku dalam operasi menggantikan tayar ni. Dia gi sorang je k tukar tayar selepas survey kt internet kedai tayar pilihan ramai. ensem giler kakak aku sorang ni (dahlah pandai memasak, pandai baiki paip, pandai tukar bateri kete, solehah plak tu.. perfect ar! haha)
Nama Kedai : Tek Ming Auto Service (Sunway)
Sampai kedai dia call aku tanya nak silverstone ka continental. Good Year kehabisan stok kat kedai tu. Silverstone dia boleh kasi RM119 (harga lepas aku trade in tayar good year aku yang lama), Continental up sikit dekat RM200 begitu. Walaupun kalau amik continental sebenarnya within budget, tapi macam biasalah aku, sentiasa nak yang lebih murah. ha ha.
Ok, jadi untuk pengalaman pertama mengganti tayar kereta. Aku pilih Silverstone Powerblitz 1800. 175/65R14.
So total lost untuk hari ni seperti berikut:
Tayar . RM179 x 4 = RM716.00
Trade in . RM60 x 4 = -(RM240.00)
Tutup tiub . RM5 x 4 = RM20.00
Alignment = RM30.00
Balancing = free
Labour cost = free
Total with tax = RM527.80
Kawan aku tanya, kenapa aku pilih silverstone. Sebenarnya aku pun tak tau. Dengan nada joking around aku cakap kat dia, ada 2 sebab.. satu sebab selalu nampak kedai tayar Silverstone, kedua sebab bunyi dia ala-ala Silverster Stallone. Ahahaha~ ok motip sangat.
Lepas da tukar baru baca, banyak lak bad review pasal silverstone. Ada juga yang review bagus. What to say? da tukar kan. Nanti aku review plak on behalf of my own experience k..
Apa pun satu citer kereta setel! Ada beberapa list lagi yang perlu di uruskan toward end of the year ni.
- major servis (Nov 2014)
- insurans & roadtax (Nov 2014)
- lampu brek
- bumper depan
- repaint bumper (?? :P )
kereta oh kereta. engkaulah pelaburan wang gaji aku kan?
p/s: review Good Year? aku rasa bagus ar tu.. kereta aku Nov 2011.. tahun ni Nov 2014 baru first time ganti.. nikmat dah kira nya tu boleh tahan tiga tahun. kan? kan? Alhamdulillah ^_^
sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)